Kisah perjuangan seorang sahabat yang kian dilupakan.....

Suhaib Ar-rumi.............

Suhaib adalah seorang pedagang yang pintar dan cerdas, beliau menjual dengan harta dan jiwanya guna mendapatkan redha Allah SWT, maka diapun mendapatkannya dan berhak mendapatkan penghargaan orang Romawi yang mendapatkan kemenangan dalam Islam, dan berhak seperti yang diriwayatkan dari Rasulullah saw :”Suhaib penakluk negeri Romawi”. (HR. Ibnu Sa’ad).



TEKS PENGACARA MAJLIS
MAJLIS PENUTUPAN MINGGU ANTI DADAH
PERINGKAT SEKOLAH
SEKOLAH KEBANGSAAN KULAI 1, KULAIJAYA, JOHOR

WAKTU
TEKS
CATATAN

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera

Bagi memulakan majlis pada pagi ini, marilah sama-sama kita mulakan dengan bacaan ummul kitab Al-fatihah.

Yang Berusaha Pn Shamsiah  bin Mohammad
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Kulai Satu
----------------------------------------------------------------------------------
Yang Dihormati En Ahmad bin Awang
Guru Penolong Kanan Satu
----------------------------------------------------------------------------------
Pn Norhayati bte Mohammed Yusoff
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
----------------------------------------------------------------------------------
Puan Noorsiati Bt Kassim
Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum

Guru-guru serta seluruh pelajar Sekolah Kebangsaan Kulai 1 yang disayangi sekalian.


Alhamdulillah dengan izin Allah S.W.Tpada hari yang berbahagia ini kita sama-sama dapat berkumpul sempena Majlis Penutupan Minggu Anti Dadah Peringkat Sekolah Kebangsaan Kulai 1 bagi tahun 2014.


DOA
Lebat kemiri pohonnya rendah
Dahan terikat tali perkasa
Sepuluh jari kami menadah
Mohon berkat Yang Maha Esa

Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, majlis dengan segala hormatnya menjemput Ustaz Abdul Halim bin Esa untuk memimpin bacaan doa.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.



PEMBACAAN PERUTUSAN MINGGU ANTI DADAH KEBANGSAAN

Terima diucapkan kepada Ustaz Abdul Halim bin Esa atas bacaan doa itu tadi.

Guru-guru & murid-murid sekalian, Alhamdulillah dengan izin Allah swt kita telah berjaya melaksanakan Minggu Anti Dadah peringkat sekolah yang telah dilaksanakan bermula dari 21 Februari 2013 sehingga 27 Februari 2013. Banyak aktiviti yang akan dijalankan sepanjang minggu ini dilaksanakan.

Antara aktiviti yang akan dilaksanakan adalah seperti:
1.     Pertandingan menulis esei
2.     Jalanan sihat
3.     Pertandingan menulis poster dan mewarna
4.     Program 5 minit
5.     Deklamasi sajak
6.     Pameran mengenai dadah
7.     Dan ceramah anti dadah

Baiklah, tanpa melengahkan masa lagi majlis mempersilakan En Ziman Bin Mohammad untuk menyampaikan ucapan seterusnya menutup rasmi Minggu Anti Dadah perikat sekolahKebnagsaaan Kukai 1 bagi tahun 2013.. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

UCAPAN PENUTUPAN MAJLIS OLEH GURU BESAR

Terima kasih diucapkan kepada En Ziman Bin Mohammad kerana SUDI MENYAMPAIKAN UCAPAN C menutup rasmi Minggu Anti Dadah perikat sekolahKebnagsaaan Kukai 1 bagi tahun 2013..


Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.


BACAAN IKRAR ANTI DADAH OLEH KETUA MURID

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Tuan En Ziman bin Mohammad  atas ucapan dan kesudian beliau untuk merasmikan Minggu Anti Dadah peringkat Sekolah Kebangsaan Kulai 1 bagi tahun 2013.

Semoga segala yang telah disampaikan oleh Tuan Guru Besar itu tadi dapat dijadikan sebagai panduan oleh murid-murid semua.

Seterusnya, majlis akan dteruskan lagi dengan pembacaan IKRAR ANTI DADAH.

Majlis mempersilakan adik_______________________________ dari kelas Tahun __________ untuk mengetuai Bacaan Ikrar Anti Dadah.

Oleh itu semua murid dan guru diminta untuk berdiri dan bersedia.

MEMPERDENGARKAN LAGU : DADAH DURJANA

Guru-guru, ibu bapa dan murid-murid sekalian,

Majlis pada hari ini akan diteruskan lagi dengan upacara memndengar lagu DADAH DUJANA sempena Minggu Anti Dadah peringkat Sekolah Kebangsaan Kulai 1 bagi tahun 2013.

(lagu dimainkan)




LAUNGAN BENCI DADAH

Guru-guru dan murid-murid sekalian, majlis pada pagi ini akan diakhiri dengan Laungan Benci Dadah.

Oleh itu majlis dengan ini mempersilakan En Wan Razali bin Wan Sulaiman untuk memimpin LAUNGAN BENCI DADAH.

Guru-guru dan murid-murid diminta bersedia.
Begitulah tadi berakhirnya Majlis Perasmian Minggu Anti Dadah peringkat Sekolah Kebangsaan Kulai 1 bagi tahun 2013.

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis pada pagi ini.

Semoga Minggu Anti Dadah peringkat Sekolah Kebangsaan Kulai 1 bagi tahun 2013 dapat dilaksanakan dengan jayanya. Insyallah.

1 MALAYSIA MEMBENTRAS DADAH!

Sekian,
Wabillahhi taufik walhidayah wassalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh


Pantun-pantun dadah..
Malaysia terkenal lagi disegani,
Islam hadhari sumber inspirasi,
Hidup sihat diri dihormati,
Jauhi rokok dadah dihindari.
Perwira berani pergi membela,
Menjaga negara korbankan jiwa,
Wahai insani bukalah mata,
Dadah berbahaya pembunuh manusia.
Senjata tajam sungguh bahaya,
Buaya berenang dihempap galah,
Biarlah mati dikenang bangsa,
Janganlah mati kerana dadah.
.



No comments:

Post a Comment