Kisah perjuangan seorang sahabat yang kian dilupakan.....

Suhaib Ar-rumi.............

Suhaib adalah seorang pedagang yang pintar dan cerdas, beliau menjual dengan harta dan jiwanya guna mendapatkan redha Allah SWT, maka diapun mendapatkannya dan berhak mendapatkan penghargaan orang Romawi yang mendapatkan kemenangan dalam Islam, dan berhak seperti yang diriwayatkan dari Rasulullah saw :”Suhaib penakluk negeri Romawi”. (HR. Ibnu Sa’ad).

SEJARAH Bulan Sabit Merah Malaysia



Bulan Sabit Merah Malaysia
Sejarah
Sejarah Bulan Sabit Malaysia telah bermula sejak era penjajahan British lagi iaitu selepas Perang Dunia ke-2. Oleh sebab sewaktu itu negara kita di bawah pemerintahan British, maka persatuan yang ditubuhkan merupakan cawangan Palang Merah British, dengan ibu pejabatnya terletak di London.
Cawangan yang pertama ditubuhkan di Borneo Utara (kini dikenali Sabah) pada Mei 1948 dengan dengan nama Persatuan Palang Merah British Cawangan Borneo Utara. Ia kemudiannya diikuti oleh penubuhan Persatuan Palang Merah British Cawangan Sarawak di Sarawak sebulan kemudian.
Dua tahun kemudian, beberapa lagi cawangan ditubuhkan di semenanjung Tanah Melayu, bermula di Pulau Pinang pada tahun 1950 diikuti oleh Perak, Terngganu dan Selangor pada tahun 1951 seterusnya disusuli oleh Melaka, Johor dan Pahang pada 1952.
Apabila Malaya telah mendapat kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, satu akta parlimen telah digubal dan diluluskan pada tahun 1962 iaitu Federation of Malaya Red Cross Society (Incorporation) Act 1962 dan berkuatkuasa pada 16 April 1962.
Dengan itu, Persatuan Palang Merah Persekutuan Malaya ditubuhkan dengan rasminya pada dengan ibu pejabatnya terletak di Kuala Lumpur. Persatuan Palang Merah Persekutuan Malaya mendapat pengiktirafan daripada ICRC pada 4 Julai 1963 dan mendapat pengiktirafan daripada IFRC pada 24 Ogos tahun yang sama.
Pada September 1963, Malaysia dibentuk dengan menggabungkan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura. Oleh itu, Persatuan Palang Merah Persekutuan Malaya bergabung dengan  Persatuan Palang Merah Sabah, Sarawak dan Singapura yang ketika itu masih menjadi cawangan Palang Merah British. Satu lagi akta digubal iaitu Malaysian Red Cross Society (Incorporation) Act 1965. Dengan itu tertubuhlah Persatuan Palang Merah Malaysia.
Sesuai dengan imejnya sebagai negara Islam, lambang palang merah ditukar kepada lambing bulan sabit merah pada 1975. Sekali lagi akta digubal di Parlimen - Malaysia Red Crescent Society (change of name) Act 1975 dan dikuatkuasa pada 4 September 1975. Maka dengan rasminya nama persatuan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia sehinggalah sekarang.

No comments:

Post a Comment