Kisah perjuangan seorang sahabat yang kian dilupakan.....

Suhaib Ar-rumi.............

Suhaib adalah seorang pedagang yang pintar dan cerdas, beliau menjual dengan harta dan jiwanya guna mendapatkan redha Allah SWT, maka diapun mendapatkannya dan berhak mendapatkan penghargaan orang Romawi yang mendapatkan kemenangan dalam Islam, dan berhak seperti yang diriwayatkan dari Rasulullah saw :”Suhaib penakluk negeri Romawi”. (HR. Ibnu Sa’ad).

TEKS UCAPAN MAJLIS PERPISAHAN



TEKS UCAPAN MAJLIS PERPISAHAN
PN SARNAH HJ JAMIRAN
Bismillahirrahmaniraahim,
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.
Yang Berusaha En Ziman bin Mohammad
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Kulai Satu
----------------------------------------------------
Yang Dihormati En Ahmad bin Awang
Guru Penolong Kanan Satu
----------------------------------------------------
Cik Hajah Latifah Bt Otman
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
----------------------------------------------------
Puan Noorsiati Bt Kassim
Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum
----------------------------------------------------

Serta semua guru SK KULAI 1 yang dihormati sekalian.

Sudah menjadi lumrah dalam kehidupan, setiap yang bermula pasti akan berakhir. Setiap yang hidup pasti mati. Itulah kehidupan. Mahu atau tidak, perkara tersebut tidak mungkin dapat dielakkan.
Dalam dunia pekerjaaan, sejak menjadi guru dari tahun 1988 saya telah menempuh pelbagai cerita suka duka dalam sebuah perpisahan dan kehilangan. Barangkali bagi guru-guru, perpindahan keluar masuk adalah sesuatu yang amat menyedihkan. Namun realitinya, setiap yang patah sudah pasti akan tumbuh, yang masak akan gugur. Di mana sahaja kita berada atau ditempatkan, suatu ketika kita pasti akan meninggalkan baik siapa sahaja yang kita kasihi ataupun kita benci.
Kita tidak pernah mengharapkan semua peristiwa seumpama itu berlaku dalam sebuah kehidupan. Namun seperti yang saya nyatakan diatas, kita tidak mungkin dapat mengelakkan peristiwa-peristiwa sebegitu terjadi. Kerana itulah fitrah alam, fitrah kehidupan. Sebagai seorang manusia yang waras, kita perlu terus melanjutkan perjuangan agar mendapat lebih kebaikan dalam sebuah kehidupan pada masa-masa hadapan. Orang-orang yang pergi; yang meninggalkan berjuta memori barangkali hanya akan menjadi pemangkin yang dapat menyuburkan keazaman untuk lebih berdaya saing dalam sebuah perjuangan sebagai insan.

Sepanjang saya berkhidmat ini iaitu selama 4 empat iaitu bermula dari tahun 2009 sehingga ke saat ini saya amat menghargai segala jasa baik, kerjasama &  kasih saying  yang telah diberikan oleh semua guru di sekolah ini khususnya guru-guru sesi petang. Segala kenangan dan pahit manis kita bersama dalam menjalankan tanggungjawab dan tugas akan sentiasa sematkan di dalam lubuk hati saya. Kenangan dan pengalaman bersama akan sentiasa subur dalam ingatan saya sepanjang menjadi seorang guru.

Saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada guru-guru dan rakan-rakan pentadbir yang telah sama-sama memberi tunjuk ajar dan semangat dalam saya mengurus dan mentadbir segala urusan di sekolah kebangsaan Kulai 1. Tidak juga dilupakan kepada Pn Maznah & Pn Rafidah yang sering membantu dalam melancarkan segala urusan di sekolah.
Saya juga ingin mengambil kesempatan yang terluang ini, menyusun sepuluh jari memohon maaf kepada seluruh warga SK Kulai 1 khususnya rakan-rakan guru yang telah sama-sama mencurah bakti untuk anak bangsa yang kita cintai. Saya memohon agar dihalalkan makan minum dan segala ilmu yang telah dikongsi bersama sepanjang saya bersama dengan guru-guru di SK Kulai 1.

Buat akhirnya terimalah rangkap sajak khas saya tujukan untuk semua warga SK Kulai 1 ikhlas dari lubuk hati saya,

Sudah adat bertemu,
Tentu ada perpisahannya
Sudah adat berjumpa,
Tentu ada nokhtah perhentiannya

Kalau diturutkan hati
Tentu tak mahu melepaskan diri ini untuk pergi
Tapi apakan daya…..
Sudah tersurat dari ilahi

Pertemuan kita hanya setakat ini…
Oleh itu janganlah ianya diratapi….
Apa yang lebih penting…
Hubungan  sillaturahim akan terus kekal abadi.
Sekian, Terima Kasih

9 comments:

eMMe said...

izin share, Terima kasih.

Anonymous said...

izin untuk dipakai...sankyouu

Liyana Atiqah said...

Mohon share..terima kasih

Ashin said...

Mohon shared

Anonymous said...

Mohon share

Anonymous said...

Mohon share. Terima kasih

Z said...

Mohon Share. Terima kasih.

Anonymous said...

Mohon keizinan utk dipakai

Anonymous said...

Salam. Mohon izin untuk di pakai. terima kasih ye.

Post a Comment