Kisah perjuangan seorang sahabat yang kian dilupakan.....

Suhaib Ar-rumi.............

Suhaib adalah seorang pedagang yang pintar dan cerdas, beliau menjual dengan harta dan jiwanya guna mendapatkan redha Allah SWT, maka diapun mendapatkannya dan berhak mendapatkan penghargaan orang Romawi yang mendapatkan kemenangan dalam Islam, dan berhak seperti yang diriwayatkan dari Rasulullah saw :”Suhaib penakluk negeri Romawi”. (HR. Ibnu Sa’ad).

TEKS UCAPAN PERASMIAN KEM BAHASA INGGERIS SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH PERINGKAT NEGERI JOHOR 2013



TEKS UCAPAN PERASMIAN
KEM BAHASA INGGERIS
SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH
PERINGKAT NEGERI JOHOR
2013

1.    Alu-aluan & Pengenalan
 
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Yang Berbahagia
Dif-dif Kehormat, Dato’-Dato’,  Datin-Datin,  Tuan-tuan  dan  puan-puan  yang  dihormati sekalian.   

Syukur ke Hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana dengan izin-Nya  kita  dapat  berhimpun  pada  hari  ini  untuk memeriahkan  dan  menjayakan  Kem Bahasa Inggeris Sekolah-Sekolah Rendah Peringkat Negeri Johor bagi tahun 2013. Semoga melalui pelaksanaan program seumpama ini penglibatan murid-murid sekolah rendah dalam aktiviti-aktiviti Koakademik dapat ditingkatkan demi memenuhi aspirasi Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) iaitu untuk mengintegrasikan dan menggembeling konsep kegiatan Ko-kurikulum dalam sistem pendidikan Negara.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan  tahniah  kepada  seluruh  Jawatankuasa Pelaksana Kem Bahasa Inggeris Sekolah-Sekolah Rendah Peringkat Negeri Johor bagi tahun 2013 dan jutaan terima kasih khusus kepada pihak The Star atas kesudian  dalam mengurus dan melaksanakan program seumpama ini. Mudah-mudahan kerjasama  erat  ini  akan  berterusan  pada masa-masa  akan datang  sebagai  satu  wadah  perjuangan  memperkukuh penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan murid-murid di Malaysia khususnya murid-murid sekolah rendah.

Hadirin yang saya hormati,  
Bahasa  merupakan  alat  komunikasi.  Lebih  daripada  itu, bahasa  juga  merupakan  sarana  dalam  membina  tamadun sesuatu  bangsa  dan  negara.  Sebagai  alat  komunikasi, pembinaan  dan  pembentukan  sesebuah  negara  harus memfokus kepada  usaha memperkasa bahasa kebangsaan atau bahasa  rasmi negara  tersebut. Tanpa alat  komunikasi yang  berkesan,  segala  hasrat  dan  tindak-tanduk  sesebuah kerajaan  akan  mengalami 

kekangan  malahan  boleh mewujudkan  jurang  komunikasi  dan  salah  maklumat.  Di Malaysia, bahasa yang diangkat menjadi bahasa rasmi dan bahasa  kebangsaan  ialah  bahasa  Melayu.  Perkara  ini dinyatakan  dengan  jelas    dalam  Fasal  152 Perlembagaan Persekutuan  dan Akta Bahasa Kebangsaan 1967. Namun begitu kepentingan Bahasa Inggeris tidak dapat diketepikan lantaran Bahasa Inggeris merupakan bahasa komunikasi antarabangsa yang perlu dikuasai dengan baik bagi membolehkan penerokaan pelbagai bidang ilmu seterusnya memastikan member peluang kepada murid-murid di Malaysia untuk bersaing di peringkat nasional mahupun global. Oleh yang demikian, usaha dalam melaksanakan program sebegini merupakan suatu usaha yang bijak dalam melahirkan modal insan cemerlang demi kegemilangan Negara.

Hadirin yang saya hormati,  
Pelbagai langkah telah diambil oleh pihak kerajaan bagi memastikan Bahasa Inggeris dihayati  dan  diterima  oleh  seluruh masyarakat di Malaysia dimulai dengan penggunaan  bahasa  Inggeris  melalui

pelaksanaan dasar PPSMI. Langkah ini diperkukuhkan lagi usaha kerajaan memperkenalkan dasar Memartabat bahasa Melayu Memperkukuh bahasa  Inggeris (MBMMBI) melalui beberapa langkah antaranya Penambahan Masa P&P Bahasa Inggeris,  melaksanakan Transformasi Kurikulum Bahasa Inggeris Sekolah Rendah, Asas Berbahasa (Back to Basics) dan melalui pelaksanaan aktiviti Didik Hibur – Modul Language Arts di sekolah. Kesedaran  mengenai  pentingnya  menerapkan  sikap cintakan bahasa Bahasa Inggeris perlu dipupuk dalam kalangan semua  peringkat  usia  dan  dalam  kalangan  semua  kaum. Dalam  era  globalisasi  abad  ke-21  ini,  kepentingan  bahasa Inggeris  tidak  dapat  kita  nafikan.  Lantaran  itulah,  kerajaan  telah  mewujudkan dasar  Memartabat  Bahasa  Melayu  Memperkukuh  Bahasa Inggeris (MBMMBI) seperti yang saya sebutkan di atas tadi.    



Hadirin yang saya hormati,
Usaha memperkukuhkan Bahasa Inggeris ini akan  berkembang  sekiranya  program-program  kebahasaan dan  kesusasteraan  dilaksanakan  menggambarkan latar pelbagai kaum di negara  ini sejajar dengan komponen rakyat Malaysia  yang  berbilang  kaum  dan  etnik,  berbilang kepercayaan,  agama,  dan  budaya.  Melalui  usaha  ini diharapkan semua golongan  rakyat akan dapat menghayati dan  memperkukuhkan penggunaan Bahasa Inggeris khususnya dalam kalangan murid-murid sekolah rendah di Negara kita. Kem Bahasa Inggeris Sekolah-Sekolah Rendah Peringkat Negeri Johor  Yang diadakan saban tahun  merupakan  satu  daripada  langkah  besar-besaran yang  seharusnya  mendapat  sambutan  menyeluruh  dari murid dan guru di Negeri Johor.  Semangat  cintakan  Bahasa Inggeris  dan perjuangan  memperkukuhkan penggunaannya diharap  akan  meresap  ke seluruh  jiwa  rakyat  melalui  program  dan  aktiviti  yang dianjurkan melalui program sebegini.      


Akhir  kata,  saya  sekali  lagi  mengucapkan jutaan terima  kasih kepada  Jawatankuasa  Pelaksana Kem Bahasa Inggeris Sekolah-Sekolah Rendah Peringkat Negeri Johor 2013, khususnya  Sektor Pembangunan Kemanusiaan JPNJ, Unit Kokurikulum JPNJ, seluruh pejabat Pelajaran Daerah  di Negeri Johor dan  semua pihak  yang  telah  menyumbangkan  idea,  tenaga,  dan komitmen  yang  tinggi dalam menjayakan program ini.

Dengan lafaz Bismilahirahmanirrahim, saya merasmikan Kem Bahasa Inggeris Sekolah-Sekolah Rendah Peringkat Negeri Johor bagi tahun 2013.

No comments:

Post a Comment