Kisah perjuangan seorang sahabat yang kian dilupakan.....

Suhaib Ar-rumi.............

Suhaib adalah seorang pedagang yang pintar dan cerdas, beliau menjual dengan harta dan jiwanya guna mendapatkan redha Allah SWT, maka diapun mendapatkannya dan berhak mendapatkan penghargaan orang Romawi yang mendapatkan kemenangan dalam Islam, dan berhak seperti yang diriwayatkan dari Rasulullah saw :”Suhaib penakluk negeri Romawi”. (HR. Ibnu Sa’ad).

MINIT MESYUARAT AGUNG PANITIA SAINS SEKOLAH KEBANGSAAN KULAI 1 KALI KE-3, 2013



MINIT MESYUARAT AGUNG
PANITIA SAINS
SEKOLAH KEBANGSAAN KULAI 1
KALI KE-3, 2013
TARIKH          : 28 Ogos 2013 (Rabu).

MASA             : 12.30 tengahari
TEMPAT         : Pondok Moral
Kehadiran       :                     
1.    En.Ahmad b. Awang
2.    Pn Noraini bte Jalil
3.    En.Mohd.Sofhan b. Sekandar
4.    En.Azlan Syazani  b. Adanan
5.    Pn.Rosmaliza bt. Ramli
6.    Pn.Fairuz bt. Mazlan
7.    En.Naqiuyudin bin Mohd Tajudin

1. UCAPAN PENGERUSI

1.1  Tuan pengerusi, Pn.Noraini bt. Jalil berterima kasih kepada semua guru  yang sudi meluangkan masa untuk menghadiri Mesyuarat  Panitia Sains SK Kulai 1, Kali Ke-3 2013. Beliau berharap guru-guru yang hadir dapat membentangkan usul dan memberikan cadangan serta idea-idea yang bernas agar dapat memberi manfaat kepada semua guru sains dan pelajar SK Kulai 1.
  Tindakan: makluman.






2.  UCAPAN WAKIL PENTADBIR-EN AHMAD BIN AWANG
2.1  En Ahmad b. Awang mengucapkan ribuan terima kasih guru-guru Sains SK Kulai 1 yang telah berjaya melaksanakan program-program yang berkaitan dengan panitia Sains.

2.2 En Ahmad b. Awang menyarankan kepada guru-guru sains SK Kulai 1 supaya memperbaiki dan menambahbaik cara pengajaran dan pelaksanaan P&P sains supaya dapat disesuaikan dengan kefahaman dan prestasi murid-murid yang diajar.

2.3 En Ahmad b. Awang mencadangkan kepada guru-guru sains SK Kulai 1 supaya menyemak semual prestasi murid-murid yang diajar dan melaksanakan program-program khas yang bersesuaian untuk meningkatkan prestasi murid-murid.

Tindakan : makluman.
3.  PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

3.1 Tiada perkara berbangkit.

Tindakan: makluman.
4. HAL-HAL LAIN

4.1 MINGGU SAINS SK KULAI 1
      Pn Fairuz bte Mazlan mencadangkan supaya Minggu Sains SK Kulai 1 dilaksanakan
      sekali lagi pada 10 September 2013 sehingga 13 September 2013.

4.2 PEKA
      En Mohd Sofhan menyatakan bahawa pemantauan PEKA bagi murid tahun 4,5, dan
      6 akan dilaksanakan dan murid-murid diminta untuk melengkapkan borang-borang
      yang berkaitan. Markah murid-murid khususnya murid-murid Tahun 6 hedaklah diisi
      dengan tepat.

4.3 TAKLIMAT KSSR TAHUN 4
      En Azlan Syazani bin Adanan menjelaskan berkaitan dengan KSSR Sains Tahun 4
      dan menyatakan bahawa bahan-bahan KSSR bagi Sains Tahun 4 boleh didapati
      daripada VCD yang dibekalkan oleh pihak KPM. Guru-guru diminta untu mengisi
      borang offline yang disediakan untuk mengisi prestasi murid-murid

4.4 PEMILIHAN BUKU-BUKU LATIHAN UNTUK KEGUNAAN 2014
      Pn Noraini bte Jalli mencadangkan agar pemilihan buku-buku latihan Sains murid-
      murid Tahun 1 hingga Tahun 6 dipilih mengikut tahap kefahaman murid-murid.
      Buku-buku yang dipilih juga hendaklah bersesuaian dengan tahap kemampuan
      kebanyakan murid di sekolah.

      Antara cadangan-cadangan penerbit adalah seperti berikut:

4.4.1      Cerdik Publication
4.4.2      Cemerlang Publication
4.4.3      Nusa Mas Publication
4.4.4      Sasbadi Publication

11.   PENUTUP

11.1  Ucapan penangguhan oleh Ketua Panitia Sains, Pn Noraini bte Jalil. Beliau  mengucapkan ribuan terima kasih dan syabas kepada semua pihak yang terlibat menjayakan Mesyuarat Panitia Sains pada kali ini.

11.2    Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.00 petang.

Disediakan oleh,                                                             Disemak oleh:            
......................................................                                ............................................       
(AZLAN SYAZANI BIN ADANAN)                              (NORAINI BTE JALIL)
Setiausaha,                                                             Ketua Panitia,
Panitia Sains,                                                          Panitia Sains
SK Kulai 1                                                                      SK Kulai 1

No comments:

Post a Comment