Kisah perjuangan seorang sahabat yang kian dilupakan.....

Suhaib Ar-rumi.............

Suhaib adalah seorang pedagang yang pintar dan cerdas, beliau menjual dengan harta dan jiwanya guna mendapatkan redha Allah SWT, maka diapun mendapatkannya dan berhak mendapatkan penghargaan orang Romawi yang mendapatkan kemenangan dalam Islam, dan berhak seperti yang diriwayatkan dari Rasulullah saw :”Suhaib penakluk negeri Romawi”. (HR. Ibnu Sa’ad).

PERMASALAHAN KSSR




1.0         PENGENALAN
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) merupakan suatu perubahan yang diperkenalkan sebagai usaha menyusun semula dan menambah baik kurikulum sedia ada bagi memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai relevan untuk memenuhi keperluan semasa serta menghadapi cabaran abad ke-21.

Pelaksanaan KSSR menggantikan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) bermula sesi persekolahan Januari lalu bertujuan meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran bahasa Inggeris. KSSR digubal dalam pernyataan standard terdiri daripada standard kandungan dan pembelajaran yang perlu dicapai murid dalam satu tahap persekolahan.

2.0         CIRI-CIRI UTAMA KSSR
KSSR adalah reka bentuk kurikulum berasaskan 6 tunjang iaitu Komunikasi,Kerohanian, Sikap dan Nilai; Kemanusiaan, Perkembangan Fizikal dan Estetika; Sains dan Teknologi serta Keterampilan Diri.
 
KSSR juga digubal menggunakan Elemen Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) secara eksplisit dengan memfokuskan kepada 4M (Membaca, Menulis, Mengira dan Menaakul).
KBSR adalah reka bentuk kurikulum berasaskan tiga bidang iaitu Komunikasi; Manusia dan Alam Kelilingnya dan Perkembangan Diri Individu. Kaedah ini menggunakan Elemen Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif dengan fokus kepada 3M (Membaca, Menulis dan Mengira)

3.0         PERMASALAHAN KSSR
Walapun pada dasarnya Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) diperkenalkan sebagai usaha menyusun semula dan menambah baik kurikulum sedia ada dan bagi memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai relevan untuk memenuhi keperluan semasa serta menghadapi cabaran abad ke 21, namun masih banyak kepincangan dan permasalahan yang timbul. Secara ringkasnya permasalahan dalam kurikulum KSSR merangkumi beberapa aspek sebagaimana yang berikut:





4.0         PERMASALAH DALAM ASPEK KURIKULUM
Dalam KSSR Tahap Satu, ada beberapa mata pelajaran baru di samping penggabungan semua disiplin ilmu dalam Modul Teras Asas, Modul Teras Tema dan Modul Elektif bagi pengurusan kurikulum lebih berkesan. Jika dilihat dari segi pembahagian Modul Teras Asas dan Modul Teras Tema ini, matapelajaran Sains tidak dijadikan Modul Teras Asas. Hak ini dinyatakan kerana Modul Teras Asas lebih memberi fokus kepada literasi dan numerasi, kesejahteraan diri dan pembangunan rohani. Manakala Sains pula diperkenalkan dalam Modul Teras Tema bagi memberi pengetahuan asas disiplin ilmu Sains.
Waktu yang diperuntukkan untuk sesi pengajaran dan pembelajaran Sains bagi murid Tahap satu hanyalah sebanyak 3 masa seminggu iaitu hanya 90 jam berbanding dengan matapelajaran Bahasa Inggeris yang meliputi sebanyak 10 masa seminggu iaitu sebanyak 300 jam. Hal dilihat sebagai suatu perkara yang agak membimbangkan kerana kurikulum KSSR yang dirangka seolah-olah lebih mementingkan kepada penguasaan Bahasa Inggerus berbanding dengan penekanan kepada elemen dan ilmu sains. Pembahagian waktu dalam KSSR adalah sebagaimana yang berikut:










BIL

MODUL
MASA DALAM SEMINGGU (minit)
SK
SJKC
SJKT
MODUL TERAS ASAS
1
Bahasa Malaysia
360
300
300
2
Bahasa Inggeris
300
150
150
3
Bahasa Cina
-
360
-
Bahasa Tamil


360
4
Pendidikan Islam
180
120
120
Pendidikan Moral
180
120
120
5
Pendidikan Jasmani
60
60
60
6
Pendidikan Kesihatan
30
30
30
7
Matematik
180
180
180
MODUL TERAS TEMA
8
Dunia Seni Visual
60
60
60
9
Dunia Muzik
30
30
30
10
Dunia Sains dan Teknologi
60
60
60
11
Bahasa Arab./ Bahasa cina SK/Bahasa Tamil SK./B. Kadazandusun/ B.Iban
90



Perhimpunan



Perhimpunan
30
30
30
Jumlah
1380
1380
1380
Jadual 1
 

Hal ini juga sebenarnya memberi masalah besar kepada guru-guru yang mengajar matapelajaran sains di sekolah kerana peruntukan waktu yang sangat sedikit dalam seminggu menyebabkan mereka tidak mempunyai waktu yang cukup untuk menghabiskan silibus sepertimana yang telah dirangka. Dalam masa yang sama juga, guru-guru turut mempunyai masalah dalam membuat penilaian  kepada murid-murid mereka kerana peruntukan waktu yang sangat terhad. Akibatnya terdapat segelintir guru yang mengambil jalan mudah iaitu dengan melakukan penipuan dengan memberikan kelulusan kepada murid-murid mereka walaupun murid-murid tersebut belum diuji oleh guru-guru mereka.

5.0         PERMASALAHAN DALAM ASPEK GURU
Antara pembaharuan lain yang diperkenalkan dalam KSSR adalah Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) dengan memperkukuh Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Terdapat lima kaedah pentaksiran dilaksanakan melalui SPPK iaitu pentaksiran aktiviti jasmani, sukan dan kokurikulum, pentaksiran sekolah, pentaksiran psikometrik, peperiksaan pusat serta pentaksiran pusat. Di bawah pentaksiran sekolah, setiap sekolah bertanggungjawab melaksanakan sistem pentaksiran sendiri yang dirancang dan diperiksa guru membabitkan murid, ibu bapa dan organisasi luar yang dipecahkan kepada dua iaitu pentaksiran formatif dan pentaksiran sumatif.  

Pentaksiran formatif membabitkan proses sepanjang pembelajaran murid menggunakan pelbagai kaedah dalam melapor maklumat selain membuat penilaian sama ada bertulis atau verbal mengenai cara meningkatkan pembelajaran murid.  Guru tidak dibenar membandingkan murid serta meletakkan skala yang menunjukkan kedudukan mereka seperti digunakan sebelum ini. Hal ini sama sekali telah menyebabkan kesulitan kepada guru-guru dalam membuat penilaian kepada murid-murid mereka. Sememangnya tujuan utama penilaian yang dibuat oleh guru dalam kurikulum KBSR sebelum ini bukanlah bertujuan untuk membanding bezakan di antara murid-murid mereka namun hal ini dilakukan adalah bagi memudahkan pihak guru dalam mengenalpasti murid-murid yang lemah dan memerlukan perhatian yang lebih daripada guru-guru mereka.

Selain itu juga dengan wujudnya Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) hal ini sebenarnya telah menambahkan beban kerja kepada guru-guru secara tidak langsung. Banyak guru yang menyatakan ketidakpuashatian mereka terhadap pelaksanaan sistem pentaksiran sebegini. Hal ini adalah disebabkan oleh beberapa faktor antaranya masalah kesuntukan waktu dalam menjalankan pentaksiran.

Banyak guru yang menyatakan bahawa mereka terpaksa menjalankan sesi pentaksiran dengan mengambil waktu yang diperuntukkan untuk sesi pengajaran digunakan sepenuhnya untuk menjalankan sesi pentaksiaran. Hal ini juga berlaku akibat daripada kesibukan guru dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang telah diberikan dalam menguruskan urusan lain di sekolah. Dalam masa yang sama, kesibukan guru dalam menjalankan segala program yang telah dirangka di sekolah juga menjadi faktor utama mengapa guru-guru terbeban dengan tugas untuk menjalankan pentaksiran ke atas murid-murid mereka.

Selain itu juga, guru-guru terbeban apabila mereka terpaksa membahagi-bahagikan waktu yang diperuntukkan untuk sesi pengajaran bagi memberi laluan kepada murid-murid mereka untuk menghabiskan latihan-latihan yang disediakan di dalam Buku Latihan Aktiviti (BLA). Guru-guru juga berada di dalam dilema apabila mereka juga harus memastikan bahawa murid-murid melengkapkan latihan yang ditulis di dalam buku tulis bagi subjek masing-masing. Hal ini sangat ketara khususnya kepada guru-guru yang mengajar matapelajaran Dunia Sains dan Teknologi (DST) kerana waktu yang diperuntukkan untuk mengajar subjek tersebuat hanyalah sebanyak 3 waktu seminggu iaitu hanya sebanyak 90 jam. Guru-guru yang subjek DST sememangnya mempunyai waktu yang sangat terhad terutamanya untuk memastikan mereka dapat menghabiskan silibus yang diajar tepat pada waktunya di samping dapat menjalankan pentaksiran kepada murid-murid mereka.



Hal ini semakin bertambah rumit apabial guru-guru terpaksa bertungkus lumus memastikan semua buku latihan aktiviti dan juga buku tulis dapat dilengkapkan sebelum pemantaun dilakukan oleh pihak pentadbir sekolah. Sekiranya guru-guru tidak berjaya memastikan murid-murid mereka dapat memaksimumkan penggunaan buku latihan atau buku tulis, maka markah bagi penilaian buku aktviti muri bagi guru berkenaan akan menjadi rendah. Hal ini sudah pasti akan menimbulkan perasaan marah dan tekanan kepada guru-guru yang berkenaan.

Melalui pelaksanaan kurikulum KSSR, pembaharuan lain yang dilakukan adalah  segala perkembangan murid  dipantau melalui hasil kerja mereka termasuk ujian dan peperiksaan yang disimpan di dalam portfolio. Hal ini sebenarnya telah menimbulkan masalah kepada guru-guru dalam menyimpan segala hasil kerja murid kerana terdapat segelintir sekolah khususnya sekolah yang berada di kawasan Bandar yang mempunyai jumlah atau bilangan murid yang ramai di dalam sesebuah kelas. Guru-guru terpaksa mengambil masa yang lama dalam menguruskan hal penyimpanan hasil kerja murid mereka di dalam portfolio lebih-lebih lagi bagi guru-guru yang mengajar murid-murid Tahun 1. Hal ini menjadi beban kepada guru-guru kerana murid-murid khususnya murid-murid Tahun 1 tidak mempunyai kemahiraan dalam menyimpan hasil kerja mereka sendiri di dalam portfolio masing-masing. Natijahnya, guru-guru semakin dibebani dengan tugas menyimpan hasil kerja murid-murid mereka.

Tujuan utama dokumen atau hasil kerja itu direkodkan adalah bagi tujuan rujukan guru dan ibu bapa namun masih banyak dalam kalangan ibu bapa yang kurang arif berkaitan dengan kaedah pentaksiran yang dijalankan. Hasilnya ibu bapa tidak memahami apa yang dilalui oleh anak-anak mereka dalam kurikulum KSSR. Dokumen ini dibahagikan kepada dua iaitu portfolio perkembangan dan pameran (showcase). Portfolio perkembangan menunjukkan perkembangan pembelajaran murid dari semasa ke semasa, membantu guru memantau perkembangan dan membuat pentaksiran serta membolehkan murid melakukan penilaian kendiri dalam menetapkan matlamat yang hendak dicapai.

Namun begitu perkara yang berlaku adalah sebaliknya. Guru-guru hanya seolah-olah terpaksa melaksanakan pentaksiran PBS hanya dengan tujuan untuk melengkapkan portfolio murid-murid mereka lantaran pemantauan yang akan dilaksanakan oleh pihak atasan. Oleh yang demikian terdapat segelintir guru yang mengambil jalan mudah dengan cara memberikan jawapan kepada murid-murid mereka bagi membolehkan murid-murid tersebut melepasi band yang disasarkan hanya dengan tujuan supaya penilaian tersebut dapat dimuatkan di dalam portfolio. Hakikatnya murid-murid mereka sememangnya tidak layak memerima band-band yang tertentu namun atas tujuan pemantauan portfolio, guru-guru seolah-olah terpaksa mengambil jalan mudah walapun seolah-olah mereka telah melakukan penipuan dalam menjalankan pentaksiran PBS. Bagi guru-guru perkara yang utama adalah mereka telah memenuhkan portfolio murid-murid mereka dengan bahan-bahan dan hasil kerja murid.

Selain itu juga, melalui pentaksiran PBS yang dijalankan dalam kurikukulum KSSR, dengan wujudnya Portfolio pameran (showcase) telah menambahkan beban kerja kepada guru-guru. Hal ini terjadi kerana, guru-guru terpaksa membuat pemilihan ke atas hasil kerja terbaik murid-murid mereka untuk dimuatkan di dalam Portfolio Pameran. Sekiranya guru-guru yang terlibat mempunyai bilangan murid yang ramai, pasti akan menyebabkan kesukaran kepada guru-guru berkenaan dalam membuat pemilihan. Selain itu, guru-guru juga diminta untuk membuat salinan ke atas hasil kerja terbaik murid-murid mereka sebelum dimuatkan di dalam Portfolio Pameran. Hal ini bertambah sukar apabila guru-guru tidak dibenarkan untuk membuat salinan fotokopi di sekolah lantaran sikap pihak pentadbir yang kadangkala menghalang guru-guru untuk menggunakan mesin fotokopi di sekolah. Natijahnya, guru-guru terpaksa menggunakan wang mereka sendiri untuk membuat salinan fotokopi di kedai luar.


Dalam pentaksiran PBS, setiap band memiliki penilaian bermula band satu bermaksud murid tahu, band dua (tahu dan faham), band tiga (tahu, faham dan boleh buat), band empat (tahu, faham dan boleh buat dengan beradab), band lima (tahu, faham dan boleh buat dengan beradab terpuji) serta band enam (murid tahu, faham dan boleh buat dengan beradab mithali. Apabila murid-murid tidak melepasi band-band yang dinyatakan khususnya band 1, maka guru-guru tidak dibenarkan untuk membuat penilaian dalam band lain kepada murid berkenaan. Hal ini bertambah sukar apabila murid-murid yang tidak melepasi band 1 mengambil masa yang terlalu lama untuk menguasai band tersebut. Perkara ini akan menyebabkan tugas guru menjadi lebih sukar kerana  terpaksa membuat ulangan pentaksiran dalam band yang sama sehinggalah murid-murid berkenaan melepas band 1.

Selain itu juga, guru-guru mengalami masalah dan tekanan dalam menguruskan urusan memasukkan data bagi band-band yang telah dicapai oleh murid-murid mereka dalam laman sesawang yang telah dibangunkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia. Guru-guru dikehendaki memasukkan data di dalam laman sesawang sppbs.moe.gov.my/sppbs/ dalam jangkamasa yang tertentu. Masalah utama yang dihadapi oleh guru-guru adalah dari segi kelewatan sistem PBS yang kadangkala menjadi terlalu lambat dalam menerima dan menyimpan maklumat yang telah diisi oleh guru-guru. Terdapat juga masalah di  mana maklumat yang diisi oleh guru-guru tidak disimpan oleh sistem PBS. Hal ini telah menimbulkan kemarahan dan rasa dukacita guru-guru terhadap kurikulum KSSR. Selain itu juga, segelintir guru-guru terpaksa mengambil waktu rehat mereka terutamanya pada waktu malam bagi tujuan mengisi maklumat di dalam sistem PBS. Secara asasnya masalah-masalah yang dihadapi oleh guru-guru berkaitan web PBS adalah sebagaimana yang berikut:



 


6.0         PERMASALAHAN DALAM ASPEK MURID
Sebagaimana yang telah dinyatakan bahawa waktu pembelajaran untuk matapelajaran Bahasa Inggeris telah ditingkat kepada 10 waktu seminggu iaitu sebanyak 300 jam. Pembahagian waktu pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris di sekolah adalah seperti berikut:
Kemahiran
Waktu Dalam Seminggu
Listening & Speaking
3
Reading
2
Writing
2
Language Arts
3


Hal ini telah menimbulkan beberapa masalah kepada murid-murid kerana terdapat segelintir murid-murid yang menyatakan bahawa mereka berasa bosan di dalam kelas dengan penambahan waktu Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) bahasa Inggeris. Hal amat ketara khususnya kepada murid-murid yang berada di kawasan luar Bandar. Hal ini berlaku kerana Bahasa Inggeris merupakan bahasa ketiga yang digunakan dan hanyalah digunakan semasa kelas Bahasa Inggeris dijalankan.
Kebanyakkan murid-murid luar bandar yang kurang memahami Bahasa Inggeris berasa cepat bosan kerana mereka tidak dapat memahami isi pelajaran yang disampaikan oleh guru-guru Bahasa Inggeris mereka. Terdapat pernyataan di dalam Laman sesawang online KSSR yang menyatakan bahawa murid-murid tidak akan berasa bosan lantaran kaedah dan teknik yang pelbagai diperkenalkan oleh guru untuk menarik minat murid, namun hal ini tidak berlaku. Modul Language Arts yang menekankan pendekatan didik hibur dan apresiasi bahasa tidak dapat dijalankan sepenuhnya oleh guru semasa di dalalm kelas lantaran guru-guru Bahasa Inggeris sibuk menyiapkan penilaian PBS. Aktiviti seperti nyanyian, jazz chants, choral speaking, drama, dan muzik juga kadangkala tidak dapat dilaksanakan khususnya oleh guru-guru di luar bandar kerana kurangnya pemahaman murid-murid mereka dalam istilah-istilah Bahasa Inggeris.
Selain itu juga, segelintir murid merasakan bahawa melalui pelaksanaan sistem PBS telah menyebabkan mereka sukar untuk mengetahui tahap dan kedudukan mereka di dalam pelajaran. Hal ini berlaku kerana penilaian yang dibuat menerusi sistem PBS tidak menggunakan markah bagi menentukan kedudukan murid-murid. Peperiksaan khas juga tidak wujud dalam kurikulum KSSR. Oleh yang demikian, terdapat segelintir murid yang merasakan bahawa mereka boleh bersuka ria ataupun mengambil mudah terhadap pelajaran lantaran tiada peperiksaan khas yang dijalankan di dalam kurikulum KSSR. Sikap untuk bersaing dalam kalangan murid-murid juga semakin pudar kerana mereka tidak mengetahui tahap dan kebolehan masing-masing dalam pelajaran mereka.

7.0         CARA PENYELESAIAN
Sebagaimana yang telah dinyatakan bahawa terdapat beberapa isu dan permasalahan dalam pelaksanaan KSSR. Isu-isu dan permasalahan tersebut mungkin dapat datasi atau diselesaikan menggunakan beberapa cara sebagaimana yang berikut:

7.1         Menambah waktu pengajaran Subjek Dunia Sains & Teknologi.
Waktu yang diperuntukkan untuk subjek Dunia Sains dan Teknologi (DST) hendaklah ditambah bagi memberikan ruang dan waktu kepada guru-guru dan murid-murid dalam melengkapkan Buku Latihan Aktiviti (BLA), Buku Tulis, dan bagi melengkapkan pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) sebagaimana yang dikehendaki oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia. Melalui penambahan waktu dalam subjek Dunia Sains dan Teknologi (DST) juga akan mengurangkan tekanan guru dalam menyampaikan isi pelajaran bagi subjek DST. Guru-guru tidak akan menjadi terkejar-kejar dalam menghabiskan segala isi pelajaran sebagaimana yang telah dinyatakan di dalam Dokumen Standard Pembelajaran.

7.2         Memperbaiki Sistem SPPBS dalam laman web: http://sapsnkra.moe.gov.my
Kerajaan perlu menambah baik Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) bagi melancarkan pelaksanaan pengisian data dalam web yang disediakan oleh pihak KPM. Sebagaimana yang dinyatakan oleh pihak Kementerian Pelajaran melalui Menteri yang bertanggunjawab mengatakan bahawa sistem PBS yang ada sekarang masih baru dan akan diperbaiki sebagaimana yang disuarakan oleh Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP).
Langkah untuk menambah baik PBS ini adalah satu langkah yang tepat diambil oleh pihak kerajaan dan penambahbaikan sistem PBS ini hendaklah dilaksanakan dengan secepat mungkin kerana dalam beberapa tahun sahaja lagi peperiksaan PMR akan menggunakan sistem PBS ini sepenuhnya. Perkara yang perlu diberi keutamaan adalah agar sistem PBS ini menjadi satu sistem yang mesra pengguna, mudah di akses dan penilaian yang dibuat semestinya telus. Sistem PBS ini juga seharusnya boleh diakses tidak kira dimana sahaja walaupun di sekolah-sekolah pedalaman atau luar bandar.

7.3         Memperuntukkan ruangan kepada guru untuk menempatkan fail-fail KSSR.
Terdapat beberapa masalah yang dihadapi oleh guru-guru dalam menyimpan fail-fail yang digunakan dalam KSSR. Hal ini terjadi kepada guru-guru yang berada di sekolah-sekolah pedalaman dan sekolah yang mempunyai kelas yang kecil. Tidak kurang juga kepada sekolah-sekolah kawasan bandar yang tidak mempunyai ruangan yang banyak bagi menyimpan segala fail yang disediakan untuk pelajar. Oleh itu sebuah bilik khas perlu disediakan bagi menempatkan semua fail yang digunakan dalam KSSR.

7.4         Memberikan taklimat kepada ibu bapa dan guru tentang pelaksanaan KSSR.
Walaupun taklimat berkaitan dengan KSSR telah dijalankan oleh sesetengah sekolah, namun pelaksanaannya perlu ditingkatkan bagi memberikan maklumat dan penjelasan secara terperinci berkaitan dengan pelaksanaan KSSR di sekolah. Hal ini amat penting kerana ramai ibu bapa yang kurang jelas tentang pelaksanaan KSSR terutama bagi pelaksanaan KSSR untuk murid-murid Tahun 1, 2 dan 3.
Pihak sekolah sering menerima pertanyaan tentang KSSR. Video penerangan KSSR dilihat belum mencukupi untuk menerangkan secara jelas berkaitan dengan KSSR. Dalam masa yang sama masih ramai dalam kalangan ibu bapa yang tidak mempunyai akses yang mudah terhadap panggunaan internet yang membolehkan mereka untuk mencari maklumat berkaitan dengan KSSR.
Oleh yang demikian, pihak Kementerian Pelajaran dan pihak sekolah hendaklah meningkatkan jumlah taklimat yang diberikan kepada ibu bapa dan penjaga murid-murid yang mengikuti pembelajaran menggunakan sistem KSSR. Semasa taklimat tersebut dilaksanakan, ibu bapa dan penjaga hendaklah diberikan penjelasan yang terperinci berkaitan dengan perkara-perkara seperti berikut:
Persoalan Berkaitan Dengan KSSR
1.    Mengapakah KSSR diperkenalkan?
2.    Apakah maksud Kurikulum Standard?
3.    Apakah perbezaan KSSR dengan KBSR?
4.    Adakah terdapat perubahan mata pelajaran dalam KSSR Tahap Satu?
5.    Mengapakah Modul Teras Tema diperkenalkan?
6.    Mengapakah Sains tidak dijadikan Modul Teras Asas?
7.    Mengapakah peruntukan masa untuk Pendidikan Islam di SJK (C) dan SJK (T) dikurangkan berbanding di SK?
8.    Bolehkah sekolah membuat penjurusan (streaming) dalam KSSR?
9.    Adakah KSSR dapat melahirkan masyarakat yang bersahsiah?
10. Siapakah yang akan mengajar Dunia Sains dan Teknologi?
11. Perlukah murid Tahun 1 belajar TMK?
12. Bolehkah Elemen Merentas Kurikulum tidak digunakan dalam P&P?
13. Bilakah elemen TMK diajar dalam Dunia Sains dan Teknologi?
14. Berapakah bilangan minimum dan maksimum standard kandungan serta standard pembelajaran TMK yang perlu diajar dalam  seminggu?
15. Adakah murid akan berasa bosan di kelas dengan penambahan waktu Bahasa Inggeris?
16. Apakah tindakan guru sekiranya murid tidak mencapai standard yang ditetapkan?
17. Adakah buku teks disediakan bagi semua mata pelajaran tahun 1?
18. Adakah semua murid belajar menggunakan komputer bagi Elemen Merentas Kurikulum  - Teknologi Maklumat dan Komunikasi?
19. Bagaimanakah EMK-TMK hendak dijalankan sekiranya semua guru hendak menggunakan makmal dalam satu masa?
20. Bagaimanakah sekolah yang tidak mempunyai capaian internet dapat melaksanakan pembelajaran yang melibatkan komputer?
21. Apakah usaha yang dilakukan bagi menyediakan guru bagi pelaksanaan KSSR?
22. Adakah KSSR mampu mendorong kreativiti guru dan murid dalam p&p?  
23. Apakah saluran yang disediakan oleh guru-guru yang menghadapi masalah berkaitan KSSR?
24. Dalam tahap 1, setakat manakah pendidikan seks diajarkan?

7.5         Memansuh atau mengurangkan penggunaan Buku Latihan Aktiviti (BLA).
Salah satu masalah yang dihadapi oleh guru-guru dalam melaksanakan kehendak kurikulum KSSR adalah berkaitan dengan penggunaan Buku Latihan Aktiviti (BLA). Ramai guru yang terkejar-kejar untuk memastikan murid-murid dapat menyiapkan Buku Latihan Aktiviti (BLA) yang telah diberikan kepada mereka. Oleh yang demikian penggunaan Buku Latihan Aktiviti (BLA) hendaklah dikurangkan atau dimasuhkan kerana kerana murid-murid tersebut perlu melengkapkan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) sepanjang mengikuti kurikulum KSSR.

7.6         Pengurangan atau penambahbaikkan waktu pembelajaran Bahasa Inggeris di sekolah.
Sebagaimana yang diketahui bahawa guru-guru Bahasa Inggeris dan murid-murid mengalami masalah dalam pembelajaran Bahasa Inggeris di sekolah. Guru-guru mengalami masalah dalam menyediakan bahan dan aktiviti bagi menjalankan pembelajaran subjek Bahasa Inggeris yang di susun dalam tiga waktu berterusan. Murid-murid pula mudah bosan dengan subjek ini walaupun pihak Kementerian pelajaran menyatakan bahawa murid-murid tidak akan berasa bosan lantaran wujudnya modul Language Arts yang menekankan pendekatan didik hibur dan apresiasi bahasa.
Hakikatnya guru-guru tidak dapat melaksanakan aktiviti-aktiviti sebagaimana yang dicadangkan seperti nyanyian, jazz chants, choral speaking, drama dan muzik lantaran kesibukan dalam menguruskan PBS. Selain itu juga murid-murid sudah berasa bosan dengan waktu pembelajaran yang agak panjang sehingga menyebabkan mereka tidak berminat lagi untuk meneruskan sesi pembelajaran.




8.0         KESIMPULAN
KSSR diperkenalkan sebagai satu usaha menyusun semula dan menambah baik kurikulum sedia ada untuk memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan untuk memenuhi keperluan semasa serta menghadapi cabaran abad ke-21. Namun begitu, segala permasalahan dan isu yang timbul hendaklah diselesaikan dalam jangka waktu yang segera bagi memastikan segala pembaharuan yang dilaksanakan dalam kurikulum KSSR dapat diterima oleh warga pendidik dan guru di Malaysia.

9.0         RUJUKAN
A.Aziz Deraman, “Kesusasteraan Kebangsaan dalam Sistem Pendidikan: Membentuk Masyarakat Madani di Malaysia”, Dewan Sastera, Februari 2000, hlm. 13-17
Abdullah Mohd Noor, Ahmad Jaffni Hassan. (2000) Cabaran Dalam Kepimpinan Kurikulum Pendidikan, dlm. Juriah Long, Halimah Badioze Zaman, Putih Mohamed, Zalizan Mohd Jelas(disunting), Aliran Dalam Amalan Pendidikan Menjelang Abad  ke-21, Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Shahabuddin Hashim, Rohizani yaakub, Mohd Zohir Ahmad. (2007). Pedagogi: Strategi dan Teknik Mengajar Berkesan. Kuala Lumpur: PTS Profesional an Pub. Sdn. Bhd.
Vallance, R. (2000). Excellent Teachers. Exploring Self Construct, Role and Personal Challenges. Paper presented at Australian Association for Research for Education (AARE) conference, Sydney. http://www.aare.edu.au. 17 January 2008

1 comment:

Anonymous said...

Read the whole bible. May God forgive you.

Post a Comment