Kisah perjuangan seorang sahabat yang kian dilupakan.....

Suhaib Ar-rumi.............

Suhaib adalah seorang pedagang yang pintar dan cerdas, beliau menjual dengan harta dan jiwanya guna mendapatkan redha Allah SWT, maka diapun mendapatkannya dan berhak mendapatkan penghargaan orang Romawi yang mendapatkan kemenangan dalam Islam, dan berhak seperti yang diriwayatkan dari Rasulullah saw :”Suhaib penakluk negeri Romawi”. (HR. Ibnu Sa’ad).



LAPORAN PELAKSANAAN
KURSUS KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH
(KSSR)
DUNIA SAINS DAN TEKNOLOGI
TAHUN 3

1.0          PENGENALAN
1.1       Tajuk kursus dalaman            : Kursus Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Dunia Sains
  dan Teknologi (DST) Tahun 3.
            1.2       Intipati kursus              : 1.2.1 Elemen Merentas Kurikulum
-Keusahawanan, Teknologi Maklumat & Komunikasi dan       Inovasi dan kreativiti.
                                                              1.2.2 Penulisan RPH dan instrumen
                                                              1.2.3 Transformasi daripada KBSR kepada KSSR
1.3       Penceramah               : En Azlan Syazani bin Adanan (Guru DST tahun 3)

2.0       PELAKSANAAN KURSUS DALAMAN
            2.1       Tarikh  : 27 Disember 2012
            2.2       Masa   : 11.00 pagi -12.15 tengah hari
            2.3       Tempat            : Makmal Komputer

3.0       RASIONAL
            Penganjuran kursus dalaman ini adalah penting bagi mencapai matlamat berikut :
            3.1       Pendedahan kepada guru SK Kulai 1mengenai transformasi KBSR kepada KSSR.
            3.2       Pemantapan kemahiran guru dalam pengajaran dan pembelajaran matapelajaran    
Dunia Sains dan Teknologi.
3.3       Pengaplikasian pengajaran Dunia Sains dan Teknologi dengan menggunakan Elemen Merentas Kurikulum iaitu, keusahawanan, teknologi maklumat & komunikasi dan kreativiti & inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran.
3.4       Meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dengan didik hibur dan penggunaan bahan-bahan P&P DST.
3.5       Menjadi penambah baik dan menambah kemhiran bagi guru-guru Dunia Sains dan Teknologi  tahun 3.

4.0       OBJEKTIF
4.1       Memberi pendedahan kepada guru Dunia Sains dan Teknologi mengenai pelbagai kaedah yang boleh  digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Dunia Sains dan Teknologi.
4.2       Memberi peluang kepada guru-guru Dunia Sains dan Teknologi menambah kemahiran mereka.

5.0       KUMPULAN SASARAN
            Semua guru SK Kulai 1

6.0       PENILAIAN PROGRAM      

            6.1 Kekuatan Program           :
1.    Guru-guru dapat didedahkan dengan bahan-bahan pengajaran DST Tahun 3.
2.    Semua guru yang hadir menerima bahan-bahan yang diberikan semasa kursus dilaksanakan.
3.    Guru-guru dapat menghadirkan diri dalam kursus dalam yang dijalankan.

            6.2 Kelemahan Program        :
1.    Segelintir guru tidak dapat  mengahdirkan guru dalam kursus dalaman yang dijalankan.

            6.3 Cadangan Penambahbaikan :
1.    Semua guru hendaklah dipastikan supaya dapat menghadirkan diri dalam kursus dalam yang dijalankan.


PENUTUP
Kursus dalaman ini diberikan bertujuan untuk memberi peluang kepada guru-guru dalam memberi kefahaman mengenai proses pengajaran dan pembelajaran Dunia Sains dan Teknologi tahun 3. Selain itu, guru-guru juga dapat memperluaskan lagi tahap kemahiran dan mempelbagaikan kaedah dan teknik untuk mengajar Dunia Sains dan Teknologi. Diharapkan kursus ini akan meningkatkan lagi pengetahuan dan tahap profesionalisme guru-guru di masa akan datang dalam usaha mewujudkan guru yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

LAPORAN DISEDIAKAN OLEH :                                                     DISEMAK :

(EN AZLAN SYAZANI BIN ADANAN)
GURU DUNIA SAINS DAN TEKNOLOGI TAHUN 3

DOKUMENTASI BERGAMBAR
KURSUS KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR)
DUNIA SAINS DAN TEKNOLOGI TAHUN 3

No comments:

Post a Comment