Kisah perjuangan seorang sahabat yang kian dilupakan.....

Suhaib Ar-rumi.............

Suhaib adalah seorang pedagang yang pintar dan cerdas, beliau menjual dengan harta dan jiwanya guna mendapatkan redha Allah SWT, maka diapun mendapatkannya dan berhak mendapatkan penghargaan orang Romawi yang mendapatkan kemenangan dalam Islam, dan berhak seperti yang diriwayatkan dari Rasulullah saw :”Suhaib penakluk negeri Romawi”. (HR. Ibnu Sa’ad).

MINIT MESYUARAT UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEKOLAH KEBANGSAAN KULAI 1 KALI KE-1, 2013



MINIT MESYUARAT
 UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SEKOLAH KEBANGSAAN KULAI 1
KALI KE-1, 2013

TARIKH          : 22 Januari 2013 (Selasa).

MASA             : 1.20 Petang
TEMPAT         : Pondok Moral

Kehadiran       :                     
1.    En.Ahmad b. Awang
2.    Cik Hjh.Latifah bt. Othman
3.    En.Azlan Syazani  b. Adanan
4.    En.Zahrol  bin Hj.Amat Isnin
5.    En.Nor Irman b. Sabri
6.    Pn.Fatimah bt. Yamin
7.    En.Mohd.Tamizi b. Mohamad Sarbini
8.    Pn. Noraini bte Jalil



1. UCAPAN PENGERUSI

1.1  Tuan pengerusi,  En. Zahrol b. Amat Isnin berterima kasih kepada semua guru  yang sudi meluangkan masa untuk menghadiri Mesyuarat  Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Kulai 1, Kali Ke-1 2013.

                                                                                                      Tindakan: makluman.

2. UCAPAN WAKIL PENTADBIR-EN AHMAD BIN AWANG

2.1 En Ahmad bin Awang mengucapkan ribuan terima kasih kepada Unit Bimbingan dan  Kaunseling yang selama ini telah memberikan kerjasama dalam menjayakan segala program yang dirancang sepanjang tahun 2012.

2.2 En Ahmad bin Awang juga menyampaikan ucapan takzim daripada Tn Guru Besar, En. Ziman bin Mohammad yang tidak dapat hadir ke mesyuarat kerana terlibat dalam hal di PPD Kulaijaya.


2.3 En Ahmad bin Awang menyatakan harapan beliau agar jawatankuasa Unit  Bimbingan dan Kaunseling SK Kulai 1, dapat bekerjasama dalam menjayakan segala program yang dirancang bagi meningkatkan kemajuan sekolah di tahap yang lebih  cemerlang.

           Tindakan: makluman.

3. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

 Tiada perkara berbangkit.

4. AKTIVITI UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SESI 2013

4.1  PENGURUSAN BILIK UBK

En Zahrol Bin Amat Isnin menyatakan bahawa ruang bilik UBK perlu diperluaskan lagi bagi memberi ruang untuk pelaksanaan program-program UBK yang akan dilaksanakan sepanjang tahun.

                                                                                                            Tindakan: Makluman


4.2 CERAMAH MOTIVASI DAN MAJLIS AKU JANJI IBU BAPA DAN MURID TAHUN 6

En Zahrol Bin Amat Isnin menyatakan bahawa Program Akujanji Murid Tahun 6 akan dilaksanakan pada bulan Mac, 2013. Semua murid Tahun 6 terlibat

En Zahrol Bin Amat Isnin menyatakan bahawa tujuan program ini dilaksanakan adalah bagi memberi kesedaran kepada murid-murid bahawa mereka berpotensi untuk menjadi individu atau pemimpin yang cemerlang serta peranan ibu bapa dalam meningkatkan pencapaian UPSR 2013.
                                                    
                                                                                                             Tindakan: Makluman
4.3 KEM MOTIVASI JATIDIRI

En Zahrol Bin Amat Isnin menyatakan bahawa Program Motivasi Murid Tahun 6 akan dilaksanakan pada bulan Julai, 2013. Beliau juga menyatakan bahawa seorang penceramah atau pakar motivasi akan dijemput untuk menyampaikan ceramah semasa program tersebut dijalankan.

En Zahrol Bin Amat Isnin menyatakan bahawa tujuan program ini dijalankan adalah bagi menyediakan murid-murid dari segi mental dan emosi untuk menghadapi UPSR 2013.

                                                                                                             Tindakan: Makluman
4.4 CERAMAH KEMAHIRAN BELAJAR

En Zahrol Bin Amat Isnin mencadangkan Ceramah Kemahiran Belajar dijalankan pada bulan Mei dan Oktober 2013 untuk murid Tahun 5 dan Tahun 6. Beliau menyatakan bahawa program ini dijalankan bagi memberi pendedahan kepada murid-murid tentang cara-cara atau teknik belajar yang berkesan.

Tindakan: Makluman
4.5 KURSUS KEPIMPINAN

En Zahrol Bin Amat Isnin mencadangkan Unit Bimbingan dan Kaunseling dan Badan Pengawas SK KULAI 1 bergabung tenaga untuk melaksanakannya.

Tindakan: Makluman

4.6 PROGRAM PENCEGAHAN DADAH

En Zahrol Bin Amat Isnin menyatakan bahawa program pencegahan dadah akan dilaksanakan pada bulan Februari 2013. Beliau menyatakan bahawa Minggu Anti Dadah peringkat sekolah akan dilaksanakan pada 19 Februari 2013. Beliau menyatakan bahawa banner dan banting telah ditempah.
Tindakan: Makluman

4.7 PROGRAM KHAS ”TIDAK BERLARI”

En Zahrol Bin Amat Isnin mencadangkan supaya satu program baru iaitu Program Tidak Berlari dilaksanakan sepanjang tahun bagi mendisiplinkan murid-murid agar tidak berlari ketika berada di sekolah.

Tindakan: Makluman

4.8 BULAN KERJAYA 2013

En Zahrol Bin Amat Isnin menyatakan bahawa Bulan Kerjaya SK KULAI 1 akan dilaksanakan selepas peperiksaan UPSR 2013. Beliau menyatakan tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk memberi maklumat tentang  bidang kerjaya kepada murid-murid. Beliau meminta semua guru terlibat dalam menjayakan program ini.

Tindakan: Makluman

4.9 PROGRAM TEKNIK MENJAWAB SOALAN UPSR 2013

En Zahrol Bin Amat Isnin menyatakan seorang penceramah jemputan akan dijemput bagi menyampaikan teknik menjawab soalan UPSR.
Tindakan: Makluman







4.10 PROGRAM GURU PENYAYANG

En Zahrol Bin Amat Isnin menyatakan bahawa Program Guru Penyayang akan dilaksanakan pada tahun 2013 dan semua guru diminta untuk memberikan kerjasama dalam menjayakan program ini. Beliau turut menyatakan bahawa banner ” SELAMAT DATANG KE SEKOLAH” telah ditempah untuk menjayakan program ini.

Tindakan: Makluman

4.11 PROGRAM IZIN ILMU

En Zahrol Bin Amat Isnin menyatakan bahawa Program Izin Ilmu akan dijalankan pada bulan September 2013. Beliau menyatakan bahawa semua guru diminta untuk melibatkan diri khususnya guru-guru Tahun 6. Setiap guru atau wakil guru diminta untuk memberikan ucapan semasa program tersebut berlangsung.

 Tindakan: Makluman

4.12 PROGRAM SOLAT HAJAT PERDANA/BACAAN YAASIN

En Zahrol Bin Amat Isnin menyatakan bahawa Program Solat Hajat Perdana/Bacaan Yaasin akan dilaksanakan pada bulan Ogos 2013.

Tindakan: Makluman

4.13 PROGRAM MENANAM SAYUR-SAYURAN

En Zahrol Bin Amat Isnin mencadangkan supaya Program menanam sayur-sayuran dilaksanakan selepas peperiksaan UPSR dijalankan. Guru-guru diminta untuk memikirkan ruang dan kawasan yang sesuai untuk menjayakan aktiviti tersebut.

Tindakan: Makluman

4.14 CERAMAH PERSEDIAAN KE ALAM REMAJA

Cik Hjh Latifah bte Othman mencadangkan supaya satu program ceramah untuk murid-murid Tahun 6 dilaksanakan untuk memberi pendedahan kepada mereka supaya dapat membuat persediaan mental bagi menempuh alam sekolah menengah dan menempuh alam remaja. En Zahrol Bin Amat Isnin mencadangkan agar seorang kaunselor dari sekolah menengah berdekatan dijemput untuk menyampaikan ceramah tersebut. Beliau juga mencadangkan agar murid lelaki dan perempuan diasingkan bagi menjayakan program ini.

Tindakan: Makluman

4.15 SUKANEKA

Cik Hjh Latifah bte Othman mencadangkan agar program sukaneka dilaksanakan bagi mengisi masa lapang murid-murid Tahun 6 selepas peperiksaan UPSR dilaksanakan.

5. HAL-HAL LAIN


6.   PENUTUP

11.1  Ucapan penangguhan oleh Guru Bimbingan SK KULAI 1. Beliau  mengucapkan ribuan terima kasih dan syabas kepada semua pihak yang terlibat menjayakan mesyuarat  pada kali ini.

11.2    Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2,00 petang.















Disediakan oleh,                                                                     Disemak oleh:                

......................................................                                         ............................................          
(AZLAN SYAZANI BIN ADANAN)                                     (ZAHROL BIN AMAT ISNIN)
Setiausaha,                                                                     Guru Bimbingan
(Setiausaha Unit Bimbingan dan Kaunseling),                  Unit Bimbingan dan Kaunseling, SK Kulai 1                                                                       SK Kulai 1

2 comments:

Post a Comment