TEKS PENGACARA MAJLIS PROGRAM TRANSISI & GURU PENYAYANG SEKOLAH KEBANGSAAN KULAI 1, KULAIJAYA, JOHOR
WAKTU
|
TEKS
|
CATATAN
|
600
|
Assalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh dan salam sejahtera
Bagi memulakan majlis pada petang
ini, marilah sama-sama kita mulakan dengan bacaan ummul kitab Al-fatihah.
Yang Berusaha Tuan Haji Patah
Abidin Bin Md Said
Yang Di Pertua PIBG
Sekolah Kebangsaan Kulai Satu
----------------------------------------------------------------------------------
Yang Berusaha
Naib Yang DiPertua PIBG
Sekolah Kebangsaan Kulai Satu
----------------------------------------------------------------------------------
Yang
Berusaha En Ziman bin Mohammad
Guru
Besar
Sekolah
Kebangsaan Kulai Satu
----------------------------------------------------------------------------------
Yang Dihormati En Ahmad bin Awang
Guru Penolong Kanan Satu
----------------------------------------------------------------------------------
Cik Hajah Latifah Bt Otman
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal
Murid
----------------------------------------------------------------------------------
Puan Noorsiati Bt Kassim
Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum
Guru-guruPara ibu bapa dan penjagaYang diraikan murid-murid TAHUN 1, 2013 serta seluruh pelajar SK KULAI 1 yang disayangi sekalian.
Selamat Datang saya ucapkan ke Majlis Penutupan Minggu Transisi &
Penyayang, 2013.
DOA
Lebat kemiri pohonnya rendah
Dahan terikat tali perkasa
Sepuluh jari kami menadah
Mohon berkat Yang Maha Esa
Bagi memberkati majlis kita pada
pagi ini, majlis dengan segala hormatnya menjemput Ustaz Abdul Halim bin Esa
untuk memimpin bacaan doa khas sempena Majlis Penutupan Minggu Transisi &
Penyayang, 2013 peringkat SK KULAI (1) 2012.
Dengan segala hormatnya
dipersilakan.
UCAPAN WAKIL MURID TAHUN 1
Terima diucapkan kepada Ustaz Abdul
Halim bin Esa atas bacaan doa itu tadi.
Guru-guru, ibu bapa &
murid-murid sekalian, Program Transisi dan Guru Penyayang dilaksanakan adalah
bertujuan untuk membantu murid-murid menghadapi
perubahan di dalam keadaan transisi dari pendidikan tidak formal di tadika ke
pendidikan formal di Tahun Satu sekolah rendah.
Program yang telah diwujudkan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia ini adalah sangat rasional kerana ia membantu Murid-murid
yang masuk ke Tahun 1 datang dari pelbagai latar belakang dan pengalaman yang
berbeza untuk menyesuaikan diri mereka dalam suasana baru di sekolah rendah.
Banyak aktiviti yang dirancang
bagi memenuhi tujuan ini seperti;
1.
Aktiviti dinamika kumpulan
2.
•Pengukuhan sosialisasi
3.
•Pergerakan motor halus
4.
•Motivasi diri
5. •Belajar melalui
bermain
Dilaksanakan sepanjang Program
Transisi dan Guru Penyayang dilajalankan di sekolah.
Baiklah, tanpa melengahkan masa
lagi dengan ini saya mempersilakan wakil murid Tahun 1 iaitu adik
___________________________________ dari kelas
Tahun __________ untuk menyampaikan ucapannya mewakili
seluruh murid Tahun 1 SK KULAI 1. Majlis mempersilakan.
UCAPAN GURU BESAR
Majlis pada pagi ini akan
diteruskan lagi dengan ucapan oleh Yang Berusaha En Ziman bin Mohammad selaku Yang Dipertua PIBG SK KULAI 1.
Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.
BACAAN IKRAR MURID TAHUN 1
Majlis mengucapkan terima kasih
kepada Tuan En Ziman bin Mohammad atas
ucapan itu tadi.
Semoga segala yang telah
disampaikan oleh Tuan Guru Besar itu tadi dapat dijadikan sebagai panduan
oleh murid-murid semua.
Seterusnya, majlis akan dteruskan
lagi dengan pembacaan IKRAR MURID TAHUN 1.
Majlis mempersilakan
adik_______________________________ dari kelas Tahun __________ untuk
mengetuai Bacaan Ikrar.
Oleh itu semua murid Tahun 1
diminta berdiri dan bersedia.
_________________________________________________________________
PERSEMBAHAN 1 PINTAR
Majlis Tahun 1 dipersilakan duduk.
Guru-guru, ibu bapa dan
murid-murid sekalian,
Majlis pada hari ini akan dimeriahkan lagi dengan PERSEMBAHAN
NYANYIAN daripada murid-murid Tahun 1 PINTAR. Mereka akan menyanyikan lagu
tema bagi BAGI MINGGU TRANSISI
& GURU PENYAYANG yang bertajuk:
ANAK CEMERLANG
Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.
PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN MEWARNA
Bersempena dengan Minggu Transisi
& Guru Penyayng peringkat SK KULAI 1, satu pertandingan mewarna telah
dijalankan untuk seluruh pelajar tahun 1.
Oleh itu bagi menyampaikan hadiah
kepada para pemenang, majlis dengan ini mempersilakan Tuan Haji Abdul Patah,
Yang Dipertua PIBG SK KULAI 1 , untuk menyampaikan hadiah kepada para
pemenang. Dipersilakan.
Tempat ketiga dimenangi
oleh:_________________________________________
Tempat kedua jatuh kepada:
__________________________________________
&
Tempat Petama jatuh kepada
:___________________________________________
PERSEMBAHAN MURID TAHUN 1 CERDIK
Guru-guru, ibu bapa dan
murid-murid sekalian,
Kini marilah sama-sama kita
saksikan gelagat MURID TAHUN 1 CERDIK mendendangkan sebuah lagu berbahasa Inggeris
yang bertajuk:
GOOD MORNING TO YOU
Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.
PENYAMPAIAN HADIAH ACARA SUKANEKA
Majlis pada hari ini diteruskan
lagi dengan acara penyampaian hadiah bagi acara sukaneka.
Buat pengetahuan guru-guru, ibu
bapa dan murid-murid sekalian, acara sukaneka merupakan salah satu daripada
aktiviti menarik yang dilaksanakan sepanjang MINGGU TRANSISI DAN GURU
PENYAYANG. Murid-murid Tahun 1 dilihat bermain dengan sangat bersemangat
semasa aktiviti sukaneka dijalankan.
Oleh itu, bagi menyempurnakan
upacara penyampaian hadiah, majlis dengan segala hormatnya menjemput _______________________________________
untuk menyampaikan anugerah.
Tempat ketiga dimenangi
oleh__________________________________
Tempat kedua disandang oleh
______________________________________
Manakala JOHAN bagi acara sukaneka
sempena MINGGU TRANSISI DAN GURU PENYAYANG peringkat SK KULAI 1
disandang oleh_________________
Tahniah kepada semua kelas yang
terlibat.
Terima kasih diucapkan kepada _______________________________
atas kesudian menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
PERSEMBAHAN MURID TAHUN 1 BIJAK
Guru-guru, ibu bapa dan
murid-murid sekalian,
Persembahan pada hari ini
diteruskan lagi dengan persembahan ACTION SONG oleh pelajar TAHUN 1 BIJAK.
Tahun 1 BIJAK akan mempersembahkan
persembahan ACTION SONG yang bertajuk:
ARE YOU SLEEPING
Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.
LAKONAN : KISAH BELALANG
Kini marilah sama-sama kita saksikan persembahan
lakonan gabungan murid TAHUN 1 BIJAK, CERDIK dan PINTAR yang bertajuk :
KISAH BELALANG
Buat pengetahuan guru-guru, ibu bapa dan murid-murid,
Lakonan ini adalah di bawah bimbingan Pn Norlizawati bte Johdi.
Tanpa membuang masa, majlis dengan ini mempersilakan pelakon-pelakon
KISAH BELALANG untuk tampil mempersembahkan lakonan mereka.
PENYAMPAIAN ANUGERAH PUTERA & PUTERI BAGI MINGGU TRANSISI & GURU
PENYAYANG
Buat pengetahuan guru-guru, ibu
bapa dan murid-murid sekalian, 2 anugerah telah dipertandingkan iaitu
ANUGERAH PUTERA & PUTERI BAGI
MINGGU TRANSISI & GURU PENYAYANG peringkat SK KULAI 1, 2013.
Antara kriteria yang diutamakan bagi anugerah yang dipertandingkan ini
ialah:
Pelajar mestilah seorang yang:
1. Berketerampilan dan mempunyai sikap yang positif.
2. Memberikan kerjasama sepenuhnya sepanjang minggu transisi.
3. Menunjukkan minat dan tumpuan yang tinggi dalam semua aktiviti yang
dijalakan dan
4. Mempunyai karakter yang menarik.
Oleh itu, bagi menyampaikan
anugerah PUTERA & PUTERI bagi MINGGU
TRANSISI & GURU PENYAYANG, dengan ini majlis mempersilakan , Tn
Guru Besar, En Ziman bin Mohammad untuk menyampaikan anugerah berkenaan.
Bagi kategori anugerah PUTERA
MINGGU TRANSISI & GURU PENYAYANG peringkat SK KULAI 1, 2013 dirangkul
oleh:
___________________________________________
Bagi kategori anugerah PUTERI
MINGGU TRANSISI & GURU PENYAYANG peringkat SK KULAI 1, 2013 pula dirangkul
oleh:
___________________________________________
Terima kasih diucapkan kepada En
Ziman bin Mohammad atas kesudian beliau menyampaikan anugerah PUTERA &
PUTERI sempena MINGGU TRANSISI
& GURU PENYAYANG, peringkat SK KULAI 1, 2013.
Semoga murid-murid Tahun 1 yang
lain akan dapat mencontohi kedua-dua pelajar yang telah merangkul anugerah
PUTERA & PUTERI bagi MINGGU
TRANSISI & GURU PENYAYANG, peringkat SK KULAI 1, 2013.
PERSEMBAHAN LAGU TEMA
Majlis pada hari ini akan diakhiri dengan persembahan
terakhir iaitu persembahan dari murid TAHUN
1 PINTAR yang akan mendendangkan dua buah lagu yang bertajuk:
1) Head Shoulder, Knees, and
Toes
2) Snake in the Bush
-_________________________________________________________________
Majlis mengucapkan jutaan terima
kasih kepada semua yang terlibat, sama ada secara langsung atau tidak
langsung dalam menjayakan majlis pada pagi ini. Terima kasih juga diucapkan
kepada ibu bapa yang sudi hadir ke majlis pada pagi ini.
Bintang barat terbitan petang,
bintang timur terbitan pagi, jika tidak melarat panjang, ada umur ketemu lagi
Wabillahhi taufik walhidayah
wassalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
|
2 comments:
Minta izin utk gunakn skrip ini ye..terima kasih byk2 kerana sudi berkongsi.semoga Allah merahmati Cikgu sekeluarga.
Mohon izin guna teks ni.. Terima kasih
Post a Comment