Kisah perjuangan seorang sahabat yang kian dilupakan.....

Suhaib Ar-rumi.............

Suhaib adalah seorang pedagang yang pintar dan cerdas, beliau menjual dengan harta dan jiwanya guna mendapatkan redha Allah SWT, maka diapun mendapatkannya dan berhak mendapatkan penghargaan orang Romawi yang mendapatkan kemenangan dalam Islam, dan berhak seperti yang diriwayatkan dari Rasulullah saw :”Suhaib penakluk negeri Romawi”. (HR. Ibnu Sa’ad).

TEKS UCAPAN PERASMIAN HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN



TEKS UCAPAN PERASMIAN HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN
SK KULAI 1, KULAIJAYA
2013
Bismillahirrahmaniraahim,
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.
Yang Berusaha En Ziman bin Mohammad
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Kulai Satu
Yang Berusaha
Bendahari Jemaah Pengurus
Sekolah Kebangsaan Kulai Satu, Pn Peggie Hoy Pey Hee
----------------------------------------------------------------------------------
Yang Dihormati
Naib Yang DiPertua PIBG       
Sekolah Kebangsaan Kulai Satu, En Mokhtar bin Mohd Taha
----------------------------------------------------------------------------------
Yang Dihormati En Ahmad bin Awang
Guru Penolong Kanan Satu
----------------------------------------------------------------------------------
Cik Hajah Latifah Bt Otman
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
----------------------------------------------------------------------------------
Puan Noorsiati Bt Kassim
Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum
----------------------------------------------------------------------------------
Pn Sarnah bte Jamiran
Guru Penolong Kanan Petang,

Guru-guru
Para ibu bapa dan penjaga serta seluruh pelajar SK KULAI 1 yang disayangi sekalian.



Tuan-tuan & puan-puan yang dihormati,
Pertama sekali saya ingin mengucapkan kesyukuran pada hadrat ilahi kerana limpah dan kurnia-Nya Majlis Anugerah Cemerlang SK Kulai 1 bagi tahun 2013 dapat dijalankan dengan jayanya. Saya juga ingin merakamkan ucapan tahniah kepada barisan guru-guru yang bertungkus lumus merealisasikan  majlis ini. Tidak dilupakan ucapan terima kasih atas kehadiran para ibu bapa pada hari ini. Sesungguhnya kehadiran ibu bapa mencerminkan komitmen dan hubungan silaturahim yang baik antara ibu bapa dan pihak sekolah.

Tuan-tuan & puan-puan yang dihormati,
Saya juga ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada pelajar-pelajar yang telah berjaya dalam peperiksaan UPSR yang cemerlang yang telah diumumkan pada hari semalam. Namun, kepada pelajar yang kurang berjaya, teruskan usaha dan  jangan berputus asa kerana perjalanan masih panjang untuk diteruskan. Rebutlah peluang yang ada di sekeliling kita, baik dalam bidang akademik mahupun bidang kemahiran. Kepada anak-anak yang akan menduduki peperiksaaan UPSR pada tahun hadapan, jadikanlah kejayaan abang-abang dan kakak-kakak ini sebagai  sumber inspirasi untuk mencapai keputusan lebih cemerlang. Tahniah!

Tuan-tuan & puan-puan yang dihormati,
Sebenarnya, kehadiran ibu bapa pada majlis seperti ini membuktikan bahawa ibu bapa mempunya sikap responsif dan sensitiviti yang tinggi terhadap isu-isu yang melibatkan anak-anak mereka. Kepekaan dan keprihatinan inilah yang akan menjadi aspirasi dan pendorong yang paling bermakna buat anak-anak kita agar berusaha lebih giat bagi mencapai prestasi tinggi dan cemerlang, di sekolah baik dalam bidang akademik mahupun bidang kokurikulum.

Tuan-tuan & puan-puan yang dihormati,
Kejayaan pelajar tidak akan dapat dicapai tanpa usaha gigih dan komitmen yang tinggi dalam kalangan pentadbir, guru-guru ibu bapa dan yang utama usaha pelajar itu sendiri. Justeru, permuafakatan sangat penting antara ibu bapa dan guru menerusi PIBG. Hubungan yang erat dan mesra, diiringi kerjasama yang padu antara ibu bapa dan guru diibaratkan seperti aur dengan tebing, saling memerlukan antara satu sama lain. Kerjasama ini sudah pasti menjadi pendorong dan pemudah cara dalam setiap usaha ke arah kemajuan anak-anak kita sebagai tonggak masa hadapan.

Tuan-tuan dan puan-puan,
 Peranan PIBG, tidak dapat dinafikan dalam usaha membantu meningkatkan pencapaian sekolah dalam pelbagai bidang seperti akademik, kokurikulum, pembangunan fizikal dan pembentukan modal insan. Ibu bapa haruslah peka dan membantu kepimpinan PIBG supaya dapat mengwujudkan satu pasukan yang mantap untuk menghadapi cabaran era globalisasi ini., kerana PIBG merupakan satu wahana yang amat berkesan bagi ibu bapa berbincang dan memberi pandangan yang perlu demi kecemerlangan akademik anak-anak, pun tidak dilupakan peranan dan pengorbanan guru amatlah besar, yang telah menjadikan semua manusia menjadi orang yang mampu berfifikir, bertindak dan mewarnai dunia.

Hadirin sekalian,
Besarlah harapan saya agar ibu bapa serta guru-guru bergabung tenaga bagi memastikan kejayaan anak-anak didik di SK KULAI 1 ini. Akhir kata, saya mengucapkan syabas kepada guru-guru sekolah ini  atas komitmen yang ditunjukkan. Kejayaan anak-anak adalah simbol kerjasama, permuafakatan dan interaksi yang dijalinkan antara kita semua. Mudah-mudahan semangat dan komitmen yang tinggi akan dapat ditingkatkan lagi supaya sekolah akan mencapai kejayaan lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.

Akhir  kata,  saya  mengucapkan jutaan terima  kasih kepada  Jawatankuasa  Pelaksana Majlis Anugerah Cemerlang SK Kulai 1 bagi tahun 2013 dan seluruh pihak yang telah terlibat samada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis ini.

Dengan lafaz  Bismilahirahmanirrahim, saya merasmikan Majlis Anugerah Cemerlang SK Kulai 1 bagi tahun 2013.
Sekian, terima kasih dan selamat maju jaya.










1 comment:

Sofea said...

Dengan rendah hati saya memohon izin untuk jadikan teks ucapan ini sebagai rujukan, ya. Semoga Tuhan merahmati tuan. Terima kasih 😊

Post a Comment