Kisah perjuangan seorang sahabat yang kian dilupakan.....

Suhaib Ar-rumi.............

Suhaib adalah seorang pedagang yang pintar dan cerdas, beliau menjual dengan harta dan jiwanya guna mendapatkan redha Allah SWT, maka diapun mendapatkannya dan berhak mendapatkan penghargaan orang Romawi yang mendapatkan kemenangan dalam Islam, dan berhak seperti yang diriwayatkan dari Rasulullah saw :”Suhaib penakluk negeri Romawi”. (HR. Ibnu Sa’ad).

MINIT MESYUARAT AGUNG PANITIA SAINS SEKOLAH KEBANGSAAN KULAI 1 KALI KE-2, 2013



MINIT MESYUARAT AGUNG
PANITIA SAINS
SEKOLAH KEBANGSAAN KULAI 1
KALI KE-2, 2013
TARIKH          : 15 Mei 2013 (Khamis).

MASA             : 12.30 tengahari
TEMPAT         : Pondok Moral

Kehadiran       :                     
1.    En.Ahmad b. Awang
2.    En.Mohd.Sofhan b. Sekandar
3.    En.Azlan Syazani  b. Adanan
4.    Pn.Rosmaliza bt. Ramli
5.    Pn.Fairuz bt. Mazlan
6.    En.Naqiuyudin bin Mohd Tajudin

1. UCAPAN PENGERUSI

1.1  Tuan pengerusi,    En Mohd Sofhan bin Sekandar berterima kasih kepada semua guru  yang sudi meluangkan masa untuk menghadiri Mesyuarat  Panitia Sains SK Kulai 1, Kali Ke-2 2013. Beliau berharap guru-guru yang hadir dapat membentangkan usul dan memberikan cadangan serta idea-idea yang bernas agar dapat memberi manfaat kepada semua guru sains dan pelajar SK Kulai 1.

  Tindakan: makluman.


2.  UCAPAN WAKIL PENTADBIR-EN AHMAD BIN AWANG

2.1  En Ahmad b. Awang mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru Panitia Sains yang telah memberikan kerjasama dalam menjayakan segala program yang dijalankan di sekolah serta membantu dalam meningkatkan prestasi Sains di sekolah.

2.2 En Ahmad b. Awang menyarankan kepada guru-guru sains SK KULAI 1 supaya mengisi bahagian belakang buku RPH iaitu pada bahagian Markah Ujian/Peperiksaan dan bahagian Semakan Buku Latihan.

2.3 En Ahmad b. Awang menyarankan supaya  guru-guru sains SK KULAI 1 menyemak buku-buku tulis murid-murid dan menandatangani pada bahagian semakan beserta dengan tarikh.

2.4  En Ahmad b. Awang menyarankan supaya  guru-guru sains SK KULAI 1 supaya memastikan graf peningkatan prestasi murid-murid diisi secara berkala supaya peningkatan dan pencapaian murid-murid dapat dipastikan.

Tindakan : makluman.
3.  PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

3.1 Tiada perkara berbangkit.

Tindakan: makluman.
4. HAL-HAL LAIN

4.1 PEKA
      En Mohd Sofhan bin Sekandar menyatakan bahawa PEKA bagi murid tahun 4,5,
      dan 6 akan dilaksanakan seperti biasa.

      En Azlan Syazani bin Adanan pula menyatakan bahawa PEKA bagi murid Tahun 3
      tidak dapat dipastikan lagi kerana tiada maklumat yang menyatakan bahawa PEKA
      murid Tahun 3 perlu dilaksanakan.

4.1 BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SOALAN BAHAGIAN B UPSR (GALUS)
En Azlan Syazani bin Adanan mencadangkan supaya Bengkel Teknik menjawab soalan bahagian B UPSR dilaksanakan sebanyak dua kali dalam setahun.

4.2 SUDUT SAINS
En Azlan Syazani bin Adanan mencadangkan supaya sebuah sudut sains diperuntukkan di sekolah bagi mempamerkan bahan-bahan sains supaya murid-murid terdedah dengan konsep dan teori sains.


11.   PENUTUP

11.1  Ucapan penangguhan oleh Wakil Ketua Panitia Sains, En Mohd Sofhan bin Sekandar. Beliau  mengucapkan ribuan terima kasih dan syabas kepada semua pihak yang terlibat menjayakan Mesyuarat Panitia Sains pada kali ini.

11.2    Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.00 petang.


Disediakan oleh,                                                        Disemak oleh:                 

......................................................                           ............................................            
(AZLAN SYAZANI BIN ADANAN)                          (EN MOHD SOFHAN BIN SEKANDAR)
Setiausaha,                                                              Guru Sains
Panitia Sains,                                                           SK KULAI 1
SK Kulai 1                                                                                    

No comments:

Post a Comment