Kisah perjuangan seorang sahabat yang kian dilupakan.....

Suhaib Ar-rumi.............

Suhaib adalah seorang pedagang yang pintar dan cerdas, beliau menjual dengan harta dan jiwanya guna mendapatkan redha Allah SWT, maka diapun mendapatkannya dan berhak mendapatkan penghargaan orang Romawi yang mendapatkan kemenangan dalam Islam, dan berhak seperti yang diriwayatkan dari Rasulullah saw :”Suhaib penakluk negeri Romawi”. (HR. Ibnu Sa’ad).

TEKS UCAPAN ALU-ALUAN KEM KO-AKADEMIK BAHASA INGGERIS SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH NEGERI JOHOR 2013



TEKS UCAPAN ALU-ALUAN
KEM KO-AKADEMIK BAHASA INGGERIS
SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH
NEGERI JOHOR
2013

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Yang Berbahagia Datin Hjh Hasnah bte Md. Sem
Pegawai Pendidikan Daerah Kulaijaya
Pegawai-pegawai Pendidikan dari seluruh Daerah di Negeri Johor,
Dif-dif Kehormat, Dato’-Dato’, Datin-Datin, tuan-tuan  dan  puan-puan  yang  dihormati sekalian.  
Syukur ke Hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana dengan izin-Nya  kita  dapat  berhimpun  pada  hari  ini  untuk memeriahkan  Majlis Perasmian Penutupan Kem Ko-akademik Bahasa Inggeris Sekolah-Sekolah Rendah Negeri Johor bagi tahun 2013.
Hadirin yang dihormati,
1.    Terlebih dahulu saya selaku wakil tuan rumah Kem Ko-akademik Bahasa Inggeris Sekolah-Sekolah Rendah Negeri Johor bagi tahun 2013 ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan  tahniah  kepada  seluruh  Jawatankuasa Pelaksana kerana kesudian  dalam mengurus dan melaksanakan program seumpama ini. Kami juga turut mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak The Star dan agensi-agensi luar yang turut sama-sama berganding bahu bagi menjayakan program ko-akademik ini. Mudah-mudahan usaha sebegini akan dapat  dilaksanakan secara berterusan  pada masa-masa  akan datang  sebagai  satu  wadah  perjuangan  memperkukuh penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan murid-murid di Malaysia khususnya murid-murid sekolah rendah sesuai dengan tema Kem Ko-akademik Bahasa Inggeris Sekolah-Sekolah Rendah Negeri Johor bagi tahun ini iaitu “Bahasa Gemilang Bangsa”.
Hadirin yang saya hormati,  
2.    Pelbagai aktiviti telah dirangka bagi menjayakan  Kem Ko-akademik Bahasa Inggeris Sekolah-Sekolah Rendah Negeri Johor bagi tahun 2013. Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah seperti Language Game, Telematch, Treasure Hunt dan English Night Performances. Segala aktiviti yang dirangka adalah bertujuan untuk memperkukuh penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan murid-murid sekolah rendah khususnya di Negeri Johor. Kita juga seharusnya bersyukur atas kesudian pihak The Star dalam menjayakan Kem Ko-akademik Bahasa Inggeris Sekolah-Sekolah Rendah Negeri Johor bagi tahun 2013 iaitu melalui pelaksanaan Program The Star: Newspaper in Education. Pelaksanaan program sebegini merupakan bukti dan sokongan yang jitu oleh agensi luar yang turut sama-sama menjayakan program ko-akademik di Negeri Johor. Selain pelaksanaan program-program berbentuk akademik yang lebih menjurus kepada penguasaan Bahasa Inggeris, program-program berbentuk pembangunan sahsiah dan jati turut dititik beratkan. Hal ini terbukti melalui pelaksanaan aktiviti Character Building yang menekankan pembangunan sahsiah murid-murid bagi melahirkan modal insan yang berguna bertepatan Falsafah Pendidikan Negara. Oleh itu adalah diharapkan agar melalui penganjuran aktiviti-aktiviti sebegini dapat meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan murid-murid sekolah rendah bagi membolehkan mereka bersaing di peringkat nasional dan seterusnya di peringkat yang lebih tinggi iaitu di peringkat global.
Hadirin yang saya hormati,  
3.    Saya turut mengambil kesempatan ini untuk menyeru kepada para pendidik agar terus senantiasa berusaha menjana idea dan menggembeling tenaga dalam menjayakan program-program yang dapat membantu memperkukuh penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan murid-murid sekolah rendah. Kita yakin, dengan adanya aktiviti-aktiviti sebegini akan dapat menyumbang kepada penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan murid-murid dan akhirnya akan dapat menjana kecemerlangan Bahasa Inggeris khususnya di Negeri Johor.
4.    Akhir  kata,  saya  sekali  lagi  mengucapkan jutaan terima  kasih kepada  Jawatankuasa  Pelaksana Kem Ko-akademik Bahasa Inggeris Sekolah-Sekolah Rendah Negeri Johor bagi tahun 2013, pihak The Star serta semua pihak  yang  telah  menyumbangkan  idea,  tenaga,  dan komitmen  yang  tinggi dalam menjayakan program ini.
Sekian, Terima Kasih.

3 comments:

Unknown said...

!!!!!!!! Pelik bin Ajaib..

Kem BI..Tekss... Dlm BM....
Patutlah BI kita lemah ...pegawainya silap orang

Perjalanan Hidup.......... said...
This comment has been removed by the author.
Perjalanan Hidup.......... said...

Penulisan teks ini adalah berdasarkan kepada arahan yg diberikan oleh pihak atasan pd waktu tersebut. Teks ini dibaca oleh wakil drpd pihak JPN jika sy tidak silap. Perkongsian ini dibuat bg memudahkan mana2x pihak utk mendapatkan idea penulisan sekiranya bersesuaian. Ukuran tahap pencapaian bahasa inggeris bukan sekadar boleh dinilai melalui pembacaan teks di sesebuah majlis. Banyak parameter lain yg lebih bersesuaian seperti kaedah pengajaran, dll yg boleh digunakan sebagai kayu ukur

Post a Comment