Kisah perjuangan seorang sahabat yang kian dilupakan.....

Suhaib Ar-rumi.............

Suhaib adalah seorang pedagang yang pintar dan cerdas, beliau menjual dengan harta dan jiwanya guna mendapatkan redha Allah SWT, maka diapun mendapatkannya dan berhak mendapatkan penghargaan orang Romawi yang mendapatkan kemenangan dalam Islam, dan berhak seperti yang diriwayatkan dari Rasulullah saw :”Suhaib penakluk negeri Romawi”. (HR. Ibnu Sa’ad).

KANAK-KANAK DAN SENI

Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka. Program seni yang diikuti oleh kanak-kanak dilihat mampu meningkatkan kreativiti dan estetika kanak-kanak serta mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara.  Program  seni yang dilaksanakan khususnya di peringkat sekolah tadika dan sekolah rendah dilihat medium komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran bagi kanak-kanak.

Konsep integrasi yang diwujudkan dalam program seni di sekolah dilihat menyumbang  ke arah pembangunan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Hal ini bertepatan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

Dalam KBSR konsep ini membawa maksud bahawa penguasaan ilmu pengetahuan, kemahiran, bahasa dan pemupukan nilai-nilai murni dilakukan secara bersepadu dan menyeluruh. Ini membolehkan kanak-kanak memperolehi kemahiran, mengembangkan bakat, nilai, pengetahuan, sikap dan amalan yang dikehendaki. Ia juga memperlihatkan kepada kanak-kanak gambaran keseluruhan serta hubung kait antara satu perkara dengan perkara yang lain membentuk satu kerangka ilmu.

2.0              DEFINISI KREATIVITI
KREATIVITI
Lowenfeld (1975) percaya bahawa setiap kanak-kanak dilahirkan kreatif. Penyataan ini disokong dengan sifat semula jadi kanakkanak yang gemar meneroka, dan penuh dengan perasaan ingin tahu.
Kreativiti berasal daripada perkataan Latin iaitu “creare” yang membawa maksud “membuat”. Manakala daripada perkataan Greek pula “creare” bermaksud “memenuhi’. Kamus Dewan, (2002) mentakrifkan kreativiti sebagai satu kemampuan (kebolehan) mencipta daya kreatif, kekreatifan manakala kreatif pula sebagai mempunyai kebolehan mencipta, menghasilkan dan mengembangkan sesuatu idea baru dan asli. May (1975) pula menyatakan bahawa kreativiti merupakan suatu proses membawa sesuatu yang baru ke dalamnya. Torrance (1970) menyatakan kreativiti sebagai sesuatu yang mempunyai keunikan.Kesimpulannya kreativiti adalah kebolehan dan kemampuan seseorang menghasilkan sesuatu yang kreatif, baru dan asli. Ada juga pendapat yang mentakrifkan kreatif dan kreativiti sebagai penghasilan sesuatu yang tidak ada sebelumnya.
5.3 PGURUNGAN TOKOH-TOKOH SENI LUKIS MENGENAI
KREATIVITI
Ellis Paul Torrance atau lebih dikenali sebagai Paul Torrance merupakan penyelidik dan ahli akademik yang tersohor dalam bidang kreativiti. Kerja-kerja penyelidikannya di dalam mendalami bidang ini telah berjaya mengembangkan bidang kreativiti dan beliau telah diiktiraf dengan gelaran Bapa Kreativiti.
June King McFee pula mentakrifkan kreativiti itu sebagai keupayaan seseorang mencipta sesuatu yang baru dan pada masa yang sama mampu untuk mengolah idea.
Carl Rogers telah menggariskan lima faktor yang menjadi asas kepada individu yang sihat, yang dapat berfungsi dengan sepenuhnya dalam kehidupan. Kelima-lima faktor tersebut ialah keterbukaan kepada pengalaman, cuba menikmati kehidupan yang dialaminya, menghargai diri sendiri, mengamalkan kebebasan dan akhirnya menjadi individu kreatif. Beliau percaya bahawa individu yang bebas dan mempunyai rasa tanggungjawab akan cuba menyumbang kepada insan serta makhluk lain di persekitarannya.
Sumbangan ini boleh dinyatakan dalam bentuk kreativiti di dalam bidang seni ataupun sains,
Victor Lowenfeld - menjelaskan bahawa kreativiti seseorang murid itu boleh diukur melalui empat omponen utama iaitu kelancaran,( secara spontan serta pantas )
fleksibel, (mampu menyesuaikan diri dengan pelbagai keadaan dan situasi keaslian (mencari idea baru dan asli kepekaan. (Penggunaan deria pancaindera seperti melihat, merasa,
mendengar, menghidu dan sentuhan digunakan secara sepenuhnya sebagi proses engamatan dan merekod.)
Menurut Schirmacher (1998), perkembangan kreativiti kanak-kanak boleh dikategori kepada dua, iaitu (i) menerusi aktiviti seni dan (ii) aktiviti harian mengikut umur. Jadual 1.1 menerangkan Aktiviti seni dan aktiviti harian yang kreatif kanak-kanak.
Jadual 1.1 Aktiviti seni dan aktiviti harian yang kreatif kanak-kanak Umur
Aktiviti
2-3 tahun
Menconteng, me, menyanyi dan bermain.
4-5 tahun
Me, mewarna, menyanyi, menari dan permainan kata-kata.
6-7 tahun
Drama, memasak dan aktiviti lain yang berinteraksi.
8-9 tahun
Bercerita, permainan dan pakaian beragam.
10-11 tahun
Lukisisasi, numerasi dan literasi.
12-13 tahun
Mendapat informasi, mengenali mesin dan penulisan kreatif.

3.0              DEFINISI ESTETIKA
Estetika merupakan konsep abstrak yang bererti persepsi dalam Bahasa Greek. Estetika  bersifat subjektif dan mempunyai pelbagai makna. Hasil seni kanak-kanak seperti an, kraf mudah, muzik, pergerakan  kreatif, tarian, dan drama lazimnya  mempunyai unsur-unsur estetika. Estetika merupakan kesedaran dan penghayatan terhadap keindahan, asas kehidupan dan sebagai satu cara manusia menikmati keindahan dunia dan persekitaran. Estetika juga berkait rapat dengan perasaan, kognitif dan afektif.

Nilai estetika amat penting dalam kehidupan kanak-kanak kerana dapat memotivasikan mereka dan membantu perkembangan mereka. Kanak-kanak juga diharap dapat menghargai cerita, puisi dan budaya agar mereka membesar  sebagi seorang individu yang dapat menilai hasil seni serta menjadi pengguna yang bijak apabila membuat pilihan dalam kehidupan masing-masing. Apabila kanak-kanak menghargai seni, mereka diharap dapat memainkan peranan sebagai penggiat seni pada masa akan datang.
Estetika kanak-kanak meliputi tiga jenis iaitu sikap, pengalaman dan respons.
Estetika Sikap
Sikap spontan, kekaguman, kegembiraan dan perasaan ingin tahu kanak-kanak menunjukkan sikap estetika yang tertanam dalam jiwa mereka. Sebagai seorang guru, Guru perlu mencari cara untuk memastikan kanak-kanak dapat menggunakan pancaindera mereka secara lebih berkesan.
Estetika Pengalaman
Aktiviti-aktiviti seni lukis, seperti an dan kraf mudah serta aktiviti-aktiviti seni persembahan seperti muzik, tarian, pergerakan kreatif dan drama yang dilaksanakan oleh guru dapat membantu kanak-kanak menimba pengalaman estetika. Penglibatan kanak-kanak yang aktif dalam proses aktiviti seni lukis dan juga seni persembahan dapat memberi pengalaman mendengar, mengeksploitasi lukis dan memanipulasi bahan seni kepada kanak-kanak.
Estetika Respon
Kanak-kanak memberi respon terhadap karya seni dengan menyatakan pGurungan dan juga perasaan mereka. Respon fisiologi kanak-kanak ditunjukkan menerusi ketawa dan perasaan ketakutan manakala respon mental kanak-kanak meliputi tindakan mereka membuat keputusan dan penilaian terhadap karya seni. Kedua-dua respon ini memberi pengalaman estetika kepada kanak-kanak yang mengambil bahagian dalam aktiviti seni lukis dan juga seni persembahan.

SENI DAN KANAK-KANAK
Seni untuk kanak-kanak terbahagi kepada seni lukis dan seni persembahan adalah peniruan hidup harian mereka. Kanak-kanak meluahkan perasaan masing-masing menerusi hasil karya seni mereka. Seni untuk kanak-kanak dapat meningkatkan imaginasi dan kreativiti kanak-kanak serta menimbulkan rasa kecantikan yang berkaitan dengan estetika dalam seni.

4.0              PROGRAM SENI
Program seni yang dimaksudkan adalah menjurus kepada seni lukis, seni muzik dan seni pergerakan. Program-program seni yang dilaksanakan dalam pendidikan kanak-kanak lebih menegaskan kepada aspek pemahaman,penghayatan dan kritikan. Proses ini menyentuh perasaan estetika dan daya kreativiti individu melalui penajaman intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi kanak-kanak. Guru akanm memberi kanak-kanak untuk menjalankan aktiviti untuk meneroka, mengalami danmengekspresi citarasa pancaindera.

Kanak-kanak diharapkan dapat mengamalkan pertimbangan seni lukis, seni muzik dan seni pergerakan dalam meningkatkan lagi kepekaan, kreativiti, daya imaginasi, dan estetika untuk mencapai pembelajaran optimum,menyeluruh dan menyeronokkan. Selain itu, matlamat  pelaksanaan program seni di sekolah adalah untuk membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya, mempunyai nilai-nilai estetika yang tinggi, imaginatif, kritis, kreatif, inovatif dan inventif selain membantu mengukuhkan peraduan bangsa dan negara. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargaikeindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
5.0              BAGAIMANA PROGRAM SENI DAPAT MENINGKATKAN KREATIVITI DAN ESTETIKA KANAK-KANAK SERTA MENGUKUHKAN PERPADUAN BANGSA DAN NEGARA

Program seni yang dilaksanakan di sekolah memainkan peranan yang amat penting ke arah perkembangan kanak-kanak melalui peningkatan daya persepsi, estetika dan kreativitinya.Matlamatnya ialah untuk melahirkan individu yang berbudaya dengan mengamalkan pertimbangan kesenian, berjiwa kreatif, inovatif, inventif dan mempunyai jati diri yang tinggi. Pengabungan tiga jenis seni yang terdiri seni lukis, seni muzik dan seni pergerakan akan membantu pembentukan insan yang lebih bersifat holistik.

Jika dilihat dalam kurikulum Matapelajaran Seni yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, terdapat banyak program seni yang mampu meningkatkan kreativiti dan estetika serta mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara. Program-program seni yang dimaksudkan adalah seperti pengajaran seni  kanak-kanak, pengajaran kraftangan kanak-kanak, pengjaran muzik, lagu , nyanyian serta pantun dan sajak kanak-kanak, pengajaran tarian dan pergerakan kreatif kanak-kanak serta pengajaran drama kanak-kanak.


Integrasi seni muzik dengan matapelajaran lain membantu dalam mengimbangkanperkembangan otak kiri dan otak kanan. Ini diakui oleh beberapa tokoh seni muzikseperti Emile Jacques Dalcroze, Carl Orff, Shinuchi Suzuki, Zoltan Kodaly dan ErwinGordon yang mengenengahkan teori pembelajaran berasaskan otak kanan dan otakkiri. Walaupun setiap pengkaedahan muzik mempunyai latar belakang yang berbezatetapi setiap daripada mereka banyak memberi perhatian kepada penghayatan kepadamurid. Secara yang tersirat, pengertian ini menunjukkan bahawa murid-murid akanbelajar menggunakan kemahiran berfikir dan penghayatan secara berperingkat atau“sequential”.

Aktiviti seni pergerakkan mendorong kanak-kanak menggunakan imaginasi, ekspresi,inkuri, dan kecerdasan pelbagai. Ini kerana setiap pergerakan mendapat kawalan yangdipantau oleh otak kiri dan kanan melalui proses mengimaginasi. Seterusnya,pergerakan-pergerakan kreatif ini pula membolehkan murid menakkul dan membuatpertimbangan-pertimbangan rasional menganai apa yang hendak mereka lakukan.

Program seni dalam pendidikan berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dannegara selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.v. Bagi guru pula, bidang seni dalam pendidikan akan memudahkan guru menyediakan
 
5.1              PROGRAM SENI LUKIS KANAK-KANAK

Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka. Hasil kerja seni lukis yang dihasilkan berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanak-kanak. Seni  melibatkan skema atau skemata dalam perkembangan seni kanak-kanak terutama dalam kerja-kerja seni seperti an. Berdasarkan kepada skema dalam perkembangan seni kanak-kanak, seseorang , guru dapat melihat perkembangan kemahiran dan kebolehan kanak-kanak dalam bahasa tampaknya.

Berdasarkan kepada kajian yang telah dijalankan, bidang seni lukis  mendatangkan kesan positif dari segi meningkatkan kreativiri, estetika, dan  kebolehan murid dalam pengamatan dan memperkaya pengetahuannya tentang perbezaan-perbezaan setiap objek atau imej tampak di sekeliling mereka. Ini diakui oleh Brown (1980), yang berpendapat bahawa pengalaman kanak-kanak dalam memerhati ketika membuat lakaran dapat meningkatkan kebolehan-kebolehan murid dalam aspek yang disebutkan. Jika kanak-kanak diberi pendedahan kepada  kaedah dan teknik yang sempurna, mereka akan berkeupayaan mengembangkan pemikiran yang kritis.

Kanak-kanak gemar menggambar orang dewasa lelaki dan perempuan serta kanak-kanak lelaki dan perempuan. Mereka juga gemar me manusia dengan perbezaan pakaian dan pekerjaan mereka. Kebanyakan kanak-kanak memperkembangkan simbol yang mewakilkan pemikiran simbolik mereka untuk objek lain di dunia ini seperti flora dan fauna, bangunan dan kenderaan. Kanak-kanak lazimnya me apa yang mereka lihat dan mereka juga me perkara yang menarik perhatian mereka.

Kanak-kanak menggunakan semua deria apabila belajar dan menunjukkan ekspresi seni. Menerusi seni , kanak-kanak dapat meningkatkan sensitiviti terhadap dunia fizikal dan belajar untuk memberi makna apabila meluahkan emosi. Malah imaginasi yang difikirkan oleh kanak-kanak tatkala berfikir secara simbolik cuba digambarkan dalam bentuk seni yang unik. Guru perlu peka terhadap kesan daripada aktiviti seni kanak-kanak kerana hasil seni yang dibina menggambarkan konsep diri kanak-kanak terhadap keseluruhan perkembangan personaliti mereka. Jika ini berlaku, bermakna Guru telah berjaya membentuk peribadi yang baik dalam diri kanak-kanak dan proses penghasilan an kanak-kanak telah dimanfaatkan.

Seni  jika diberi perhatian boleh memperkembangkan kebolehan kreativiti semulajadi kanak-kanak kerana proses penghasilan lukisan misalannya dapat menggabung jalinkan emosi, sosial dan nilai estetika. Secara ringkasnya, lukisan merupakan satu perlambangan grafik awal bagi kanak-kanak terhadap apa yang mereka perhatikan dalam kehidupan seharian. Proses estetika dan daya kreativiti kanak-kanak boleh dibahagikan kepada empat, iaitu proses penajaman daya intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi. Manakala unsur seni  atau seni lukis yang biasa diperhati dalam an kanak-kanak (apabila guru menilai karya mereka) meliputi garisan, warna, bentuk, jisim atau isipadu, rekaan atau gubahan, corak, ruang, imbangan dan tekstur.

Semasa proses pengajaran danpembelajaran berlangsung, guru boleh mengambil inisiatif dengan memberisekeping kertas kepada murid-murid dan meminta mereka me ahli keluargamereka. an mereka tidak perlu pengamatan yang sempurna, cukup sekadarmenunjukkan keprihatinan mereka terhadap bilangan ahli keluarga mereka. Ini sudah cukup untuk menunjukkan hubungan interaksi sosial mereka bersama keluarga. Lukisan yang kelihatan mesra menunjukkan perhubungan kekeluargaan mereka yang memang erat dan terjalin kukuh. Penggunaan warna dalam lukisan mereka juga menonjolkan keadaan keluarga mereka melalui lukisan mereka sendiri.

Unsur-unsur Kreativiti Dan Estetika adalah terdiri daripada elemen asas yang penting dalam menghasilkan sesuatu yang mempunyai unsur kreatif. Guru boleh melaksanakan aktiviti berikut untuk mengembangkan pelbagai kecerdasan murid.

i.          Membentuk Garisan
Garisan ialah cantuman dari satu titik ke titik yang lain dengan mempunyai jarak-jarak tertentu. Aplikasi berbagai jenis garisan dapat mencipta rupa, jalinan, ton, corak serta menimbulkan gambaran bentuk, ruang dan gerakan dalam seni visual. Aktiviti sebegini merupakan satu pendedahan kepada kanak-kanak dalam membina kreativiti mereka dalam bidang seni lukisan selain meningkatkan estetika  mereka terhadap lukisan yang telah mereka usahakan. Selain itu juga, penggunaan gambar garisan dari titik ke titik yang memaparkan keharmonian masyarakat majmuk di Malaysia akan membantu dalam proses mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara.

ii.         Melakar bentuk atau rupa
Aktiviti melakar bentuk atau rupa juga dilihat mampu mengasah kreativiti kanak-kanak dalam bidang seni. Rupa yang dimaksudkan mestilah mempunyai garisan luar (outline) dan sempadan yang mengelilinginya. Ianya dapat dikategorikan kepada rupa geometri dan organik. Rupa geometri lebih kepada rupa yang mempunyai sudut dan penjuru. Rupa organik pula yang mempunyai rupa bebas dan tidak terikat pada bentuk yang khusus. Rupa ialah sesuatu kawasan yang berbeza dari ruang di sekeliling dan bersifat 2-D (tidak berjisim). Merupakan hasil pertemuan antara penghujung garisan dan permulaannya.

Guru berperanan dalam memperkenalkan kepada kanak-kanak terhadap bentuk lakaran yang mampu meningkatkan samada estetika sikap, estetika  respon ataupun estetika pengalaman. Hal ini dapat diwujudkan melalui tugasan yang diberikan oleh guru atau ibu bapa yang memerlukan kanak-kanak menggunakan pancaindera mereka secara lebih berkesan.

Penglibatan kanak-kanak yang aktif dalam proses aktiviti seni visual atau seni lukis juga dapat memberi pengalaman kepada kanak-kanak dalam mengekploitasi visual dan memanipulasi bahan seni yang digunakan semasa program seni dijalankan. Guru mestilah memberi peluang kepada kanak-kanak untuk menggunakan bahan seni secara maksimum supaya kreativiti dan estetika mereka dapat diasah semaksimum yang mungkin.

iii.        Membentuk
Aktiviti membentuk dalam program seni lukis juga dilihat mampu meningkatkan kreativiti dan estetika kanak-kanak. Bentuk yang dimaksudkan lazimnya merujuk kepada struktur jisim dan isi padu. Terdapat dua jenis bentuk iaitu bentuk konkrit dan bentuk ilusi. Bentuk dapat dihasilkan melalui lukisan, catan, arca, komputer dan kraf tradisi. Bentuk konkrit ialah bentuk sebenar yang bersifat tiga dimensi. Bentuk ilusi ialah bentuk yang dilihat melalui gambar atau ilustrasi. Ianya bersifat rata dan boleh dihasilkan melalui lakaran, catan dan lukisan berkomputer 3 dimensi.

iv.        Jalinan
Jalinan merujuk kepada kesan yang terdapat pada permukaan sesuatu objek. Ia dapat menunjukkan kesan rasa dan ekspresi sesuatu objek kepada kita. Jalinan terbahagi kepada dua iaitu; jalinan sentuh dan jalinan tampak. Jalinan sentuh ialah jalinan yang dapat dirasai melalui sentuhan, contohnya kulit buah durian (alam semula jadi) dan jahitan sulaman (alam buatan manusia). Jalinan tampak pula jenis jalinan yang hanya dapat dilihat tetapi tidak dapat dirasai melalui sentuhan. Ruang merupakan kawasan yang dikelilingi oleh garisan, atau kawasan kosong di sekeliling objek, atau jarak antara dua objek.

v.         Warna
Warna ialah pigmen pewarna kimia yang bertindak balas pada sesuatu permukaan. Warna terbahagi kepada tiga kumpulan utama iaitu warna asas, warna sekunder dan warna tertier. Warna asas terdiri daripada warna biru, merah dan kuning; dan ianya boleh menghasilkan warna sekunder dan warna tertier. Warna sekunder pula terdiri daripada warna hijau, jingga dan ungu; dan dapat dihasilkan daripada campuran dua warna asas. Sementara itu, warna tertier terhasil daripada percampuran warna asas dan sekunder. Guru boleh meningkatkan estetika kanak-kanak melalui aktiviti seni lukis yang melibatkan penggunaan warna dari sumber semulajadi.

Penghasilan warna dari bahan semulajadi seperti warna biru kundang yang dihasilkan menggunakan bunga telang dan warna jingga yang dihasilakan menggunakan kunyit akan meningkatkan estetika kanak-kanak terhadap karya seni mereka. Selain itu aktiviti sebegini turut mampu meningkatkan penghayatan mereka terhadap sumber semulajadi yang membolehkan karya seni mereka dihasilkan.

Bagi memastikan peningkatan terhadap kreativiti dan estetika kanak-kanak, guru juga boleh mempekenaklkan kepada kanak-kanak teknik catan. Catan merupakan proses penghasilan seni menggunakan bahan berwarna atau cat yang disapu ke atas sesuatu permukaan yang rata seperti di atas kertas, kanvas dan kadbod. Catan juga boleh dibuat dengan menggunakan pelbagai bahan pewarna seperti tempre (serbuk), cat air atau bahan pewarna daripada tumbuh-tumbuhan seperti kunyit. Penggunaan berus yang berbeza daripada segi saiz dan bentuk dapat menghasilkan gaya kepada lukisan yang dihasilkan.

Guru boleh menggalakkan kanak-kanak untuk menggunakan peralatan yang berlainan apabila mewarna supaya dapat memberi kesan yang menarik. Aktiviti sebegini juga dapat meningkatkan kreativiti kanak-kanak selain berupaya menggembirakan mereka. Apabila Guru menjalankan kegiatan me dan membuat gambar, reka atau beri tajuk mengikut perincian sukatan pelajaran. Guru juga digalakkan bercerita berkaitan tajuk dipermulaan pelajaran sebelum meminta kanak-kanak melakukan aktiviti mewarna.

Berikut merupakan contoh rancangan pengajaran harian (RPH) bagi aktiviti seni lukis yang dintergrasikan dalam matepelajaran Bahasa Malaysia di sekolah rendah:




5.2              PROGRAM KRAFTANGAN KANAK-KANAK

Secara amnya, kraf mudah dapat membantu perkembangan motor kasar dan motor halus kanak-kanak. Aktiviti kraf mudah menggalakkan penggunaan dan kawalan otot secara berkesan. Aktiviti memegang gunting, bermain dengan bahan dan alatan memungkinkan pergerakan motor halus dapat membantu peningkatan gerak otot kanak-kanak. Aktiviti menggunakan tanah liat dapat meningkatkan perkembangan kemahiran seni dan kreativiti kanak-kanak di mana mereka dapat membentuk pelbagai objek.

Selain itu, aktiviti ini dapat turut membantu perkembangan motor halus dan motor kasar kanak-kanak. Penghayatan seni penting dalam kehidupan kanak-kanak kerana berkaitan dengan kognitif dan nilai estetika dalam kehidupan.

5.2.1        Kraf Mudah
Kraf mudah untuk kanak-kanak mengaplikasikan teknik aktiviti menggambar, membuat corak dan rekaan serta bentuk binaan. Aktiviti menggambar untuk kanak-kanak adalah seperti lukisan, catan , kolaj, montaj, cetakan, resis, gosokan, stensilan, percikan, gurisan, capan dan mozek.

Aktiviti membuat corak dan rekaan untuk kanak-kanak adalah seperti ikatan dan celupan, tiupan, titisan, renjisan, percikan, lukisan, catan, cetakan, capan, resis, kolaj, pualaman, lipatan dan guntingan. Aktiviti bentuk binaan kanak-kanak adalah seperti topeng, boneka, origami, mobail, stabail, model dan diorama.

                                                                               I.            Kraf mudah 2 dimensi
Kraf mudah 2 dimensi atau 2D adalah bentuk kraf yang mempunyai panjang dan lebar. Kraf mudah 2 dimensi untuk kanak-kanak adalah seperti kolaj, topeng dan kad ucapan.

Guru bereperanan dalam menyediakan aktiviti yang memerlukan kanak-kanak untuk membina kolaj, topeng amhupun kad ucapan yang menggunakan keseluruhan kreativiti mereka. Aktiviti menghasilkan kad ucapan yang berunsurkan ucapan perayaan bagi setiap kaum juga dilihat mempu membantu dalam proses integrasi dan mengukuhkan perpaduan  bangsa dan negara Malaysia. Secara tidak langsung, semangat dan sikap bersatu padu dapat dipupuk dalam diri kanak-kanak kerana mereka memahami kepelbagaian budaya dalam kehidupn mereka.
Kolaj
membuat gambar atau corak rekaan di atas sebarang permukaan. Tampalan disusun dan ditindih pada permukaan mengikut gambar yang hendak dibuat. Pelbagai corak dan gambar boleh dihasilkan melalui aktiviti kolaj berdasarkan kreativiti kanak-kanak.
Apabila Guru merancang untuk menjalankan aktiviti kolaj di mana melibatkan pemilihan bahan, menggunting, menyusun dan menampal. Beri perhatian apabila kanak-kanak mengendalikan bahan-bahan yang digunakan bagi mengelakkan bilik menjadi terlalu bersepah. Kanak-kanak perlu dibebaskan untuk memilih bahan dan dibimbing daripada segi penyusunan bahan. Guru juga perlu tahu memilih bahan pelekat yang bersesuaian untuk bahan yang dipilih.

Topeng
T openg biasa dibuat menggunakan kertas manila, gunting, gelung getah, pensel dan warna. Guru boleh mengajar kanak-kanak membuat dua jenis topeng, iaitu topeng penuh dan topeng zorro yang hanya menutup bahagian mata sahaja. Kanak-kanak boleh membuat topeng berdasarkan imaginasi mereka atau mengadaptasi kartun kegemaran mereka. Imej topeng juga boleh dihasilkan berdasarkan wajah manusia, flora dan fauna.
Guru merancang untuk mengadakan pementasan bertajuk Puteri Salju. Bagi menjayakan pementasan ini, Guru perlu memikirkan watak, plot cerita, latar dan prop. Namakan watak utama dalam pementasan dan sediakan topeng yang sesuai untuk setiap watak. Sediakan juga plot cerita dan latar belakang pentas.
Kad ucapan
dalam penghasilan kad yang menarik kerana kad ucapan pasti mempunyai kata-kata yang ingin disampaikan. Kanak-kanak juga boleh digalakkan untuk membuat rekaan mudah seperti kad ucapan.
A
ktiviti membuat kad ucapan menggunakan teknik corak dan rekaan yang melibatkan guntingan dan tampalan. Kad ucapan boleh dibuat dalam pelbagai saiz. Kemahiran bahasa memainkan peranan
Aktiviti membuat kad ucapan boleh menggalakkan murid untuk menghargai orang tersayang dan sesuai dijalankan sempena hari perayaan atau sambutan Hari Guru. Peralatan dan bahan yang diperlukan ialah:
1. Kertas keras
2. Gunting
3. Pensel
4. Pembaris
5. Penebuk lubang
6. Reben
7. Warna
8. Kertas warna
9. Bunga kering

Langkah ansur maju untuk membuat kad ucapan
1. Guru mengaitkan dengan peristiwa semasa seperti hari perayaan dan hari lahir.
2. Guru menunjukkan cara menghasilkan kad ucapan.
3. Sediakan peralatan dan bahan.
6. Lipat kertas kepada dua bahagian.
7. Buat ukuran kad di atas kertas keras.
8.  atau buat corak mengikut kreativiti masing-masing.
9. Buat sampul surat.

Kraf mudah 3 dimensi
Boneka
Aktiviti boneka boleh mempertingkatkan daya pemikiran, kreativiti, bahasa, kemahiran intrapersonal dan kemahiran interpersonal kanak-kanak. Guru boleh menyediakan satu sudut untuk aktiviti boneka dalam bilik darjah masing-masing. Bahan-bahan yang perlu untuk menghasilkan boneka mudah adalah seperti sarung tangan, sarung kaki, kertas, telur, bekas kertas dan bekas minuman. Boneka juga boleh dibuat dari blok-blok kayu dan bahan terbuang seperti tin susu dan kotak kecil. Boneka boleh dibuat dalam pelbagai cara dan kanak-kanak boleh melakonkan watak menggunakan hasil karya masing-masing.
Mobail
perkara yang perlu Guru beri perhatian, iaitu kreativiti mereka bentuk dan mencari objek untuk digantung, imbangan dan menggantung mobail. Guru boleh menggunakan penggantung baju, kayu, pembaris dan sebagainya sebagai tempat menggantung. Rajah 8.1 menunjukkan kitaran menghasilkan mobail.
Kraf mudah 3 dimensi atau 3D adalah bentuk kraf yang mempunyai panjang, lebar dan tinggi. Kraf mudah 3 dimensi untuk kanak-kanak adalah seperti boneka dan mobail.
Aktiviti boneka boleh mempertingkatkan daya pemikiran, kreativiti, bahasa, kemahiran intrapersonal dan kemahiran interpersonal kanak-kanak. Guru boleh menyediakan satu sudut untuk aktiviti boneka. dalam bilik darjah masing-masing. Bahan-bahan yang perlu untuk menghasilkan boneka mudah adalah seperti sarung tangan, sarung kaki, kertas, telur, bekas kertas dan bekas minuman. Boneka juga boleh dibuat dari blok-blok kayu dan bahan terbuang seperti tin susu dan kotak kecil. Guru boleh menyediakan satu sudut untuk aktiviti b.oneka Boneka boleh dibuat dalam pelbagai cara dan kanak-kanak boleh melakonkan watak menggunakan hasil karya masing-masing.

Mobail
perkara yang perlu Guru beri perhatian, iaitu kreativiti mereka bentuk dan mencari objek untuk digantung, imbangan dan menggantung mobail. Guru boleh menggunakan penggantung baju, kayu, pembaris dan sebagainya sebagai tempat menggantung. Rajah 8.1 menunjukkan kitaran menghasilkan mobail.
K
raf mudah 3 dimensi atau 3D adalah bentuk kraf yang mempunyai panjang, lebar dan tinggi. Kraf mudah 3 dimensi untuk kanak-kanak adalah seperti boneka dan mobail.
A
ktiviti boneka boleh mempertingkatkan daya pemikiran, kreativiti, bahasa, kemahiran intrapersonal dan kemahiran interpersonal kanak-kanak. Guru boleh menyediakan satu sudut untuk aktiviti boneka
Mobail ialah hasil kerja kanak-kanak seperti lipatan, an dan objek yang senang digantung. Bahan dan objek seterusnya digantung pada imbangan yang sesuai. Dalam aktiviti mobail terdapat tiga perkara yang perlu Guru beri perhatian, iaitu kreativiti mereka bentuk dan mencari objek untuk digantung, imbangan dan menggantung mobail. Guru boleh menggunakan penggantung baju, kayu, pembaris dan sebagainya sebagai tempat menggantung. Rajah 8.1 menunjukkan kitaran menghasilkan mobail.

Model
Model untuk kanak-kanak contohnya model kereta merupakan satu bentuk yang digubah untuk tujuan membuat sesuatu objek konkrit dengan menggunakan bahan. Antara teknik yang digunakan adalah acuan, menampal, mewarna untuk menghasilkan satu objek. Objek tersebut seterusnya dibentuk dan disusun mengikut imaginasi dan kreativiti kanak-kanak. Dalam aktiviti membuat model terdapat tiga perkara yang perlu Guru beri perhatian, iaitu kreativiti mereka bentuk dan mencari bahan untuk dibentuk. Guru boleh menggunakan kotak-kotak buangan untuk membuat model.


PROGRAM MUZIK, LAGU DAN NYANYIAN SERTA PANTUN DAN SAJAK KANAK-KANAK
Muzik kanak-kanak
Kanak-kanak peka terhadap pic dan irama serta sensitif terhadap bunyi-bunyi di persekitaran. Mereka akan memberi reaksi terhadap apa yang mereka dengar. Muzik menekankan kemahiran pendengaran. Konsep muzik seperti pic, irama dan lirik dapat dipraktikkan dalam aktiviti nyanyian kanak-kanak. Lagu dan nyanyian untuk kanak-kanak memberi peluang kepada kanak-kanak untuk mengambil bahagian dalam aktiviti menyanyi.

KONSEP INTEGRASI DALAM SENI
Selain pelaksaan program seni secara berasingan, pengintegrasian program seni dalam pendidikan dilihat mampu meningkatkan kreativiti dan ekspresi kanak-kanak. Konsep integrasi pada program seni yang dilaksanakan membantu  ke arah pembangunan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.Dalam KBSR konsep ini membawa maksud bahawa penguasaan ilmu pengetahuan, kemahiran, bahasa dan pemupukan nilai-nilai murni dilakukan secara bersepadu dan menyeluruh. Ini membolehkan pelajar memperolehi kemahiran, mengembangkan bakat, nilai, pengetahuan, sikap dan amalan yang dikehendaki. Ia juga memperlihatkan kepada pelajar gambaran keseluruhan serta hubung kait antara satu perkara dengan perkara yang lain membentuk satu kerangka ilmu.
Berikut merupakan contoh spesifik pengintegrasian tiga bidang seni dalam pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran yangdipilih.


(i)                 Matapelajaran      :Bahasa Melayu (Tahun 2)
         Tajuk                    :Mari Bertani

                 Pengintegrasian bidang Seni Dalam Pendidikan:
                 1) Muzik               :Nyanyian lagu ‘Pak Mamat Tukang Kebun’
                 2) Pergerakan        :Membuat gaya membanting padi, merumput dan
                                                menyemai.
                 3) Seni Lukis       :Me dan mewarna gambar sayur-sayuran.

Bagi menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih seronok dandifahami, guru telah menggunakan cara pengintegrasian Seni Dalam Pendidikanyang merangkumi bidang seni muzik, seni pergerakan dan seni lukis dalamtajuk mata pelajaran yang diajar.
Dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, guru memilihuntuk menggunakancara pengintegrasian Seni Dalam Pendidikan dalam tajuk mata pelajaran BahasaMelayu yang dipilih iaitu ‘Mari Bertani’. Dalam tajuk ini, guru memilih untukmengintegrasikan tajuk dengan Seni Lukisdengan melakukan aktiviti medan mewarna. Guru akan menunjukkan gambar sayuran-sayuran dan memintamurid-murid menyebut nama-nama sayur-sayuran yang ditunjukkan. Kemudianmurid-murid diminta me gambar sayur-sayuran yang mereka tahumenggunakan daya kreativiti mereka sendiri. Secara tidak langsung, integrasidalam tajuk ini dapat meningkatkan lagi pemahaman dan pengekalan ingatantajuk ini dalam minda pelajar dengan me gambar yang berkaitan. Di samping itu, guru juga dapat mengintegrasikan tajuk ‘Mari Bertani’ dengan menyanyikan bersama-sama lagu yang berkaitan supaya murid-murid
lebih mudah untuk mengingati isi tajuk yang ingin disampaikan. Guru bolehmemilih untuk menyanyikan lagu ‘Pak Mamat Tukang Kebun’ beramai-ramaisambil membuat gaya pergerakan berdasarkan dengan lagu yang dipilih.
Aktiviti pergerakan yang dilakukan merupakan integrasi seni pergerakGurulam tajuk dan sekaligus memberi kecekapan psikomotor di kalangan murid-murid. Kebosanan dapat dielakkan sebaliknya murid-murid berasa seronok untukmengikuti pengajaran dan pembelajaran tajuk yang diajar.

           (ii) Nyatakan aktiviti muzik, pergerakan dan seni lukis yang boleh
                 dijalankan dalam P&P.

a)                                   Aktiviti Muzik

              Tajuk Lagu     : Ayah Dan Ibu
              Pencipta          : Othman Ali

            Ayah Ibu Banyak Memberi
            Baju Buku Itu Ku Dapati
            Dengan Apa Aku Berterima Kasih
            Dengan Doa Kepada Allah Hu Robbi( Ulang 4 kali)

Di awal pengajaran, guru bersoal jawab dengan murid tentang tajuk pengajaraniaitu ‘ Menghormati Ayah dan Ibu’ sebagi set induksi. Kemudian gurumengedarkan lirik lagu yang bertajuk ‘Ayah Ibu’ kepada setiap murid danmemasang kaset lagu ‘Ayah Ibu’ untuk diperdengarkan kepada murid-murid.Guru dan murid menyanyikan lagu tersebut bersama-sama. Aktiviti ini bolehmenimbulkan minat pelajar terhadap pengajaran yang disampaikan oleh gurukerana murid berasa seronok. Fitrah kanak-kanak yang cenderung kepadapembelajaran lebih menarik. Aktiviti ini boleh menimbulkan minat bagi pelajaryang mempunyai jenis kecerdasan pelbagai muzik. Kemudian, pelajar bolehdiberi peluang untuk bermain alat muzik yang mudah dan memainkan lagu-lagumudah yang bertemakan keluarga. Penggubahan lirik lagu yang masihmengekalkan lagu-lagu pendidikan yang sama juga boleh membantu pelajarmenjadi semakin berminat terhadap pelajaran.

b) Aktiviti Pergerakan
Murid diminta melakonkan watak-watak dalam keluarga di hadapan bilikdarjah. Aktiviti ini mudah untuk dijalankan kerana menggunakan pengalamansedia ada murid-murid. Bagi mempelbagaikan situasi, guru boleh memberi
arahan kepada murid untuk memilih watak yang mereka mahu dan melakonkanpelbagai gaya. Contohnya, melakonkan watak seorang ibu dalam pelbagaisituasi yang berbeza seperti sedang memasak di dapur, melakukan kerja-kerjarumah, menggosok pakaian sambil melayan karenah anak-anak di rumah dansebagainya. Murid-murid tentunya akan lebih seronok apabila berjayamelakonkan watak dengan baik dan mendapat peneguhan positif daripada guru.Semasa berlakon, murid dapat memahami sesuatu konsep dengan lebih jelaslagi di mana secara tidak langsung, ini akan dapat menjadikan mereka lebihkreatif, inovatif, bertanggungjawab dan dapat membina sosialisasi dengan lebih baik.


iii) Bagaimanakah aktiviti ini boleh membantu murid dalam pembelajaran?
Melalui aktiviti yang dijalankan berdasarkan pendekatan bertema yangdipilih dapat memberi peluang kepada murid untuk mengembangkan dayakognitif, afektif dan psikomotor dalam pengajaran dan pembelajaran muzik, senilukis dan pergerakan. Contohnya daripada tajuk ‘Kasih Ibu Bapa’, murid-murid dapat menghubungkaitkan tajuk dengan persekitaran dan kehidupan seharian mereka melalui aktiviti seni muzik, seni pergerakan dan seni lukis.
Selain itu, pendekatan bertemakan masyarakat yang dipilih ini akan dapatmembantu murid-murid memilih dan memindahkan idea, mengolah, sintesis danpenghargaan melalui aktiviti lakonan yang dijalankan bersama rakan-rakan.Bukan itu sahaja, murid-murid juga dapat memperolehi pendekatan yangmendalam terhadap nilai-nilai murni diri mereka dan nilai-nilai murni orang lain.Contohnya aktiviti lakonan yang dijalankan dapat menerapkan nilai-nilai murniseperti nilai kemanusiaan, kerjasama dan saling menghormati antara satu samalain.
Sesi pengajaran dan pembelajaran seni dalam pendidikan melalui aktivitimuzik, pergerakan dan seni lukis serta pendekatan bertema yang dipilih dapatmembantu murid-murid memainkan peranan dalam menyesuaikan diri secaraberkesan.

iv) Apakah alat/bahan yang sesuai dengan aktiviti tersebut untuk muridmeneroka, memperolehi pengalaman dan mengalami ekspresi? Apakahkesan penggunaan alat/bahan ini kepada proses pengajaran danpembelajaran?
Guru perlu menyediakan alat dan bahan yang sesuai dengan tajuk dantema pelajaran bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapatberjalan dengan lancar. Moldstat (1974) berpendapat media (alat dan bahan) jikadigunakan bersama pengajaran ala tradisional (guru, kapur dan tutur) akanmeningkatkan proses pembelajaran. Dalam tajuk ‘Kasih Ibu Bapa’ ini, gurumenggunakan beberapa alat dan bahan bagi menyesuaikan penggunaannyadengan tajuk tersebut. Asas bahan yang digunakan bagi menyampaikan tajuk ini ialah Buku Teks Pendidikan Islam Tahun 2. Guru meminta dua orang murid membaca teks dalam tajuk ‘Kasih Ibu Bapa’ dan kemudian meminta murid-murid membaca tekstersebut beramai-ramai. Guru boleh menanamkan konsep pemahaman daripadateks yang dibaca melalui seni pergerakan iaitu dengan melakukan aktivitilakonan. Melalui aktiviti lakonan, murid cuba memahami sesuatu watak denganlebih jelas. Secara tidak langsung, aktiviti lakonan ini dapat menjadikan muridtersebut seorang yang lebih kreatif, inovatif, bertanggungjawab dan dapatmembina sosialisasi dengan lebih baik. Selain itu, penglibatan murid dalamaktiviti ini juga dapat melatih murid lebih berkeyakinan diri.
Bagi melaksanakan aktiviti seni muzik, guru memilih untuk menggunakanpemain CD Audio untuk memainkan lagu ‘Ayah Ibu’. Media audio adalah suatustrategi pengajaran dan pembelajaran secara mendengar dimana bunyi suaradan muzik direkod, disimpan, dan boleh dimainkan semula denganmenggunakan alat perakam atau emain audio (Yusup Hashim, 1996). Denganmemasukkan seni muzik dalam pembelajaran dapat memperkembangkan nilaiestetika, kreativiti dan ekspresi diri. Contohnya, murid-murid boleh menyanyisambil membuat gaya mengikut lirik lagu tersebut. Secara tidak langsung, gurutelah memasukkan seni pergerakan dalam pengajarannya. Selain itu, murid-murid juga dapat menikmati pengalaman muzik yang berbeza jika belum pernahmendengar lagu tersebut sebelum ini.
Bagi melaksanakan aktiviti me bilangan ahli keluarga pelajar,sebaiknya guru menyediakan kertas an yang sesuai untuk murid. Guru jugaboleh meminta murid menyediakan alat tulis untuk me dan mewarna. Dalamaktiviti seni lukis ini, murid perlu menggunakan pengetahuan sedia ada merekauntuk me gambar keluarga yang terdiri daripada ibu bapa dan adik beradikmereka mengikut ekspresinya sendiri. Ini membantu perkembangan murid dariaspek psikomotor dan emosi dan penting dari segi fisiologi dan psikologi murid.Victor Lowenfeld dan Brittain (1986) telah meneliti an kanak-kanak mengikutperingkat perkembangan kanak-kanak dan menerangkan bagaimana bahan,kandungan, subjek dan persekitaran murid dapat disesuaikan mengikut peringkatperkembangan untuk merangsang pengutaraan tampak kanak-kanak,
perkembangan kreatif dan mental seterusnya perkembangan menyeluruh kanak-
kanak.
Oleh itu, sebelum sesuatu media dipilih dan digunakan, seseorang guruatau pengajar itu mestilah memikirkan topik yang diajar, objektif pembelajaran,sifat murid, kebolehan penuntut dan menilai isi kandungan secara terperinci. Alatdan bahan yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapatmerangsang minat pelajar. Dengan menggunakan alat bantu mengajar, guruakan mempelbagaikan pengajaran. Pelajar tidak akan rasa bosan denganadanya pelbagai aktiviti yang dilakukan oleh guru.



No comments:

Post a Comment