Kisah perjuangan seorang sahabat yang kian dilupakan.....

Suhaib Ar-rumi.............

Suhaib adalah seorang pedagang yang pintar dan cerdas, beliau menjual dengan harta dan jiwanya guna mendapatkan redha Allah SWT, maka diapun mendapatkannya dan berhak mendapatkan penghargaan orang Romawi yang mendapatkan kemenangan dalam Islam, dan berhak seperti yang diriwayatkan dari Rasulullah saw :”Suhaib penakluk negeri Romawi”. (HR. Ibnu Sa’ad).



MINIT MESYUARAT AGUNG
 BADAN KEBAJIKAN GURU DAN KAKITANGAN (BKGK)
SEKOLAH KEBANGSAAN KULAI 1
KALI KE-1, 2013
TARIKH          : 23 Januari 2013 (Rabu).

MASA             : 1.00 Petang
TEMPAT         : Pondok Moral

Kehadiran       :                     
1.    En. Ziman bin Mohammad
2.    En.Ahmad b. Awang
3.    Cik Hjh.Latifah bt. Othman
4.    Pn.Noorsiati bt. Kassim
5.    Pn.Sarnah bt. Hj. Jamiran
6.    Pn.Noriah bt. Paidi
7.    Cik Hjh.Norlela bt. Moidu
8.    Pn.Rohaida bt. Mohd.Payeng
9.    Pn.Sharimah bt. Zainal
10.  En.Mohammad  Norazham b. Ismail
11.  En.Mohd.Zaidi b. Jamian
12.  En.Mohd.Sofhan b. Sekandar
13.  En.Wan Razali b. Wan Sulaiman
14.  En.Asri b. Hussin
15.  En.Azlan Syazani  b. Adanan
16.  Pn.Maznizasham bt. Mazlan
17.  En.Mohamad Naim b. Mohamed
18.  En.Zahrol  bin Hj.Amat Isnin
19.  En.Mohd.Rafi b. Ahmad Hamil
20.  Pn.Nadia  Syamimy bt. Othman
21.  En.Nor Irman b. Sabri
22.  Pn.Norlizawati bt. Johdi
23.  Pn.Rabiatul Adawiyah bt. Ab Rahim
24.  Pn.Rashidah bt. Mohd Nor
25.  Pn.Rosmaliza bt. Ramli
26.  Cik Ruzlina bt. Abd. Razak
27.  Pn.Fatimah bt. Yamin
28.  En.Mohd.Tamizi b. Mohamad Sarbini
29.  Pn.Noraini bt. Jalil
30.  Pn.Fairuz bt. Mazlan
31.  Pn.Nor Syakirah bt. Kamaludin
32.  Pn.Suhaiza bt. Mustaffa
33.  Pn.Siti Suriati bt. Abdullah
34.  En.Naqiuyudin b. Mohd Tajudin



1. UCAPAN PENGERUSI

1.1  Tuan pengerusi,  En. Zahrol b. Amat Isnin berterima kasih kepada semua guru  yang sudi meluangkan masa untuk menghadiri Mesyuarat  BKGK SK Kulai 1, Kali Ke-1 2013. Beliau berharap guru dan kakitangan yang hadir dapat membentangkan usul dan memberikan cadangan serta idea-idea yang bernas agar dapat memberi manfaat kepada semua ahli BKGK. Menyatakan pembubaran ahli jawatankuasa BKGK 2012 dan akan digantikan dengan ahli baru BKGK sesi 2013.

           Tindakan: makluman.

2. UCAPAN GURU BESAR

2.1 En Ziman bin Mohammad mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua AJK BKGK sesi 2012 yang telah memberikan kerjasama dalam menjayakan segala program BKGK sepanjang tahun 2012.

2.2 En Ziman bin Mohammad juga mengucapkan selamat menjalankan tugas kepada semua AJK BKGK yang baharu dan berharap agar semua ahli BKGK sesi 2013 dapat berusaha untuk menaikkan prestasi Sekolah Kebangsaan Kulai 1 ke tahap yang lebih cemerlang pada masa hadapan.


2.3 En Ziman bin Mohammad menyatakan bahawa BKGK merupakan satu badan yang akan menjaga hal ehwal dan kebajikan semua guru dan kakitangan di Sekolah Kebangsaan Kulai 1.


3. PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU.

3.1 En Azlan Syazani bin Adanan selaku Naib Setiausaha BKGK 2012 membentangkan minit mesyuarat yang lalu. Pengerusi meminta ahli mesyuarat mengesahkan minit Mesyuarat Agung 2011. En. Mohamad Zaidi b. Jamian mencadangkan minit mesyuarat disahkan dan disokong oleh En.Mohammad  Norazham b. Ismail.

         Tindakan : makluman.

4.  PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN PENYATA KEWANGAN BKGK 2012

4.1 Pn Maznizasham bt. Mazlan selaku bendahari BKGK 2012 membentangkan Penyata Kewangan BKGK 2012.

4.2 En.Mohammad  Norazham b. Ismail mencadangkan agar pembentangan penyata kewangan BKGK 2012 disahkan. En. Mohamad Zaidi b. Jamian menyokong.

          Tindakan : Bendahari.


5. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

5.1 PETAK PARKIR KERETA

Pn Sharimah bte Zainal mencadangkan agar petak parkir kereta dibuat di tapak pakir sekolah pada  tahun ini.
                                                                                            Tindakan:Biro Kebajikan BKGK
5.2 KAD PENGENALAN GURU

            Cik Maznizasham bte Mazlan mencadangkan agar kad pengenalan guru dapat
            diadakan pada tahun ini.

                                                                                                            Tindakan: Makluman


5.3 HADIAH, KAD, DAN MAJLIS SAMBUTAN HARI LAHIR
           
            En. Zahrol bin Amat Isnin mencadangkan agar sambutan dan hadiah hari lahir
            Ahli BKGK diadakan semula pada tahun ini,

          Tindakan: makluman.
6.  PEMBUBARAN AHLI JAWATANKUASA BKGK SESI 2012

6.1   Tuan Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua pihak terutama guru-guru dan kakitangan yang telah memegang jawatan sebagai AJK sepanjang sesi 2012. Beliau memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kesilapan yang dilakukan sepanjang beliau mempengerusikan Mesyuarat Agung  dan mesyuarat-mesyuarat yang lain. Beliau mengharapkan ahli BKGK akan terus maju pada masa hadapan.

6.2  Pn Noriah bte Paidi mencadangkan En. Zahrol B. Amat Isnin mengambil alih sebagai pengerusi sementara dan disokong oleh Pn. Rohaida bt. Mohd.Payeng. En. Zahrol B. Amat Isnin mengumumkan pembubaran AJK BKGK sesi 2012 dan memberi laluan kepada pemilihan AJK BKGK yang baharu.



7. PELANTIKAN AHLI JAWATANKUASA BKGK SESI 2013.

7.1   Mesyuarat sebulat suara melantik AJK BKGK bagi sesi 2013 seperti berikut:

7.1.1      Pengerusi - En. Zahrol B. Amat Isnin
7.1.2      Jawatan Naib Pengerusi- Pn.Sharimah bt. Zainal.
7.1.3      Jawatan Setiausaha - En. Azlan Syazani bin Adanan.
7.1.4      Jawatan Bendahari - Pn.Maznizasham bt. Mazlan
7.1.5      Jawatan Ketua Biro Keceriaan Bilik Guru - Pn.Rohaida bt. Mohd.Payeng Penolong 1 - Pn.Nor Syakirah bt. Kamaludin
Penolong 2 - En.Mohd.Tamizi b. Mohamad Sarbini
7.1.6      Jawatan Ketua Biro Keagamaan dan Kebajikan - Ustaz Abdul Halim bin Esa.
7.1.7      Jawatan Ketua Biro Sukan dan Permainan - En.Mohd.Rafi b. Ahmad Hamil.
Penolong 1 - En.Naqiuyudin b. Mohd Tajudin
Penolong 2 - Pn.Norlizawati bt. Johdi
Penolong 3 - En.Mohamad Naim b. Mohamed
7.1.8      Jawatan Ketua Biro Lawatan dan Hari Keluarga -  Pn Noriah bte Paidi Penolong - En.Mohd.Zaidi b. Jamian
7.1.9      Jawatan Ketua Biro Ekonomi - Cik Hjh. Norlela bt. Moidu.
Penolong - Pn.Nadia  Syamimy bt. Othman

                        Tindakan: makluman

8.  UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI BKGK SESI  2013

8.1  Pengerusi BKGK yang baharu, En. Zahrol B. Amat Isnin menyatakan penghargaan kepada ahli mesyuarat kerana masih mempercayai beliau untuk menerajui BKGK sekali lagi bagi sesi 2013.

8.2  En. Zahrol B. Amat Isnin mencadangkan agar perlantikan AJK baru bagi BKGK dilaksanakan dalam tempoh 3 hingga 5 tahun.

8.3  En. Zahrol B. Amat Isnin mencadangkan agar Program Sambutan Hari Lahir dan pemberian hadiah seta kad ucapan kepada guru-guru yang menyambut Hari Lahir dilaksanakan pada tahun ini.


8.4  En. Zahrol B. Amat Isnin mencadangkan agar guru-guru yang menyambut hari lahir supaya sama-sama menyanyikan lagu “Allah Selamatkan Kamu” bersama-sama dengan murid-murid yang maeraikan hari lahir pada bulan yang sama.

8.5  En. Zahrol B. Amat Isnin mencadangkan agar kad ucapan diberikan kepada guru-guru yang menyambut Hari Lahir.


8.6  En. Zahrol B. Amat Isnin mencadangkan agar setiap guru untuk mendapatkan Kad Pengenalan Guru kerana banyak manfaat yang akan diperolehi seperti potongan ketika menginap di Hotel Seri Malaysia.

8.7  En. Zahrol B. Amat Isnin juga berharap agar semua guru dan kakitangan dapat memberikan kerjasama kepada beliau dan AJK BKGK yang lain dalam melaksanakan segala tanggungjawab yang diberi.




9.   AKTIVITI BKGK SESI 2012

9.1 YURAN BKGK 2013

Mesyuarat sebulat suara bersetuju menetapkan yuran bulanan BKGK adalah sebanyak RM15.00 sebulan. Kutipan yuran adalah sehingga bulan Oktober iaitu sebanyak RM150.00 setahun.

                                                                                                            Tindakan: Bendahari


9.2 HADIAH GURU MENDAPAT CAHAYA MATA, BERKAHWIN, DAN BERPINDAH

Mesyuarat sebulat suara mencadangkan supaya hadiah diberikan kepada guru-guru yang mendapat cahaya mata, berkahwin, dan guru yang berpindah.

                                                                                                             Tindakan: Makluman

9.3 LAMAN FACEBOOK BKGK

Encik Sofhan menyarankan kepada semua ahli BKGK supaya menyertai laman Facebook BKGK Sekolah Kebangsaan Kulai 1 bagi mendapatkan maklumat terkini dan mendapatkan bahan-bahan yang dimuat naik kedalam laman tersebut.

                                                                                                            Tindakan: Makluman

10. HAL-HAL LAIN

10.1PEMAKAIAN BAJU KORPORAT

Pn.Noorsiati bt. Kassim memaklumkan bahawa pemakaian baju korporat hanyalah dibenarkan di luar daripada waktu persekolahan atau hari Sabtu sahaja.

                                                                                                             Tindakan: Makluman

10.2TANDAS

En. Ziman bin Mohammad memaklumkan kepada semua guru bahawa tandas guru telah ditutup bagi menjaga kebersihan tandas tersebut dan daripada dimasuki oleh orang awam. Guru-guru diminta mengambil kunci untuk menggunakan tandas tersebut.

                                                                                                      Tindakan: Makluman             
10.3SPPBS

En. Ziman bin Mohammad memaklumkan kepada semua guru supaya memastikan bahawa data yang dimasukkan ke dalam sistem talian SPPBS adalah tepat. Pn. Maznizasham bt. Mazlan selaku penyelaras SPPBS diminta supaya mengambil tindakan yang sewajarnya.

                                                                                                   Tindakan: Makluman

10.4BISP

En.Ahmad b. Awang memaklumkan bahawa bermula daripada 1 Januari 2013, guru-guru yang berkenaan diminta untuk memulangkan semula BISP. Walaubagaimanapun, guru-guru yang ingin mendapatkan BISP perlulah memastikan bahawa RPH, pengajaran, buku latihan dan aktiviti dilaksanakan dalam Bahasa Inggeris.

                                      Tindakan:Semua Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris


11.   PENUTUP

11.1  Ucapan penangguhan oleh Pengerusi BKGK sesi 2013. Beliau  mengucapkan ribuan terima kasih dan syabas kepada semua pihak yang terlibat menjayakan Mesyuarat Agong pada kali ini.

11.2    Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2,00 petang.









Disediakan oleh,                                                                     Disemak oleh:                

......................................................                                         ............................................          
(AZLAN SYAZANI BIN ADANAN)                                          (ZAHROL BIN AMAT ISNIN)
Setiausaha,                                                                   Pengerusi,
Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan (BKGK),                  BKGK, SK Kulai 1,
SK Kulai 1,                                                                             Sesi 2013.

No comments:

Post a Comment