Kisah perjuangan seorang sahabat yang kian dilupakan.....

Suhaib Ar-rumi.............

Suhaib adalah seorang pedagang yang pintar dan cerdas, beliau menjual dengan harta dan jiwanya guna mendapatkan redha Allah SWT, maka diapun mendapatkannya dan berhak mendapatkan penghargaan orang Romawi yang mendapatkan kemenangan dalam Islam, dan berhak seperti yang diriwayatkan dari Rasulullah saw :”Suhaib penakluk negeri Romawi”. (HR. Ibnu Sa’ad).

TEKS PIDATO SK KULAI 1 DAERAH KULAIJAYA 2013 KE PERINGKAT NEGERI JOHOR



BERJIMAT CERMAT AMALAN MULIA
EN AZLAN SYAZANI BIN ADANAN

Pernah suatu ketika kegawatan ekonomi melanda dunia. Ada yang selesa kerana sudah bersedia, Ada yang tercungap-cungap bagi meneruskan kehidupannya. Namun yang  pasti amalan berjimat cermat menjadi kunci penyelesaiannya.
Sejambak kasih, sekalung budi saya nobatkan kepada Tuan Pengerusi Majlis.Kombinasi ampuh pihak kehakiman, kelompok pendidik bestari, dan hadirin pendengar yang dikasihi. Dekat dihati.
Assalamualaikum wbt dan salam 1 Malaysia. Berbungakan kemesraan. Arena pada hari ini saya warnai dengan pidato yang  berjudul 'Berjimat Cermat Amalan Mulia'.

Hadirin sekalian,
Kamus Dewan Edisi Keempat, berjimat cermat dedifinisikan sebagai berhemat atau berhati-hati tentang perbelanjaan wang atau penggunaan sesuatu. Amalan mulia pula merupakan sesuatu yang dilakukan sebagai suatu kebiasaan. Lalu saya simpulkan frasa Berjimat Cermat Amalan Mulia iaitu perbuatan berhati-hati dalam menguruskan perbelanjaan wang.
Warga dewan yang budiman,
Indikator saya yang pertama, Perancangan perbelajaan yang bijak penjana generasi berjimat cermat. Pengguna hendaklah membuat senarai  semak barangan yang hendak dibeli dan bukan berbelanja mengikut hawa nafsu semata-mata. Murid-murid pula boleh belajar cara untuk menguruskan wang mereka melalui laman web www.duitsaku.com yang menyediakan banyak panduan pengurusan wang. Jangan pula pantang melihat iklan jualan murah atau jualan penghabisan stok, hati sudah mula meronta.Jangan bersikap begitu hadirin sekalian!. Ingat!, elak pembaziran menjamin masa hadapan.

 Warga dewan yang bijaksana,
Indikator saya yang kedua ialah Elakkan hutang kad kredit kunci utama amalan berjimat cermat. Akhbar Metro bertarikh 22 Disember 2012 melaporkan sejak tahun 2005, sebanyak 5.1% masyarakat Malaysia telah diisytiharkan bankrap berpunca daripada sikap pengguna yang tidak berhemah semasa membuat pembelian menggunakan kad kredit. Akibat tidak berhemat akhirnya menderita. Oleh itu hadirin sekalian, berhati-hatilah ketika menggunakan kad kredit agar tidak menyesal di kemudian hari.
Warga dewan, wahana bangsa,
Indikator saya yang ketiga ,pelaburan berhemah menjamin masa hadapan. Membuat pelaburan merupakah langkah yang bijak untuk berjimat cermat contohnya melalui pelaburan ke dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Pada 17 Februari 2013 yang lalu Lembaga KWSP telah mengisytiharkan kadar dividen 6.15% berbanding 6 % yang dibayar pada tahun 2011. Oleh itu marilah sama-sama kita merebut peluang yang sangat berharga ini. Pulangan yang tinggi akan menjamin masa hadapan bahagia.
Rumusannya, ayuh warga bumi bertuah,marilah sama-sama kita melangkah seiring, berganding bahu memupuk amalan berjimat cermat melalui perbelanjaan kewangan yang bijak, elakkan hutang kad kredit dan membuat pelaburan berhemah.
Kalau cemerlang biar tiada tembok penghadang
Kalau gemilang biar tiada batu penghalang
Andai terbilang biar jangan calang-calang.
Sekian. Wabillahitaufik wal hidayah wassalam....
Terima kasih.

4 comments:

Anonymous said...

BITA

Anonymous said...

kandungan pidato ini sangat bagus

Anonymous said...

i dunno what pidato is, tcher told me to make one... Conclusion: Here I am

Unknown said...

Same ;)

Post a Comment