RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU TAHUN 2
Tahun : 2 Bijak
Langkah / masa
|
Aktiviti Pembelajaran Dan Pengajaran
|
Catatan
|
Set Induksi
( 5 minit )
|
1. Guru
menunjukkan kepada murid-murid video “Amalan Pemakanan Seimbang”
2.
Guru menyoal murid beberapa soalan berkaitan
dengan video yang ditunjukkan:
a)
Apakah tajuk video yang ditunjukkan?
b)
Apakah contoh makanan yang berkhasiat yang
dinyatakan di dalam video?
4. Guru memperkenalkan kepada murid-murid tajuk pembelajaran
yang akan dipelajari pada hari berkenaan:
“Makanan Seimbang”
|
Strategi/
Teknik:
1.
Penggunaan
video untuk menarik perhatian murid.
2.
Teknik
penyoalan.
BBM :
1)
Video 1 “Amalan Pemakanan Seimbang”
|
Langkah 1
Pengenalan
(5 minit)
|
1. Guru menunjukkan gambar beberapa jenis makanan seimbang
dan berkhasiat serta makanan yang tidak berkhasiat kepada murid-murid.
2. Murid-murid meneka samada makanan yang ditunjukkan
merupakan makanan yang baik untuk kesihatan ataupun tidak.
|
Strategi:
1.
Penggunaan
video untuk menarik perhatian murid.
.
BBM:
1.
Gambar makanan
|
Langkah 2
Perkembangan
(10 minit)
|
1. Guru menayangkan
video bertajuk “ Pemakanan Seimbang ” kepada murid-murid.
2. Murid menonton video dan cuba mengenalpasti beberapa
kata nama yang diketahui oleh murid-murid
yang terdapat
di dalam video tersebut.
3. Guru menjelaskan kata nama-kata nama yang terkandung di
dalam video tersebut menggunakan paparan Power Point:
1) Makanan
2) Ayam
3) Sayur
4) Buah
5) Garam
6) Gula
7) Bijirin
8) Ubi
4. Guru memberikan Lembaran Peta Konsep kepada
murid-murid.
5. Murid-murid menulis secara mekanis kata nama-kata nama
yang diperkenalkan oleh guru.
6. Guru menjelaskan kepada murid-murid tentang kepentingan
pengambilan makanan yang berkhasiat untuk tubuh badan manusia menggunakan
video bertajuk “ Pemakanan Seimbang ” kepada
murid-murid.
7. Murid melengkapkan Peta Konsep yang diberikan oleh guru.
|
Strategi:
2.
Penggunaan
video untuk menarik perhatian murid.
3.
Penggunaan
Peta Konsep.
BBM:
1)
Video 2 “Pemakanan Seimbang”
2)
Microsoft Power Point
3)
Peta Konsep
|
Langkah 3
Aplikasi pengetahuan
(10minit)
|
1. Guru membahagikan murid-murid kepada beberapa kumpulan.
2. Guru memberikan sekeping kertas mahjong dan beberapa
gambar makanan yang berkhasiat kepada murid-murid.
3. Murid-murid membina ayat ringkas menggunakan kata
nama-kata nama yang diberikan oleh guru.
4. Guru memerhatikan aktiviti yang dilaksanakan oleh
murid.
5. Murid-murid mempamer dan menjelaskan hasil tugasan yang
telah diselesaikan dalam kumpulan.
6. Guru membincangkan jawapan yang diberikan bersama-sama
dengan murid-murid.
|
Strategi:
1.
Aktviti
dalam kumpulan.
BBM :
1)
Kertas
mahjong
2)
Pen marker
|
Penutup
(5minit)
|
1.
Guru menyoal murid-murid beberapa soalan:
a)
Apakah yang dimaksudkan dengan makanan yang berkhasiat?
b)
Apakah contoh makanan-makanan yang berkhasiat?
c)
Bagaimanakan untuk mengeja perkataan:
1) Makanan
2) Ayam
3) Sayur
4) Buah
5) Garam
6) Gula
7) Bijirin
8) Ubi
2.
Murid-murid menyanyi bersama-sama dengan guru lagu
“Makanan
Seimbang”.
Lagu
Makanan Seimbang
Jika
kita ingin hidup sihat
Jagalah
kesihatan
Makan
makanan berkhasiat
Jangan
terlalu banyak makan
Jika
kita ingin hidup sihat
Jagalah
kesihatan
Ikutlah
gaya hidup sihat
Mula
dengan makanan sihat
Cukup
sayur-sayuran
Cukup
buah-buahan
Dan
yang lainnya
Cukup
serat lemak gula juga protein
Yang
penting seimbang
(ulang
dua kali)
3.
Murid-murid membuat kesimpulan terhadap pelajaran
yang dipelajari pada hari berkenaan.
|
Strategi:
1.
Nyanyian
bersama-sama di dalam kelas.
2.
Teknik
penyoalan.
BBM:
1)
Kad imbas ejaan.
2)
Video 3 lagu “Makanan Seimbang”.
|
No comments:
Post a Comment