Kisah perjuangan seorang sahabat yang kian dilupakan.....

Suhaib Ar-rumi.............

Suhaib adalah seorang pedagang yang pintar dan cerdas, beliau menjual dengan harta dan jiwanya guna mendapatkan redha Allah SWT, maka diapun mendapatkannya dan berhak mendapatkan penghargaan orang Romawi yang mendapatkan kemenangan dalam Islam, dan berhak seperti yang diriwayatkan dari Rasulullah saw :”Suhaib penakluk negeri Romawi”. (HR. Ibnu Sa’ad).

Kursus Sukarelawan 'Hospital Visit' 2010 (Sabtu 19 Jun 2010 @ KLCC)



1.0 PENGENALAN
Islam amat menitikberatkan hubungan silaturrahim dikalangan setiap anggota masyarakat. Oleh itu, Islam amat menggalakkan umatnya menziarahi orang yang sedang sakit sama ada terlantar di hospital ataupun di rumah. Menziarahi pesakit merupakan satu amalan yang sangat mulia dan sangat dituntut dalam ajaran Islam. Ini bagi memastikan hubungan silaturrahim terus terjalin dengan lebih erat. Sehubungan itu, pihak Islamic Outreach ABIM telah memperkenal dan menjalankan Program Ziarah Pesakit Di Hospital mulai bulan September 1990. Program ini merupakan program menziarahi pesakit yang terlantar dan dirawat di hospital. Selain itu, pihak sukarelawan Ziarah Pesakit juga memberikan sokongan moral, sumbangan bulan Ramadan, tabung bantuan pesakit kronik dan lain-lain lagi dalam melahirkan masyarakat yang penyayang serta saling bantu membantu diantara satu sama lain. Program Ziarah Pesakit Di Hospital merupakan tanggungjawab sosial pihak Islamic Outreach ABIM dalam membantu masyarakat yang kurang bernasib baik dan memerlukan bantuan.

“Dan tolong-menolonglah kamu dalam mengerjakan kebaikan dan takwa dan janganlah kamu tolong-menolong dalam berbuat dosa dan kemungkaran.” (Surah Al-Maidah, ayat ke 2).

Selain itu, menziarahi orang orang sakit mempunyai banyak kelebihan dan akan mendapatkan ganjaran yang berlipatkali ganda. Ini berdasarkan Ali Bin Abi Talib melaporkan, “Saya mendengar Rasulullah S.A.W bersabda,

“Jika ada seorang Muslim yang menziarahi seorang Muslim lain pada waktu pagi, pasti ada tujuh puluh ribu malaikat yang mendoakannya semasa itu sehingga waktu petang. Jika beliau menziarahi pada waktu petang, pasti ada tujuh puluh ribu malaikat yang mendoakannya sehingga pagi esok. Orang yang menziarahi itu juga mendapat buah-buahan dalam syurga.” (Hadith Hasan direkodkan oleh Imam Tirmizi).


2.0 OBJEKTIF PROGRAM

1. Memperkukuhkan dan meningkatkan kualiti sukarelawan serta menjadikan setiap sukarelawan sebagai aset utama dalam menjalankan aktiviti sukarelawan serta menjadi sukarelawan yang berilmu, berkemahiran dan juga mempunyai nilai-nilai kesukarelawan yang tinggi.

2. Membantu dan memberi sokongan untuk memenuhi keperluan sosial, kebajikan, sokongan emosi dan kerohanian kepada pesakit.


3. Mengadakan kerjasama yang lebih erat antara sukarelawan dengan pihak Jabatan Kerja Sosial disetiap hospital yang dilawati.

4. Memupuk semangat kerjasama berpasukan dikalangan sukarelawan Program Ziarah Pesakit Di Hospital.


5. Menarik lebih ramai belia lepasan sekolah, pelajar IPTA, IPTS dan masyarakat umumnya untuk menjadi sukarelawan Program Ziarah Pesakit Di Hospital.

6. Untuk mewujudkan kerjasama dengan agensi kerajaan, Badan Bukan Kerajaan dan Badan-Badan Amal dalam membantu masyarakat seperti pesakit di Hospital.



3.0 MAKLUMAT PROGRAM

Tarikh 19 Jun 2010
Hari Sabtu
Masa 8.00 Pagi hingga 5.00 Petang.
Tempat Dewan Masjid As-Syakirin, KLCC, Kuala Lumpur.
Peserta 100 orang.
Bayaran RM15.00

4.0 TENTATIF PROGRAM

8.00 pagi Pendaftaran Peserta & Sarapan Pagi

9.00 pagi Bacaan Doa oleh Imam Besar Masjid As-Syakirin KLCC.

9.10 pagi Ucapan Alu-Aluan

Pengerusi Islamic Outreach ABIM,

Haji Azril Bin Mohd Amin

9.20 pagi Slot 1 : “Menziarahi Pesakit Sebagai Aktiviti Sukarelawan”

Oleh : Dato’ Dr. Abdul Razak Bin Kechik

10.15 pagi Sesi Soal Jawab

10.30 pagi Rehat

10.45 pagi Slot 2 : “Aktiviti Sukarelawan Ziarah Pesakit di Hospital : Etika, Cabaran dan Harapan”

Oleh : Encik Mohiadin Bin Bahado

(Jabatan Kerja Sosial Perubatan Hospital Ampang)

11.45 pagi Sesi Soal Jawab

12.30 T/hari Makan Tengahari & Solat Zohor

2.00 petang Slot 3 : “Ziarah Pesakit Hospital : Tanggungjawab Masyarakat Kepada Pesakit.

Oleh : Puan Normah Binti Sani.

(Jabatan Kerja Sosial Hospital Kuala Lumpur)

2.45 petang Sesi Soal Jawab

3.00 petang Slot 4 : Aktiviti Ziarah Pesakit Di Hospital Daripada Perspektif Islam.

Oleh : Ustaz Amir Muktaqim

3.45 petang Sesi Soal Jawab

4.00 petang Sesi Rumusan Dan Penutup Kursus

Oleh : Dr. Mohamad Razak Bin Idris

(Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia)

4.20 petang Sesi Penyampaian Cenderamata Kepada Penceramah.

4.30 petang Minum Petang / Solat Asar

5.00 Petang Bersurai

Pertanyaan/ Pendaftaran: 03-425609822

1 comment:

Anonymous said...

bagus join program mcm ni...

Post a Comment