TEKS PENGACARA MAJLIS MAJLIS PERPISAHAN GURU BESAR SEKOLAH KEBANGSAAN KULAI 1, KULAIJAYA, JOHOR
 Filed Under :  by Perjalanan Hidup..........
Thursday, May 1, 2014
| 
   
WAKTU  
 | 
  
   
TEKS 
 | 
  
   
CATATAN 
 | 
 
| 
   
1030 
 | 
  
   
Assalamualaikum warahmatullahi
  wabarakatuh dan salam sejahtera 
Bagi memulakan majlis pada pagi
  ini, marilah sama-sama kita mulakan dengan bacaan ummul kitab Al-fatihah. 
Yang
  Diraikan En Ziman bin Mohammad 
Guru
  Besar 
Sekolah
  Kebangsaan Kulai Satu 
---------------------------------------------------------------------------------- 
Yang Dihormati En Ahmad bin Awang 
Guru Penolong Kanan Satu 
---------------------------------------------------------------------------------- 
Yang Dihormati Pn Norhayati bte
  Yusof 
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal
  Murid 
---------------------------------------------------------------------------------- 
Puan Noorsiati Bt Kassim 
Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum 
---------------------------------------------------------------------------------- 
Puan Norsita bte Ibrahim 
Guru Penolong Kanan Petang  
---------------------------------------------------------------------------------- 
Serta Guru-guru SK KULAI 1 sekalian.
Mencari timba si anak dara, 
Di bawah sarang burung tempua; Salam sembah pembuka bicara, Selamat datang untuk semua. 
Alhamdulillah dengan izin Allah swt kita sama-sama kita dapat berkumpul pada
  hari ini untuk bersama-sama dalam perpisahan Tuan Guru Besar SK KULAI 1 iaitu
  EN ZIMAN BIN MOHAMMAD. 
Majlis ini merupakan penghargaan serta ucapan terima kasih yang tidak terhingga
  kepada EN ZIMAN BIN MOHAMMAD  atas
  komintmen yang tinggi, jasa dan penghargaan serta segala khidmat bakti dan budi yang
  telah beliau berikan sepanjang berada di arena pendidikan khususnya di SK
  KULAI 1 sebagai guru besar. 
DOA 
Tetak buluh panjang
  sepuluh 
Buluh ditetak anak Pak
  Mamat 
Angkat tangan jemari
  sepuluh 
Doa diminta biar selamat 
Bagi memberkati majlis kita pada
  pagi ini, majlis dengan segala hormatnya menjemput Ustaz Rizal bin           untuk memimpin bacaan doa. 
Dengan segala hormatnya
  dipersilakan. 
UCAPAN WAKIL PENTADBIR 
Majlis pada malam ini akan diteruskan lagi dengan ucapan
  oleh yang  
________________________________________________________________ 
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. 
UCAPAN EN
  ZIMAN BIN MOHAMMAD 
Terima kasih diucapkan kepada ______________________________________atas
  ucapan beliau sebentar tadi. 
Guru-guru dan hadirin sekalian, kini tibalah masa yang
  ditunggu-tunggu iaitu ucapan dan amanat yang akan disampaikan oleh guru yang
  diraikan EN ZIMAN BIN
  MOHAMMAD  
Oleh yang demikian 
  majlis dengan segala hormatnya mempersilakan EN ZIMAN BIN MOHAMMAD untuk menyampaikan ucapannya.  
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. 
PERSEMBAHAN  
Terima kasih diucapkan kepada
  ______________________________________atas ucapan beliau sebentar tadi 
Majlis pada hari akan diserikan lagi dengan persembahan
  yang akan disampaikan oleh wakil guru iaitu EN MOHD TAMIZI BIN SARBINI. 
TAMIZI 
1 CERDIK- NYANYIAN & GERAKAN 
TAMIZI---- 
1 PINTAR- NYANYIAN BAHASA INGGERIS 
6 PINTAR- KOIR & PUISI 
PENYAMPAIAN HADIAH 
Terima kasih diucapkan EN ZIMAN BIN MOHAMMAD GURU BESAR
  SK KULAI 1 atas ucapan beliau sebentar tadi 
Guru-guru dan hadirin sekalian, majlis pada malam ini
  akan diteruskan dengan upcara penyampaian hadiah. Oleh itu majlis dengan
  sukacitanya mempersilakan EN ZIMAN BIN MOHAMMAD GURU BESAR SK KULAI 1 untuk
  ke hadapan bagi menerima hadiah. 
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. 
Dimulakan dengan penyampaian hadiah & cenderamata dari  murid; 
1.     Tahun 2 
2.     Tahun 3 
3.     Tahun 4 
4.     Tahun 5 
5.     Tahun 6 CERDIK 
6.     Tahun 6 PINTAR 
PENUTUP 
Dari Rokan ke Indragiri, 
Membawa tinta ke Kuala Linggi; Baliklah tuan rehatkan diri, Esok kita bersua lagi. 
Majlis mengucapkan jutaan terima
  kasih kepada semua yang terlibat, sama ada secara langsung atau tidak
  langsung dalam menjayakan majlis pada malam ini.  
Bintang barat terbitan petang, 
bintang timur terbitan pagi, jika tidak melarat panjang, ada umur ketemu lagi 
Dengan itu, maka selesailah sudah  
Wabillahhi taufik walhidayah
  wassalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh. 
PANTUN PERPISAHAN  
Pucuk pauh selara pauh 
Sembilu ledung ledungkan 
Adik jauh kekanda jauh 
Kalau rindu sama menungkan 
Pucuk pauh selara pauh 
Pucuk terjuntai di atas titi 
Adik jauh kekanda jauh 
Menaruh rindu di dalam hati 
Patah pasak dalam kemudi 
Patah diruang bunga kiambang 
Kalaulah tidak bertemu lagi 
Bulan yang terang sama dipandang 
Batang selasih permainan budak 
Berdaun sehelai dimakan kuda 
Bercerai kasih bertalak tidak 
Seribu tahun kembali juga 
Batang selasih permainan budak 
Tumbuhnya jarang tepi telaga 
Bercerai kasih bukan kehendak 
Paksaan orang dituruti juga 
Sayang Semarang Gunung Merapi 
Anak gelama dituba jangan 
Tidak dilarang adik berlaki 
Janji yang lama dilupa jangan 
Ikan sepat dimasak berlada 
Kuah cencaluk jadi bumbunya 
Kalau tak dapat dimasa muda 
Akan kutunggu sampai menjanda 
Harum sungguh bunga melati 
Kembang setangkai diwaktu pagi 
Hancur sungguh rasa dihati 
Sedang berkasih ditinggal pergi 
Jauh berdagang ditengah kota 
Menjual dagangan pelbagai benda 
Abang pergi mencari harta 
Buat meminang akan adinda 
Kalau ada sumur diladang 
Boleh saya menumpang mandi 
Kalau ada umur yang panjang 
Boleh kita berjumpa lagi 
Anak tani mengutip lokan 
Lokan dikutip untuk dimakan 
Sayang anak tangan-tangankan 
Sayang isteri tinggal-tinggalkan 
Pulau Sipadan pulau Ligitan 
Tempat singgah raja Bulungan 
Risau dibadan galau ingatan 
Ingat pungguk rindukan bulan 
Serapah disembur mengubat gatal 
Tok bomoh membaca jampi 
Sebelum tidur ditepuk bantal 
Menyeru nama dalam mimpi 
Berjalan di malam kelam 
Baiklah kiranya berteman 
Kenapa pungguk rindukan bulan 
Bunga banyak kembang ditaman 
Hilir rakit berkajang kain 
Dimana teluk singgah bertimba 
Niatku tidak pada yang lain 
Adinda seorang tiadalah dua 
Berinai orang berhitam kuku 
Mandi disiram si air mawar 
Tuan seorang biji mataku 
Racun diminum jadi penawar 
Leher merah itu helang 
Terbangnya tangkas perangai garang 
Jangan dinda berhati walang 
Kasih kanda padamu seorang 
Bunga lada tingginya sama 
Ambil setangkup bunga melati 
Kanda berjanji terlalu lama 
Manalah sanggup dinda menanti 
Ambil setangkup bunga melati 
Hiasan rambut puteri jelita 
Kenapa dinda tak sanggup menanti 
Mana perginya janji setia 
Kayu mempoyan kulitnya manis 
Patah galah dalam paya 
Laku perempuan mulutnya manis 
Cakap sepatah jangan percaya 
Kerisi, Cencaru, siikan Parang 
Ikan Belut siikan gerut 
Tidak sangka orangnya curang 
Lain dimulut lain diperut 
 | 
  
   | 
 







No comments:
Post a Comment