Kisah perjuangan seorang sahabat yang kian dilupakan.....

Suhaib Ar-rumi.............

Suhaib adalah seorang pedagang yang pintar dan cerdas, beliau menjual dengan harta dan jiwanya guna mendapatkan redha Allah SWT, maka diapun mendapatkannya dan berhak mendapatkan penghargaan orang Romawi yang mendapatkan kemenangan dalam Islam, dan berhak seperti yang diriwayatkan dari Rasulullah saw :”Suhaib penakluk negeri Romawi”. (HR. Ibnu Sa’ad).

TEKS PENGACARA MAJLIS PROGRAM AKUJANJI UPSR TAHUN 6 SEKOLAH KEBANGSAAN KULAI 1, KULAIJAYA, JOHOR



TEKS PENGACARA MAJLIS
PROGRAM AKUJANJI UPSR TAHUN 6
SEKOLAH KEBANGSAAN KULAI 1, KULAIJAYA, JOHOR

WAKTU
TEKS
CATATAN
1030
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera

Bagi memulakan majlis pada pagi ini, marilah sama-sama kita mulakan dengan bacaan ummul kitab Al-fatihah.

Yang Berusaha En Ziman bin Mohammad
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Kulai Satu
----------------------------------------------------------------------------------
Yang Dihormati En Ahmad bin Awang
Guru Penolong Kanan Satu
----------------------------------------------------------------------------------
Pn Norhayati bte Yusoff
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
----------------------------------------------------------------------------------
Puan Noorsiati Bt Kassim
Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum
----------------------------------------------------------------------------------

Para ibu bapa & penjaga serta seluruh murid Tahun 6 SK KULAI 1  yang disayangi sekalian.

Kuntum Melati tumbuh melata
Burung merbah di pohon cemara
Assalamualaikum pembuka bicara
Selamat datang untuk semua

Alhamdulillah dengan izin Allah swt kita sama-sama dapat berkumpul pada pagi yang begitu indah untuk sama-sama hadir dalam Program Akujanji Murid-murid UPSR TAHUN 6 SK KULAI 1 bagi tahun 2014.

Pihak sekolah amat mengalu-alukan kehadiran Para ibu bapa & penjaga serta seluruh murid Tahun 6 SK KULAI 1 ke program Akujanji pada hari ini. Semoga dengan berkat kedatangan tuan-tuan dan puan-puan ke program kita pada pagi ini akan menambahkan lagi semangat dan keazaman bagi  seluruh murid-murid TAHUN 6 2014 untuk lebih cemerlang dalam peperiksaan UPSR yang akan dihadapi tidak lama lagi.

Buat pengetahuan ibu bapa dan penjaga sekalian, program yang dijalankan pada pagi  ini merupakan salah satu daripada program kecemerlangan UPSR yang dirangka bagi memastikan peningkatan prestasi murid-murid tahun 6  dalam peperiksaan UPSR. Program ini  merupakan yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan & Kaunseling SK KULAI 1.


DOA

Kalau pergi Tanjung Keramat
Singgah sebentar rumah cik Samad
Bersama kita memohon rahmat
Moga majlis mendapat berkat

Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, majlis dengan segala hormatnya menjemput Ustaz Abd Halim bin Esa untuk memimpin bacaan doa.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.


UCAPAN GURU BESAR

Ibu bapa dan hadirin sekalian,

Majlis pada malam ini akan diteruskan lagi dengan ucapan oleh yang berusaha EN ZIMAN BIN MOHAMMAD GURU BESAR SK KULAI 1

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada EN ZIMAN BIN MOHAMMAD GURU BESAR SK KULAI 1 atas ucapan beliau sebentar tadi.

UCAPAN YDP

Ibu bapa dan hadirin sekalian,

Majlis pada malam ini akan diteruskan lagi dengan ucapan oleh yang dihormati tn hj Patah Abidin Bin Md said  YDP PIBG SK KULAI 1

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada dihormati tn hj Patah Abidin Bin Md said  YDP PIBG SK KULAI 1 atas ucapan beliau sebentar tadi.


AKUJANJI MURID TAHUN 6


Guru-guru dan hadirin sekalian, kini tibalah masa yang ditunggu-tunggu iaitu UPACARA AKUJANJI MURID-MURID TAHUN 6 SK KULAI 1 2014. Bagi menyempurnakan upacara akujanji ini, majlis dengan ini menjemput __________________________ untuk mempimpin bacaan ikrar.

Murid-,murid diminta untuk berdiri.

AKUJANJI guru tahun 6

Terima kasih diucapkan kepada _______________________ atas kesudian memimpin bacaan ikrar akujanji sebentar tadi.

Guru-guru dan hadirin sekalian, kini tibalah masa yang ditunggu-tunggu iaitu UPACARA AKUJANJI guru2 TAHUN 6 SK KULAI 1 2014. Bagi menyempurnakan upacara akujanji ini, majlis dengan ini menjemput __________________________ untuk mempimpin bacaan ikrar.

Guru2 tahun 6 dijemput untuk berada di atas pentas bg menyempurnakan akujanjui guru….
Dipersilakan…..








AKUJANJI IBU BAPA


Terima kasih diucapkan kepada _______________________ atas kesudian memimpin bacaan ikrar akujanji sebentar tadi.

Guru-guru dan hadirin sekalian, majlis pada malam ini akan diteruskan dengan AKUJANJI IBU BAPA & PENJAGA MURID-MURID TAHUN 6 SK KULAI 1 2014. Bagi menyempurnakan upacara akujanji ini, majlis dengan ini menjemput _______________________ untuk mengetuai akujanji IBU BAPA DAN PENJAGA.

Dijemput IBU BAPA & PENJAGA untuk berdiri bagi menyempurnakan upcara Akujanji.

MAJLIS MENENANDATANGANI DOKUMEN AKUJANJI MURID

Guru-guru, ibu bapa dan hadirin sekalian, majlis pada pagi ini diteruskan lagi MAJLIS MENANDATANGANI DOKUMEN AKUJANJI MURID. Bagi menyempurnakan majlis menandatangani Dokumen Akujanji Murid-murid, dengan ini majlis menjemput ___________________________________ bersama-sama dengan Tn Guru Besar, EN ZIMAN BIN MOHAMMAD dan GURU PENOLONG KANAN 1 SK KULAI 1, EN AHMAD BIN AWANG  untuk menyempurnakan MAJLIS MENANDATANGANI DOKUMEN AKUJANJI MURID.


MAJLIS MENENANDATANGANI DOKUMEN AKUJANJI GURU

Guru-guru, ibu bapa dan hadirin sekalian, majlis pada pagi ini diteruskan lagi MAJLIS MENANDATANGANI DOKUMEN AKUJANJI GURU. Bagi menyempurnakan majlis menandatangani Dokumen Akujanji guru, dengan ini majlis menjemput ___________________________________ bersama-sama dengan Tn Guru Besar, EN ZIMAN BIN MOHAMMAD dan YDP SK KULAI 1, TN HJ PATAH ABIDIN BIN MD SAID,   untuk menyempurnakan MAJLIS MENANDATANGANI DOKUMEN AKUJANJI MURID.


MAJLIS MENENANDATANGANI DOKUMEN AKUJANJI IBU BAPA /PENJAGA

Guru-guru, ibu bapa dan hadirin sekalian, majlis pada pagi ini diteruskan lagi MAJLIS MENANDATANGANI DOKUMEN AKUJANI IBU BAPA & PENJAGA. Bagi menyempurnakan majlis menandatangani Dokumen Akujanji IBU BAPA, PENJAGA, dengan ini majlis menjemput ___________________________________ bersama-sama dengan Tn Guru Besar, EN ZIMAN BIN MOHAMMAD dan YDP SK KULAI 1, TN HJ PATAH ABIDIN BIN MD SAID,   untuk menyempurnakan MAJLIS MENANDATANGANI DOKUMEN AKUJANJI MURID.











PENUTUP

Bintang barat terbitan petang,
bintang timur terbitan pagi,
jika tidak melarat panjang,
ada umur ketemu lagi

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat, sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis pada pagi  ini.

Dengan itu, maka selesailah sudah PROGRAM AKUJANJI MURID-MURID TAHUN 6 SK KULAI 1 2014.

Saya mewakili seluruh warga SK KULAI 1 memohon maaf atas segala kekurangan atau kesilapan sepanjang menjayakan program ini.

Wabillahhi taufik walhidayah wassalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh

PANTUN ILMU

Padi segemal kepuk di hulu,
Sirih di hilir merekap junjungan,
Kepalang duduk menuntut ilmu,
Pasir sebutir jadikan intan.

Ramai orang membeli jamu,         
     Di bawah pokok cuaca redup,
Bersungguh-sungguh mencari ilmu,
    Ilmu dicari penyuluh hidup.

Kemumu di tengah pekan,         
    Dihembus angin jatuh ke bawah,
Ilmu yang tidak diamalkan, 
   Bagai pohon tidak berbuah.


Ramai orang menggali perigi,
    Ambil buluh lalu diikat,
Ilmu dicari tak akan rugi,
    Buat bekalan dunia akhirat.

Pinang muda dibelah dua,         
    Anak burung mati diranggah,
 Dari muda sampai ke tua,          
    Ajaran baik jangan diubah.

 Terang bulan di malam sepi, 
     Cahya memancar kepangkal kelapa,
 Hidup di dunia buatlah bakti,     
     Kepada ibu dan juga bapa.

Ke hulu membuat pagar,
   Jangan terpotong batang durian,
Cari guru tempat belajar,       
    Supaya jangan sesal kemudian.

Air melurut ke tepian mandi,
    Kembang berseri bunga senduduk,
Elok diturut resmi padi,                 
   Semakin berisi semakin tunduk.



4 comments:

Lachik said...

Teriam kasih . Perkongsian ilmu yang bermanafaat.

Raudhah Mawaddah said...

terima kasih atas perkongsian .banyak memudahkan orang lain.barakallah

Unknown said...

T.kasih.perkongsian yang bermanfaat.Mohon izin utk kegunaan sendiri.

Perjalanan Hidup.......... said...

Alhamdulillah semoga bermanfaat

Post a Comment