Kisah perjuangan seorang sahabat yang kian dilupakan.....

Suhaib Ar-rumi.............

Suhaib adalah seorang pedagang yang pintar dan cerdas, beliau menjual dengan harta dan jiwanya guna mendapatkan redha Allah SWT, maka diapun mendapatkannya dan berhak mendapatkan penghargaan orang Romawi yang mendapatkan kemenangan dalam Islam, dan berhak seperti yang diriwayatkan dari Rasulullah saw :”Suhaib penakluk negeri Romawi”. (HR. Ibnu Sa’ad).

TEKS PENGACARA MAJLIS MESYUARAT PIBG KALI KE-38 SEKOLAH KEBANGSAAN KULAI 1, KULAIJAYA, JOHOR



TEKS PENGACARA MAJLIS
MESYUARAT PIBG
KALI KE-38
SEKOLAH KEBANGSAAN KULAI 1, KULAIJAYA, JOHOR

WAKTU
TEKS
CATATAN
1030
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera

Bagi memulakan majlis pada pagi ini, marilah sama-sama kita mulakan dengan bacaan ummul kitab Al-fatihah.

Yang Berbahagia Encik Tay Thin Hein
Pengerusi
Jawatankuasa Penyelaras Mukim-Mukim DUN Senai (JPMM)
---------------------------------------------------------------------------------
Yang Berusaha Tuan Haji Patah Abidin Bin Md Said
Yang Di Pertua PIBG
Sekolah Kebangsaan Kulai Satu
----------------------------------------------------------------------------------
Yang Berusaha Encik Awazmin Bin Abdul Wahab
Naib Yang DiPertua PIBG
Sekolah Kebangsaan Kulai Satu
----------------------------------------------------------------------------------
Yang Berusaha Puan Rona Binti Md Tamin
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Kulai Satu
----------------------------------------------------------------------------------
Yang Dihormati En Ahmad bin Awang
Guru Penolong Kanan Satu
----------------------------------------------------------------------------------
Cik Hajah Latifah Bt Otman
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
----------------------------------------------------------------------------------
Puan Noorsiati Bt Kassim
Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum

Ahli-ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2009/2012

Guru-guru

Para ibu bapa dan waris

Tuan-tuan dan puan-puan

Serta murid-murid yang diraikan sekalian.


Saya mewakili pihak ahli Jawatankuasa PIBG Sekolah Kebangsaan Kulai 1 bagi Sesi 2009/2012 mengalu-alukan kehadiran Yang Berbahagia Encik   Tay Thin Hein, tuan-tuan dan puan-puan ke Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Kebangsaan Kulai 1 yang ke 38 dan Hari Anugerah Cemerlang Tahun 2010.









DOA
Tetak buluh panjang sepuluh
Buluh ditetak anak Pak Mamat
Angkat tangan jemari sepuluh
Doa diminta biar selamat

Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, majlis dengan segala hormatnya menjemput Ustaz Asri Bin Husin untuk memimpin bacaan doa.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.


UCAPAN YDP

Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Asri atas pimpinan doa itu tadi.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,

Bagi memulakan majlis kita pada pagi ini, majlis dengan segala hormatnya menjemput,

Yang Berusaha Tuan Haji Patah Abidin Bin Md Said
Yang DiPertua PIBG
Sekolah Kebangsaan Kulai Satu,
Untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Haji Patah di atas ucapan beliau itu tadi.

UCAPAN GURU BESAR
Seterusnya, majlis dengan segala hormatnya menjemput, Puan Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Kulai 1, Puan Rona Md Tamin untuk memberikan sepatah dua kata.


UCAPAN & PERASMIAN
Majlis mengucapkan terima kasih kepada Puan Rona di atas ucapan itu tadi.
Tenun benang menjadi sari
Di atas papan batang jerami
Kepada tuan sembah diberi
Mohon rasmikan majlis kami


Tanpa melengahkan masa, majlis dengan sukacitanya menjemput
Yang Berbahagia Encik Tay Thin Hein
Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Mukim-Mukim DUN Senai
Untuk menyampaikan ucapan beliau dan seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Kebangsaan Kulai 1 Kali Yang Ke 37 dan Hari Anugerah Cemerlang Tahun 2010.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

            PENYAMPAIAN ANUGERAH UPSR DAN TOKOH MURID 2011

Ucapan tuan menyerikan majlis
Warga pendidik tampak ceria
Kesudian tuan merasmikan majlis
Bangganya kami tidak terkira

Terima kasih diucapkan kepada Encik Tay Thin Hein di atas ucapan beliau itu tadi.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,

Tibalah masanya untuk kita meraikan murid-murid yang telah berjaya menempa kejayaan dalam peperiksaan UPSR pada tahun lepas.

Untuk menyampaikan Anugerah UPSR dan Tokoh Murid bagi tahun 2010, majlis dengan sukacitanya menjemput Tuan Haji Abdul Patah dan Puan Rona untuk mengiringi Encik Tay Thin Hein untuk menyampaikan anugerah.

Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan, seramai 2 orang murid telah berjaya mencapai 5 A dan 8 orang murid mencapai 4A 1B dalam UPSR tahun lalu.

Bagi pencapaian 5A, majlis dengan sukacitanya menjemput :
(Rujuk senarai)
Bagi pencapaian 4A 1B, majlis dengan sukacitanya menjemput :
(Rujuk senarai)
Tahniah diucapkan kepada penerima anugerah.


Sebagai tanda terima kasih di atas kesudian Encik Tay Thin Hein hadir bagi merasmikan Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 37 dan menyampaikan anugerah, majlis menjemput Tuan Haji Patah Abidin mewakili Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Sekolah Kebangsaan Kulai Satu untuk menyampaikan cenderahati kenang-kenangan
Terima kasih diucapkan.


MESYUARAT AGUNG

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,
Majlis akan diteruskan lagi dengan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke 37.
Dengan ini saya serahkan majlis kepada Ahli Jawatankuasa PIBG (*) untuk memulakan mesyuarat.

Dipersilakan.


MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG 2010

Assalamuaikum wbt dan selamat sejahtera.
Alhamdulillah, Mesyuarat Agung PIBG SK Kulai Satu yang ke 37 telah dapat dijalankan dengan lancar dan jayanya.

Majlis pada pagi ini akan diteruskan lagi dengan Penyampaian Anugerah Cemerlang bagi tahun 2010.

Majlis Anugerah Cemerlang ini diadakan untuk memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada murid-murid yang telah  menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam bidang akademik pada tahun 2010.

Majlis dengan segala hormatnya menjemput Puan Rona untuk mengiringi Tuan Haji Abdul Patah untuk menyampaikan anugerah.

*Untuk menerima Anugerah________________  dengan rasa bangga dan sukacitanya, majlis menjemput   :
Tahniah diucapkan kepada para penerima anugerah.

Terima kasih diucapkan kepada (penyampai anugerah)
Seni gubah indah bermadah
Jambangan bunga sedia harum
Rasmi sudah penganugerahan pun sudah
Bersurai sahaja kita yang belum.

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat, sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis pada pagi ini. Terima kasih juga diucapkan kepada ibu bapa yang sudi hadir ke majlis pada pagi ini.

Bintang barat terbitan petang,
bintang timur terbitan pagi,
jika tidak melarat panjang,
ada umur ketemu lagi

Dengan itu, maka selesailah sudah Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Kebangsaan Kulai 1 Kali Ke 37 dan Majlis Anugerah Cemerlang bagi tahun 2010.

Wabillahhi taufik walhidayah wassalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.



2 comments:

Post a Comment