Kisah perjuangan seorang sahabat yang kian dilupakan.....

Suhaib Ar-rumi.............

Suhaib adalah seorang pedagang yang pintar dan cerdas, beliau menjual dengan harta dan jiwanya guna mendapatkan redha Allah SWT, maka diapun mendapatkannya dan berhak mendapatkan penghargaan orang Romawi yang mendapatkan kemenangan dalam Islam, dan berhak seperti yang diriwayatkan dari Rasulullah saw :”Suhaib penakluk negeri Romawi”. (HR. Ibnu Sa’ad).

MINIT MESYUARAT AGUNG PANITIA SAINS SEKOLAH KEBANGSAAN KULAI 1 KALI KE-1, 2013



MINIT MESYUARAT AGUNG
PANITIA SAINS
SEKOLAH KEBANGSAAN KULAI 1
KALI KE-1, 2013
TARIKH          : 16 Januari 2013 (Rabu).

MASA             : 12.30 tengahari
TEMPAT         : Pondok Moral

Kehadiran       :                     
1.    En.Ahmad b. Awang
2.    En.Mohd.Sofhan b. Sekandar
3.    En.Azlan Syazani  b. Adanan
4.    Pn.Rosmaliza bt. Ramli
5.    Pn.Noraini bt. Jalil
6.    Pn.Fairuz bt. Mazlan
7.    En.Naqiuyudin bin Mohd Tajudin

1. UCAPAN PENGERUSI

1.1  Tuan pengerusi, Pn.Noraini bt. Jalil berterima kasih kepada semua guru  yang sudi meluangkan masa untuk menghadiri Mesyuarat  Panitia Sains SK Kulai 1, Kali Ke-1 2013. Beliau berharap guru-guru yang hadir dapat membentangkan usul dan memberikan cadangan serta idea-idea yang bernas agar dapat memberi manfaat kepada semua guru sains dan pelajar SK Kulai 1.
  Tindakan: makluman.

2.  UCAPAN WAKIL PENTADBIR-EN AHMAD BIN AWANG

2.1  En Ahmad b. Awang mengucapkan ribuan terima kasih kepada Panitia Sains  yang telah memberikan kerjasama dalam menjayakan segala program yang dijalankan di sekolah serta membantu dalam meningkatkan prestasi Sains di sekolah.

2.2 En Ahmad b. Awang menyarankan supaya perlaksanaan Minggu Sains pada tahun ini dapat dilaksanakan dengan lebih teratur dan menarik. Beliau mencadangkan agar Minggu Sains dilaksanakan sebanyak dua kali setahun iaitu sekali bagi setiap penggal persekolahan.


2.3 En Ahmad b. Awang menyatakan bahawa penulisan Headcount bagi keputusan murid-murid Tahun 4,5, dan 6 hendaklah dibuat oleh guru-guru. Beliau juga menyarankan supaya guru-guru menampal senarai semak evidens ditampal di bahagian belakang buku RPH guru bagi keputusan murid-murid tahun 1, 2, dan 3.

2.4 En Ahmad b. Awang turut menyarankan supaya guru-guru sentiasa menyemak buku latihan dan aktiviti murid-murid khususnya murid-murid tahun 5 dan 6.
2.5 En Ahmad b. Awang juga menyatakan bahawa penulisan Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) hendaklah diselesaikan dengan segera dan kemudiannya diserahkan kepada Guru Besar untuk disemak.

2.6 En Ahmad b. Awang mencadangkan supaya penggunaan computer hendaklah diaplikasikan dalam pengajaran sains khususnya bagi murid-murid yang mengikuti pembelajaran KSSR. Beliau turut mencadangkan En.Naqiuyudin bin Mohd Tajudin dilantik menjadi guru penyelaras bagi Bilik ICT sesi petang. Guru penyelaras diminta untuk memastikan internet dapat berfungsi dengan baik bagi membolehkan murid-murid mencari maklumat dengan mudah.

2.7 En Ahmad b. Awang menyarankan kepada Ketua Panitia supaya menyediakan senarai semak pembelian barangan sains.

2.8  En Ahmad b. Awang juga menyatakan bahawa satu kelas akan dijadikan sebagai makmal sains. Makmal tersebut dijangka akan mula beroperasi pada penggal kedua persekolahan. Beliau mencadangkan supaya guru-guru sains menyediakan perancangan awal bagi persediaan memasuki makmal baru.

Tindakan : makluman.
3.  PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

3.1 Tiada perkara berbangkit.

Tindakan: makluman.
4. HAL-HAL LAIN

4.1 BENGKEL MENJAWAB SOALAN UPSR
En Ahmad b. Awang mencadangkan supaya bengkel menjawab soalan UPSR bagi matapelajaran sains dilaksanakan sebanyak dua kali dalam setahun.

4.2 PROGRAM SCORE 10 MARKS
     Pn Noraini bte Jalil menyatakan bahawa program SCORE 10 MARKS akan
     dilaksanakan bagi tahun 2013 bagi mematikan murid-murid dapat menjawab soalan- 
     soalan mudah seperti soalan berbentuk tujuan penyiasatan (aim) dan trend.

4.3 MINGGU SAINS
      Pn Noraini bte Jalil menyatakan bahawa Minggu Sains Sekolah akan dilaksanakan
      Pada 1/4/2013 sehingga 5/4/2013. Antara aktiviti yang akan dijalankan adalah
      seperti berikut:
1.    Kuiz sains
2.    Demonstrasi & eksperimen sains
3.    Pertandingan ‘Egg Race Parachute”
4.4 PEKA
      Pn Noraini bte Jalil menyatakan bahawa PEKA bagi murid tahun 4,5, dan 6 akan
      dilaksanakan seperti biasa.

      En Azlan Syazani bin Adanan pula menyatakan bahawa PEKA bagi murid Tahun 3
      tidak dapat dipastikan lagi kerana tiada maklumat yang menyatakan bahawa PEKA
      murid Tahun 3 perlu dilaksanakan.

4.5 TAKLIMAT KSSR TAHUN 3
      En Azlan Syazani bin Adanan menyatakan bahawa bahan-bahan KSSR bagi Sains
      Tahun 3 boleh didapati daripada VCD dan bahan-bahan yang telah diedarkan
      semasa kursus dijalankan. En Azlan Syazani bin Adanan menyatakan bahawa fasa-
      fasa bagi penulisan RPH adalah mengikut fasa-fasa berikut:
                                                                       
1.    Fasa Persediaan
2.    Fasa Imaginasi
3.    Fasa Perkembangan
4.    Fasa Tindakan

      Guru-guru disyorkan supaya memulakan pengajaran murid-murid Tahun 3 dengan
      mengajar kemahiran saintifik di awal pengajaran.

4.6 PEMBELIAN BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM) SAINS
      Pn Noraini bte Jalli mencadangkan agar carta Sains untuk Tahun 2 dan Tahun
      3 dibeli untuk memudahkan proses pengajaran sains.

      En Sofhan bin Sekandar mencadangkan supaya model “Ramp” dibeli untuk
      memudahkan pengajaran Sains Tahun 6.

      Pn Noraini bte Jalil mencadangkan agar model planet dibeli untuk memudahkan
      pengajaran Sains Tahap 2.


11.   PENUTUP

11.1  Ucapan penangguhan oleh Ketua Panitia Sains, Pn Noraini bte Jalil. Beliau  mengucapkan ribuan terima kasih dan syabas kepada semua pihak yang terlibat menjayakan Mesyuarat Panitia Sains pada kali ini.

11.2    Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.00 petang.


Disediakan oleh,                                                                     Disemak oleh:                

......................................................                                         ............................................          
(AZLAN SYAZANI BIN ADANAN)                                           (NORAINI BTE JALIL)
Setiausaha,                                                                           Ketua Panitia,
Panitia Sains,                                                                        Panitia Sains
SK Kulai 1                                                                                     SK Kulai 1

No comments:

Post a Comment