Kisah perjuangan seorang sahabat yang kian dilupakan.....

Suhaib Ar-rumi.............

Suhaib adalah seorang pedagang yang pintar dan cerdas, beliau menjual dengan harta dan jiwanya guna mendapatkan redha Allah SWT, maka diapun mendapatkannya dan berhak mendapatkan penghargaan orang Romawi yang mendapatkan kemenangan dalam Islam, dan berhak seperti yang diriwayatkan dari Rasulullah saw :”Suhaib penakluk negeri Romawi”. (HR. Ibnu Sa’ad).

MISKONSEPSI PELAJAR DALAM MATAPELAJARAN SAINS



1.0              PENGENALAN
Kanak-kanak adalah `saintis’. Mereka belajar dan memahami dunia sekeliling mereka melaui proses yang dilakukan oleh seorang ahli sains. Mereka akan gunakan semua deria untuk belajar tentang objek atau fenomena yang sedang mereka kaji. Dengan soalan-soalan yang ditanya mereka mengumpul maklumat tentang objek yang dikaji. Akhirnya daripada pemerhatian dan jawapan yang mereka terima mereka akan memahami objek atau fenomena yang dikaji.

Mereka kemudian akan menyusun maklumat yang dikumpulnya untuk membentuk skemata, struktur dan konsep-konsep. Pada mereka, teori yang mereka bina adalah logik dan rasional sebab ianya berdasarkan bukti dan pengalaman mereka. Cuma pengalaman mereka terhad, dan tahap pemikiran mereka juga belum mantap. Ini bermakna apabila kanak-kanak ini masuk ke bilik darjah sains, mereka sudah punyai idea atau kefahaman mereka sendiri tentang konsep dan fenomena yang akan anda ajar. Konsep awal yang dimiliki kanak-kanak disebut dengan konsepsi. Konsep awal atau konsepsi yang tidak sesuai dengan konsep ilmiah biasa disebut miskonsepsi.

2.0              DEFINISI MISKONSEPSI

Ada banyak istilah yang sering digunakan bagi menerangkan tentang idea sedia ada kanak-kanak tentang sains. Miskonsepsi, kerangka altenatif, prekonsepsi, idea  alternatif, dan sains kanak-kanak supayanya membawa maksud yang sama, iaitu konsep sains yang dipunyai oleh kanak-kanak melalui pengalamannya.  Miskonsepsi adalah andaian dan penerangan kurang tepat tentang sesuatu fenomena yang dibentuk oleh individu melalui pengalamannya ( Martin et al.,2002). Manakala Novak dan Gowin(1984) menyatakan bahawa miskonsepsi adalah merupakan suatu interpretasi konsep-konsep dalam sesuatu pernyataan yang tidak dapat diterima. Oleh sebab penerangan tentang sesuatu konsep tadi tidak sama dengan penerangan yang diberikan oleh ahli sains maka idea kanak-kanak tadi dikenali sebagai miskonsepsi.

Betul miskonsepsi selalu dipunyai oleh kanak-kanak, tapi apabila ianya tidak ditangani oleh guru-guru secara bijak miskonsepsi ini akan berterusan hingga dewasa. Juga bila ianya tidak ditangani segera, ianya akan digunakan untuk membentuk kefahaman konsep yang seterusnya. Tentunya dengan ujudnya miskonsepsi, ianya mempunyai impak yang serius terhadap pembelajaran.

Miskonsepsi tidak hanya terjadi pada kanak-kanak tetapi juga terjadi pada guru. Hal ini menyebabkan miskonsepsi pada kanak-kanak semakin besar. Miskonsepsi juga dapat terjadi pada buku-buku yang dijual di pasaran. Jika buku tersebut digunakan oleh guru dan kanak-kanak sebagai sumber belajar maka guru dan kanak-kanak tersebut akan mengalami konsepsi dan bahkan makin memperkuat miskonsepsi yang sebelumnya sudah terjadi. Oleh karena itu, memang tidak mudah memperbaiki miskonsepsi namun guru hendaknya selalu berusaha untuk memperbaiki penguasaan konsep yang dipelajarinya sehingga dapat mengenali yang terjadi pada kanak-kanak.



3.0              PUNCA BERLAKUNYA MISKONSEPSI
Apakah punca berlakunya miskonsepsi ini? Di antaranya;
1.      Tidak semua pengalaman yang dialami oleh kanak-kanak membolehkan mereka membuat kesimpulan yang tepat atau pun mereka dapat melihat sesuatu daripada pelbagai aspek.
2.      Apabila kanak-kanak bertanya kepada ibu-bapa atau ahli keluarga yang lain tentang sesuatu fenomena mereka kadangkala memberi maklumat yang kurang tepat sebab mereka pun kurang tahu tetang fenomena itu
3.      Penerangan yang mereka dapat daripada pelbagai sumber seperti media cetak dan elektronik dimana kadangkala kesahihan faktanya boleh diragui.

Harlen (2000) mencadangkan beberapa sebab berlakunya miskonsepsi di kalangan kanak-kanak. Di antaranya;
1.      Pengalaman kanak-kanak terhad. Jadi hanya sebahagian bukti yang dijumpai oleh kanak-kanak.
2.      Kanak-kanak hanya beri perhatian kepada aspek yang didapati melalui deria meraka dan tidak berdasarkan pemikiran logik. Contohnya, dia alami matahari bergerak ikutnya, jadi begitulah matahari bergerak.
3.      Kanak-kanak yang muda hanya boleh fokus kepada satu-sat ciri sahaja semasa mengkaji sesuatu fenomena atau objek.Contohnya, benda hidup bergerak, jadi kereta itu enda hidup sebab ia bergerak
4.      Kanak-kanak guna istilah tertentu tetapi kurang memahami konsep sebenar
5.      Kanak-kanak tidak mahu melepaskan idea mereka sebab tidak terdapat penerangan lain yang logik pada mereka.

4.0              KATEGORI MISKONSEPSI
Miskonsepsi boleh dikategorikan seperti berikut;
Kategori
Penjelasan
`Preconceived notions’
Pembentukan konsep yang berakar – umbi daripada pengalaman seharian. Contohnya, ramai orang percaya air bawah tanah mengalir dalam sungai sebab pemerhatian mereka air yang di atas tanah mengalir sebegitu.
Kepercayaan bukan- saintifik
Pandangan yang mereka pelajari daripada sumber selain daripada Pendidikan Sains contohnya daripada pengajaran agama atau mitos. Contohnya teori tenang permulaan kehidupan di Bumi.
Salah-faham konsep
Ujud apabila cara pengajaran konsep sains tidak mengambilkira atau tidak mencabar paradoks dan percanggahan yang timbul daripada preconceived notions dan kepercayaan bukan-saintifik. Bagi menangani kekeliruan mereka membina teori yang lemah tentang konsep tersebut.
Miskonsepsi
Vernakular
Ujud kerana penggunaan istilah yang maksudnya berbeza dalam konteks sains dan kehidupan seharian.
Miskonsepsi fakta
Maklumat yang dipelajari semasa umur muda dan telah kekal lama, tidak dicabar sehingga dewasa.


5.0              MAKLUMAT TENTANG TAJUK YANG DIKAJI

Subject                       : Science
Year                            : Year 4
Learning area            : Investigating Materials
Learning Objective   : 1.1 Understanding the properties of materials
Learning Outcome    : Pupils:
1.      Classify objects into groups according to the materials they are made of.
2.      Identify materials that conduct electricity.





6.0              MISKONSEPSI PELAJAR DALAM TAJUK YANG DIKAJI

Terdapat beberapa miskonsepsi pelajar dalam tajuk yang dikaji. Antaranya:

Miskonsepsi
Fakta
1)      Hanya bahan yang diperbuat daripada logam sahaja yang boleh mengalirkan arus elektrik.
Terdapat bahan bukan logam yang dapat mengalirkan arus elektrik seperti air limau, air paip, dan karbon.
2)      Karbon tidak dapat mengalirkan arus elektrik
Karbon merupakan konduktor elektrik walaupun ianya tidak diperbuat daripada bahan logam.
3)      Air limau bukan konduktor elektrik.
Air limau merupakan konduktor elektrik yang baik.
4)      Air paip tidak dapat mengalirkan arus elektrik.
Air paip merupakan konduktor elektrik yang lemah.




7.0              KAEDAH  YANG DIPILIH UNTUK MEMBANTU PELAJAR DAN CARA PELAKSAANNYA

Terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan bagi membantu pelajar dalam mengatasi miskonsepsi dalam tajuk yang dikaji. Antara kaedah yang boleh digunakan adalah seperti berikut:


 


7.1.1        PENGAJARAN BERASASKAN KEPADA MODEL INKUIRI PENEMUAN

Salah satu kaedah yang berkesan untuk membantu pelajar membetulkan miskonsepsi yang wujud dalam diri pelajar adalah dengan cara menggunakan kaedah pembelajaran berasaskan kepada model inkuiri penemuan.

Secara asasnya pelajar di semua peringkat dan dalam setiap domain sains perlu diberi peluang untuk menggunakan siasatan saintifik dan membangunkan keupayaan untuk berfikir dan bertindak dalam cara yang dikaitkan dengan siasatan, termasuk bertanya soalan, merancang dan menjalankan penyiasatan, menggunakan alat-alat dan teknik yang sesuai untuk mengumpul data, pemikiran kritis dan logik tentang hubungan antara keterangan dan penjelasan,
membina dan menganalisis penjelasan alternatif, dan berkomunikasi saintifik
hujah.

Oleh yang demikian, kaedah pembelajaran sebegini dilihat lebih efektik dalam memperbetulkan miskonsepsi yang wujud dalam minda pelajar kerana pelajar sendiri yang akan menjalankan penyiasatan, bertanya soalan, merancang dan dan menggunakan alat-alat dan teknik yang sesuai untuk mengumpul data.

Apabila kaedah ini digunakan pelajar akan merasai dan mengalami sendiri pengalaman membina konsep dalam kotak fikiran mereka dan dalam masa yang sama konsep yang salah akan dapat diperbetulkan. Langkah pelaksanaan pengajaran boleh dirujuk melalui pautan video berikut:

Inquiry-Based Learning



Maklumat berkaitan dengan Pembelajaran menggunakan pendekatan inkuiri penemuan turut boleh diperolehi daripada pautan berikut:

Inquiry Based Learning


KAEDAH PELAKSANAAN PEMBELAJARAN BERASASKAN KEPADA MODEL INKUIRI PENEMUAN

Pembelajaran sebegini boleh dilaksanakan oleh guru apabila guru mendapati wujud miskonsepsi dalam minda pelajar. Setelah mengenalpasti miskonsepsi dalam diri pelajar samada berdasarkan kepada soalan lisan, set soalan, Ujian Awal dan lain-lain kaedah, guru boleh melaksanakan pembelajaran berasaskan kepada model inkuiri penemuan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Sekiranya masih wujud lagi miskonsepsi dalam minda pelajar, guru boleh mengulangi semula kaedah pembelajaran ini.



Contoh rancangan pengajaran harian (RPH) menggunakan pendekatan inkuiri penemuan adalah seperti berikut:

CONTOH RANCANGAN MENGAJAR MENGGUNAKAN
 PENDEKATAN INKUIRI PENEMUAN

Tema                                       :  Menyiasat Alam Bahan
Tajuk                                       :  Sifat-sifat Bahan
Sub Topik                                :  Sifat Bahan
Tempoh                                   :  60 minit
Tahun                                      :  4 USM
Objektif Pembelajaran            :  Memahami sifat-sifat bahan
Hasil Pembelajaran                  :  Pada akhir P&P, para pelajar akan dapat mengenalpasti bahan                                               konduktor/penebat elektrik
Standard Kandungan              : 5.1    Memahami sifat-sifat bahan.
Standard Pembelajaran           : 5.1.3  Mengenalpasti konduktor dan penebat
Pendekatan/ Kaedah/ Strategi :  Pendekatan - Inkuri – penemuan
                                                   Strategi – Mengeksperimen dan Perbincangan

Fasa
(Masa)

Isi kandungan

Aktiviti pengajaran & pembelajaran

Catatan


Set Induksi
(5 minit)

Mengapa terdapat jenis bahan dalam satu alat elektrik

Jenis aktiviti : Bercerita

- Guru menceritakan tentang pengalaman terkena kejutan elektrik yang kecil.
- Bersoal jawab tentang pengalaman sedia ada murid.


Kemahiran saintifik:
Komunikasi

Nilai murni :
Berhati-hati

Meramal
Idea
(10 minit)

Mengenalpasti objek konduktor dan penebat elektrik.
1.    Mengedarkan pelbagai jenis objek kepada murid,
Seperti  paku, kertas buku, pensil kayu, pembaris plastik, karbon pensil, duit syiling 10 sen, sudu plastik, getah pemadam dan rod kaca.
2.    Murid mengelaskan bahan kepada 2 kumpulan konduktor dan penebat elektrik.

Kemahiran saintifik:
Meramal,
Mengelas

Nilai murni :
Kerjasama,
berani

Pemerhatian
(25 minit)

Mengeksperimen bahan yang diberi dalam litar elektrik.
1.    Murid membina litar lengkap.
2.    Murid menyambungkan objek yang diberi dalam satu litar yang lengkap.
3.    Murid membuat pemerhatian tentang nyalaan mentol bagi setiap objek yang disambung dalam litar lengkap.
4.    Murid merekodkan hasil pemerhatian  dalam borang yang diberi.




Kemahiran saintifik:
Mengeksperimen,
Pemerhatian


Nilai Murni :
Berkerjasama
Jujur

Penjelasan
(15 minit)

- Bahan konduktor
   (pengalir elektrik)

- Bahan penebat
 (bukan pengalir elektrik)
1.    Guru meminta setiap kumpulan murid membentangkan hasil keputusan eksperimen.
2.    Setiap kumpulan murid memberikan kesimpulan berdasarkan hasil eksperimen masing-masing. ( Aras tinggi)

3.    Guru mengukuhkan hasil dan memberi takrifan konduktor elektrik dan penebat elektrik.


Refleksi
(5 minit)

Senarai bahan konduktor dan penebat elektrik

1.Murid membuat peta minda.

i)Bahan konduktor

ii)Bahan penebat

2.(Lampiran kerja    disediakan)




CONTOH LATIHAN MURID

Sila tandakan ( / ) bagi objek yang dapat menyalakan mentol.



Objek

Keadaan  Mentol  Selepas Disambungkan Objek

Menyala

Tidak Menyala

Getah Pemadam



Pensil kayu



Pembaris plastik



Karbon pensil



Duit Syiling 10 sen



Sudu plastik



Rod Kaca



Paku



Kertas buku





7.1.2        PETA KONSEP
enggunaan peta konsep dalam mengatasi miskonsepsi pelajar merupakan
antara kaedah yang baik untuk dilaksanakan.
Guru memberikan peta konsep ini kepada pelajar semasa sesi pembelajaran sedang dilaksanakan. Kemudian guru meminta prlajar untuk mengisi ruangan kosong berdasarkan maklumat yang mereka perolehi semasa mengikuti sesi pembelajaran dan pengajaran.

Kemudian guru mengumpulkan peta konsep yang telah siap diisi oleh pelajar dan kemudiannya guru boleh mengenalpasti miskonsepsi yang wujud dalam minda mereka secara langsung. Sekiranya berlaku atau wujud miskonsepsi contohnya ada segelintir pelajar yang mengatakan bahawa air limau bukan konduktor elektrik maka guru boleh memperbetulkan fakta tersebut dengan cara mengulang semula penjelasan konsep ataupun meminta pelajar berkenaan untuk membuat penyelidikan dan pembacaan semula untuk memperbetulkan miskonsepsi yang wujud dalam minda mereka.

7.1.3        PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM)
Bahan bantu mengajar yang dimaksudkan adalah guru menyediakan kad imbas yang dapat membantu pelajar dalam mengukuhkan pemahaman mereka dalam tajuk yang dipelajari.




CONTOH BBM

KAEDAH PELAKSANAAN
Kad imbas
Guru boleh menggunakan kad imbas seperti kad imbas yang menunjukkan gambar-gambar bahan yang boleh mengalirkan arus elektrik iaitu konduktor elektrik dan bahan yang tidak boleh mengalirkan arus elektrik iaitu penebat.
Bahan maujud
Guru boleh membawa bahan-bahan mujud ke dalam kelas semasa member penjelasan kepada pelajar tentang penebat dan konduktor. Antara bahan maujud yang boleh digunakan ialah:
·         Set litar elektrik
·         Klip kertas
·         Air limau
·         Karbon (pensel)
·         Air paip
Carta
Carta turut boleh digunakan untuk memperbetulkan miskonsepsi pelajar di dalam tajuk konduktor dan penebat. Guru boleh menggunakan carta yang menunjukkan contoh-contoh bahan yang mengalirkan arus elektrik (konduktor) dan bahan-bahan yang menghalang arus elektrik iaitu penebat.



7.1.4        KAEDAH BERCERITA
Kaedah bercerita merupakan antara kaedah yang paling berkesan untuk member kefahaman kepada pelajar tentang sesuatu tajuk yang dipelajari.

Untuk memastikan pelajar faham berkaitan dengan tajuk Konduktor dan Penebat, guru boleh menceritakan kepada pelajar cerita berikut:

KISAH DI SUATU PAGI
Pada suatu pagi, hujan turun dengan lebatnya, angin bertiup kencang disertai dengan petir dan guruh yang sabung-menyabung. Ada lima orang sahabat Aiman, Hanif, Fairuz, Shuhada dan Ela terkandas dalam hujan lebat tersebut. Mereka berteduh di sebuah perhentian bas.

Tidak berapa lama kemudian, sebatang pokok yang berdekatan tumbang menimpa wayar elektrik lalu menyebabkan ia putus. Hujung salah satu wayar tersebut telah mengenai bumbung perhentian bas tersebut. Shuhada yang kebetulan pada ketika itu sedang bersandar pada tiang perhentian bas itu terkena kejutan elektrik.

Aiman tanpa berfikir panjang terus menarik Shuhada dengan tujuan untuk menolong tetapi malangnya dia turut terkena kejutan elektrik tersebut. Sementara rakan-rakan lain tergamam seketika.

Kemudian Fairuz terpandang batang besi yang berada berdekatan lalu menghulurkan kepada Shuhada dengan tujuan untuk menariknya tetapi dia juga turut terkena kejutan. Ela terpaku dengan fikiran yang buntu, namun Hanif tetap berusaha untuk menolong. Dengan menggunakan ikhtiar yang terakhir dia mengambil sebatang kayu dan menolak rakan-rakannya ke tempat yang selamat.

Selepas Shuhada, Aiman dan Fairuz salama berada di hospital, Hanif dan Ela tertanya-tanya sesama sendiri mengapakah batang besi dan batang kayu yang digunakan dalam usaha menyelamatkan rakannya memberi kesan yang berbeza?

Bolehkah anda membantu Hanif dan Ela mencari jawapan??????
Mari kita mencari jawapan anda itu

***Video yang dicadangkan dilampirkan bersama dengan tugasan ini.
7.1.5        PENGGUNAAN POWER POINT
Power point merupakan antara bahan penting yang boleh digunakan dalam pengajaran tajuk Konduktor dan Penebat. Antara kebaikan menggunakan Power Point dalam mengajar tajuk ini adalah seperti berikut:

1)      Imej dan  input  mudah untuk dimasukkan.
2)      Bahan  pengajaran dapat dibina dalam untuk penampilan yang berbeza.
3)      Boleh menambah nota muka surat.
4)      Boleh dengan mudah menambah media dan rakaman .



7.1.6        PENGGUNAAN BAHAN ANIMASI (VIDEO)

Bahan animasi juga dapat digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi memudahkan pemahaman pelajar tehadap tajuk yang dikaji. Penggunaan animasi yang sesuai akan menarik perhatian pelajar dan seterusnya akan menyebabkan mereka lebih cepat untuk mempelajari sesuatu daripada animasi yang ditunjukkan kepada mereka.

Antara contoh bahan animasi yang boleg digunakan bagi tujuan memudahkan pemahaman pelajar dan mengatasi miskonsepsi pelajar dalam topik ini ialah seperti penggunaan video bertajuk:

Science - Electricity - Conductors and Insulators - English – YouTube


7.1.7        SET SOALAN (KUIZ/SOAL JAWAB LISAN)
Set soalan merangkumi samada soalan berbentuk bertulis ataupun soalan lisan. Kadeah ini digunakan bagi mengatasi miskonsepsi pelajar dalam memahami konduktor dan penebat.
Pelajar akan memberikan jawapan terhadap soalan-soalan yang diberikan berdasarkan kepada pemahaman mereka. Apabila guru menggunakan kaedah penyoalan samada secara bertulis ataupun lisan, guru akan dapat mengenalpasti samada terdapat miskkonsepsi dalam minda pelajar ataupun tidak.
Sekiranya terdapat miskonsepsi dalam minda pelajar, guru dapat memperbaikinya dengan kadar yang segera. Guru juga boleh mengadakan Ujian Pra dan Ujian Akhir (Pre & Post Test) bagi mengenalpasti miskonsepsi yang wujud dalam minda pelajar. Kaedah ini akan memudahkan lagi tugas guru dalam membantu pelajar mengatasi miskonsepsi dalam minda mereka.
Contoh latihan yang boleh diberikan kepada pelajar bagi mengenapasti miskonsepsi dan membantu pelajar mengatasi miskonsepsi mereka adalah seperti berikut:



Latihan
1.
Berikut ialah senarai beberapa bahan yang biasa anda lihat dan guna dalam kehidupan seharian.
 
(a)
Tandakan  √ dalam kotak bagi konduktor elektrik.
 
 
Straw
 
 
 
 
Air garam
 
 
 
 
Cuka
 
 
 
 
Dawai kuprum
 
 
 
 
Grafit (karbon pensel)
 
 
 
 
Kertas
 
 
 
 
Pembaris keluli
 
 
 
(b)
Mengapa dawai elektrik dirumah kamu dibalut dengan getah?
________________________________________________________
2.
Nyatakan fungsi alat-alat berikut dalam satu litar elektrik.
 
(a)
Suis :               ____________________________
 
(b)
Bateri :            ____________________________
 
(c)
Mentol :           ____________________________
3.
Apakah yang dimaksudkan dengan:
 
(a)
Litar terbuka
________________________________________________________
 
(b)
Litar tertutup
________________________________________________________
 
(c)
Konduktor elektrik
________________________________________________________
 
(d)
Penebat elektrik
________________________________________________________











7.1.8        DEMONSTRASI DAN EKSPERIMEN

Kaedah lain yang boleh digunakan untuk membantu pelajar mengatasi miskonsepsi dalam tajuk konduktor dan penebat adalah dengan menggunakan kaedah demonstrasi.

Pelajar akan lebih mudah memahami isi pelajaran yang diajar sekiranya diberi peluang untuk merasai dan mencuba sendiri sesuatu perkara. Selain itu, guru juga harus bijak menggunakan bahan-bahan yang sering dilihat oleh pelajar dalam kehidupan seharian mereka supaya wujud konteks di antara isi pelajaran yang dipelajari dengan pengalaman mereka dalam kehidupan seharian mereka.

Guru boleh mengadakan demonstrasi semasa mengajar tajuk konduktor dan penebat di dalam kelas. Demonstrasi ini boleh dijalankan semasa fasa “Restructuring of Ideas” sekiranya guru menggunakan modul “Needham 5 Phase”. Setelah kaedah demontrasi digunakan, guru boleh meminta pelajar untuk melaksanakan eksperimen.

Kaedah ini boleh dilaksanakan secara berkumpulan ataupun secara individu sekiranya bahan mencukupi. Guru boleh memberi set soalan kepada murid-murid untuk dilengkapkan dan pelajar perlu mencari jawapan bagi soalan-soalan berkenaan melalui  keputusan eksperimen yang diperolehi

8.0              RUJUKAN

Abruscato, J. (2000). Teaching Children Science. A Discovery Approach. (5th
ed.).Washington: Wadsworth Publishing Company. Edition) USA,
 Allyn & Bacon.

Alsop, S. and Watts, M. ( ). Interviews-about-scenarios.Exploring the affective
dimensions of physics education. Di muatturun pada 8ept.2011 daripada
http://www.manchesteruniversitypress.co.uk/uploads/docs/630021.pdf

Eggen, P. and Kauchak, D. (2004) Educational Psychology: Windows, Classrooms.
Upper Saddle River: Pearson Prentice Hall

Guest, G. (2004 ). Alternative Frameworks and Misconceptions in Primary Science.
Dimuat turun pada 8 Sept.2011 daripada http://www.ase.org.uk/sci-
tutors/professional_issues/teaching_teaching/misconceptions.php.

Harlen, W. (2000 B.) The Teaching of Science in Primary Schools. 3rd Edition.
London
Martin, R.; Sexton, C.; Gerlovich, J. (2002). Teaching science for all children-
Methods for constructing understanding. Boston: Allyn and Bacon.

No comments:

Post a Comment