Bagaimana berdakwah menerusi YouTube?
Dewasa ini, dengan wujudnya segala macam prasarana komunikasi moden, ia seharusnya membangkitkan lagi semangat umat Islam untuk berdakwah kepada mereka yang belum lagi mengenal Allah dan Rasul-Nya. Teknologi tersebut juga boleh dimanfaatkan untuk menangkis segala macam tohmahan dan fitnah yang dilemparkan terhadap Islam oleh manusia-manusia yang jahil lagi sesat.
Laman-laman web sosial seperti Facebook & seumpamanya boleh digunakan untuk menyebarkan risalah Islam secara berkesan kerana jutaan manusia melayarinya saban hari. Begitu juga dengan YouTube yang antara lain mengandungi ratusan video yang berkaitan dengan topik agama.
Menerusi laman-laman web ini, kita boleh mengambil peluang untuk memulakan dialog agama dengan yang belum Islam. Disamping berhujah, sesi dialog kita juga diteliti oleh mereka yang mengunjungi laman web tersebut sebagai tetamu. Dalam erti kata lain, banyak orang yang boleh terlibat secara tidak langsung dalam interaksi da’wah dan pertukaran pendapat yang berlaku.
Sebagai contoh, semasa melayari beberapa video tentang agama Kristian, seorang pendakwah Islam yang mengelar diri Zorin85 telah menulis satu perenggan kecil tentang Nabi Isa menurut Islam di dalam ruang komen dalam YouTube. Dalam masa beberapa hari komen beliau dibalas oleh seorang Kristian. Maka dari situ bermulalah sesi dialog antara agama yang sekarang menarik minat pengunjung-pengunju ng yang lain. Ini merupakan salah satu cara bagaimana untuk menarik minat manusia terhadap Islam:
http://www.youtube. com/watch? v=6vxnApK4O48
http://www.youtube. com/watch? v=9uF4hoU9HRs
http://www.youtube. com/watch# !v=n9MBJQF23p4&feature=related
Maka kita harus fikirkan cara-cara yang kreatif, dinamik dan proaktif untuk mengembangkan sayap da’wah di zaman yang serba mencabar ini. Bagaimana kita nak buatkan manusia untuk mengenal Islam? Dengan cara bagaimana kita boleh manfaatkan alat-alat yang canggih disekeliling kita untuk membawa mesej Islam kepada persada dunia? Fikir-fikirkan. Mintalah kepada Allah s.w.t untuk diberikan ilham, ketabahan, ilmu & hikmah untuk menghadapi segala macam ranjau dalam perjalanan menegakkan agama-Nya yang syumul.
Semoga kita semua diberi hidayah dan peluang yang luas untuk memasuki pintu-pintu Jannah. Ameen.
No comments:
Post a Comment