Kisah perjuangan seorang sahabat yang kian dilupakan.....

Suhaib Ar-rumi.............

Suhaib adalah seorang pedagang yang pintar dan cerdas, beliau menjual dengan harta dan jiwanya guna mendapatkan redha Allah SWT, maka diapun mendapatkannya dan berhak mendapatkan penghargaan orang Romawi yang mendapatkan kemenangan dalam Islam, dan berhak seperti yang diriwayatkan dari Rasulullah saw :”Suhaib penakluk negeri Romawi”. (HR. Ibnu Sa’ad).

Potong sayur atas lantai



SELAYANG: Berselindung di sebalik nama kopitiam, sebuah premis di sini langsung tidak menghiraukan tahap kebersihan ketika menyediakan makanan untuk pelanggan.

Lebih meloyakan, bahan mentah seperti sayuran dipotong di atas lantai dapur premis terbabit sebelum dipercayai dimasukkan ke dalam masakan mereka.
Bagaimanapun, tindakan pekerja restoran terbabit yang ‘malas’ menggunakan tempat lebih sesuai di dapurnya itu membawa padah apabila restoran itu dikompaun berikutan gagal mengikut prosedur penyediaan makanan ditetapkan.

Restoran itu antara 23 premis yang dikompaun RM1,000 atas pelbagai kesalahan dalam Operasi Lesen (Ops Lesen) Majlis Perbandaran Selayang (MPS) di sebuah kompleks membeli-belah di sini, semalam.

Antara kesalahan yang dikesan adalah menjalankan perniagaan tanpa lesen, tidak mempamerkan lesen perniagaan, lesen iklan tamat tempoh, meletakkan halangan di laluan awam dan tahap kebersihan tidak memuaskan.

(Gambar Diatas Sekadar Hiasan, tidak ada kena-mengena dengan artikel)

Sumber : http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Potongsayurataslantai/Article

No comments:

Post a Comment