TEKS PENGACARA MAJLIS MAJLIS SAMBUTAN MAULIDURRASUL SEKOLAH KEBANGSAAN KULAI 1, KULAIJAYA, JOHOR
WAKTU
|
TEKS
|
CATATAN
|
1030
|
Assalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh dan salam sejahtera
Sirih berlipat sirih pinang
Sirih dari Pulau Mutiara Pemanis kata selamat datang Awal Bismillah pembuka bicara
Melati kuntum
tumbuh melata,
Sayang merbah di pohon cemara; Assalamualaikum mulanya kata, Saya sembah pembuka bicara.
Bagi memulakan majlis pada pagi
ini, marilah sama-sama kita mulakan dengan bacaan ummul kitab Al-fatihah.
Yang
Berusaha En Ziman bin Mohammad
Guru
Besar
Sekolah
Kebangsaan Kulai Satu
----------------------------------------------------------------------------------
Yang Dihormati
----------------------------------------------------------------------------------
Yang Dihormati En Ahmad bin Awang
Guru Penolong Kanan Satu
----------------------------------------------------------------------------------
Yang Diraikan Pn Norhayati bte
Yusof
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal
Murid
----------------------------------------------------------------------------------
Puan Noorsiati Bt Kassim
Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum
----------------------------------------------------------------------------------
Puan Norsita bte Ibrahim
Guru Penolong Kanan Petang
----------------------------------------------------------------------------------
Serta Guru-guru SK KULAI 1 sekalian.
Ayahandanya Muhammad Rasulullah Nabi
terakhir,
Bondanya Khadijah Ummul Mukminin yang
sejati,
Diputerikan pada 20 JamadilThani yang
dinanti,
Kedatangannya di alam ini memberi
keberkatan yang hakiki.
Alhamdulillah, marilah kita
sama-sama memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi Tuhan yang Maha Agung kerana
dengan limpah kurniaNya jua maka kita diberikan luangan waktu dan kesempatan,
dianugerahkan kesihatan dan kewarasan akal, didorong dan digerakkan minda dan
deria rasa, untuk kita sama-sama berkumpul di Dewan Agness L. Richard SK
Kulai 1, bag menjayakan satu majlis ilmu, meraikan Sambutan Maulidur Rasul
peringkat sekolah tahun 2014 bersamaan 1435 tahun hijrah.
Sambutan Maulidur Rasul peringkat
sekolah ini diadakan adalah bagi menyuburkan rasa cinta dan kasih kepada
Junjungan Rasulullah SAW dan menzahirkan syiar Islam, di samping menguatkan
semangat perpaduan dan silaturrahim serta menanam sikap wasatiyah dalam
kalangan ummat Islam umunya dan dalam kalangan warga SK KULAI 1 khususnya,
selaras dengan tema sambutan Maulidur Rasul tahun 1435 Hijrah; WASATIYYAH TONGGAK
KESATUAN UMMAH
DOA
Buluh di asah
jalinan disemat
Gubahan di olah bawa berangkat Bersama kita memohon rahmat Moga majlis mendapat berkat
Bagi memberkati majlis kita pada
pagi ini, majlis dengan segala hormatnya menjemput Ustaz Abd Halim bin Esa
untuk memimpin bacaan doa.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.
BACAAN AYAT SUCI AL-QURAN
Majlis mengucapkan terima kasih
kepada Ustaz Abd Halim bin Esa atas pimpinan bacaan doa itu tadi.
Hadirin sekalian,
Majlis pada pagi ini akan
diserikan lagi dengan alunan bacaan ayat-ayat suci Al-quranul Karim yang akan
diperdengarkan oleh adik Amzar Amat dan terjemahannya oleh Adik Fakhrul Razi
bin Sazali pelajar Tahun 6 Pintar.
Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.
UCAPAN GURU BESAR
Majlis
mengucapkan terima kasih kepada adik Amzar Amat dan Adik Fakhrul Razi bin
Sazali pelajar Tahun 6 Pintar atas bacaan ayat-ayat suci Al-quran beserta
terjemahannya sebentar tadi.
Guru-guru dan murid-murid
sekalian,
Bagi meneruskan lagi majlis pada
pagi ini, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Tuan Guru Besar SK
KULAI 1, EN ZIMAN BIN MOHAMMAD untuk menyampaikan ucapannya.
Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.
CERAMAH
Majlis
mengucapkan terima kasih kepada Tuan Guru Besar SK KULAI 1, EN ZIMAN BIN
MOHAMMAD atas ucapan beliau sebentar tadi.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
PENYAMPAIAN HADIAH
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
PENUTUP
Dari Rokan ke Indragiri,
Membawa tinta ke Kuala Linggi; Baliklah tuan rehatkan diri, Esok kita bersua lagi.
Majlis mengucapkan jutaan terima
kasih kepada semua yang terlibat, sama ada secara langsung atau tidak
langsung dalam menjayakan majlis pada malam ini.
Bintang barat
terbitan petang,
bintang timur terbitan pagi, jika tidak melarat panjang, ada umur ketemu lagi
Dengan itu, maka selesailah sudah
Wabillahhi taufik walhidayah
wassalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
|
|
No comments:
Post a Comment