Kisah perjuangan seorang sahabat yang kian dilupakan.....

Suhaib Ar-rumi.............

Suhaib adalah seorang pedagang yang pintar dan cerdas, beliau menjual dengan harta dan jiwanya guna mendapatkan redha Allah SWT, maka diapun mendapatkannya dan berhak mendapatkan penghargaan orang Romawi yang mendapatkan kemenangan dalam Islam, dan berhak seperti yang diriwayatkan dari Rasulullah saw :”Suhaib penakluk negeri Romawi”. (HR. Ibnu Sa’ad).






KERTAS  KAJIAN TINDAKAN

PENAMBAHBAIKAN PENGAJARAN TAJUK FASA-FASA BULAN MENGGUNAKAN “SMART MOON PHASE LEARNING KIT” BAGI MENINGKATKAN PRESTASI SAINS
MURID TAHUN 5 PINTAR







OLEH:

AZLAN SYAZANI BIN ADANAN
BAHAGIAN BUKU TEKS
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PARCEL E, BLOK E15
62604, PUTRAJAYA
MALAYSIA
019-3757612


ABSTRAK

Kajian yang dilaksanakan ini merupakan suatu kajian tindakan yang dilaksanakan bagi membantu murid-murid Tahun 5 dalam memahami fasa-fasa bulan dalam tema Menyiasat Bumi dan Alam Semesta. Tujuan kajian ini dilaksanakan adalah untuk meningkatkan kefahaman dan daya mengingat murid-murid dalam tajuk fasa bulan supaya pemahaman dan kemahiran dalam menjawab soalan yang berkaitan dengan tajuk ini menjadi lebih mantap. Objektif kajian ini dilaksanakan adalah untuk membantu murid-murid tahun 5 mengingat kedudukan dan nama-nama bagi fasa bulan yang terkandung di dalam subjek sains Tahun 5. Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah seperti pemerhatian, Ujian Pra dan Ujian Pasca. Instrumen kajian ini digunakan adalah untuk mengesan peningkatan yang berlaku terhadap keupayaan murid-murid dalam memahami, mengingat dan menjawab soalan-soalan berkiatan dengan tajuk ini. Seramai 25 orang muird Tahun 5 telah dipilih sebagai responden dalam kajian ini. Setiap data yang diperolehi dianalisis secara deskriptif (kekerapan, peratusan dan petikan perbualan). Berdasarkan kepada hasil refleksi yang dijalankan menunjukkan bahawa kegagalan murid memahami dan menjawab soalan berkaitan tajuk ini berlaku sebenarnya disebabkan oleh kekeliruan terhadap konsep yang diajar. Ekoran daripada perkara tersebut, murid-murid ini sering melakukan kesalahan dalam jawapan yang diberikan setiap kali guru memberikan lembaran kerja untuk dilaksanakan. Smart Moon Phase Learning Kit dicipta dan digunakan bagi membantu murid-murid memahami dan mengingat fasa-fasa bulan dengan lebih baik. Implikasinya, murid-murid dapat memahami konsep tentang fasa bulan dengan lebih baik dan akhirnya dapat membantu mereka dalam menjawab soalan-soalan lembaran kerja yang diberikan dengan lebih baik.

Kata kunci: Keberkesanan,Kaedah, Kit, Meningkatkan, Prestasi



1.0         PENDAHULUAN
Salah atau kesukaran yang dihadapi oleh murid-murid sekolah rendah adalah dalam memahami dan mengingati teori-teori yang dibincangkan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran sains adalah dalam tajuk Fasa-fasa Bulan. Hal ini berlaku lantaran teori yang terkandung di dalam tajuk tersebut merupakan teori yang agak sukar difahami oleh murid-murid lantaran situasi kejadian alam tersebut tidak dilihat secara jelas oleh mereka. Murid-murid hanya dapat melihat kejadian fasa-fasa bulan dan dapat merasai kejadian siang dan malam tanpa menyedari keadaan sebenar dan apakah yang menyebabkan berlakunya kejadian tersebut. Semasa sesi soal jawab dan kuiz ringkas dilaksanakan di dalam kelas rata-rata dalam kalangan murid tidak dapat menjawab soalan yang diberikan dengan betul. Setelah diselidiki, hal tersebut adalah disebabkan oleh murid-murid tidak memahami dan tidak dapat mengingat teori yang diajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan di dalam kelas.
Oleh yang demikian, satu inovasi perlu dilakukan demi menarik minat serta merangsang minda murid untuk mendekati serta mencintai mata murid-muridan Sains. Guru yang bijak akan mengambil peluang dengan memancing murid untuk mencintai mata murid-muridan yang diajar dengancara memahami minat serta kecenderungan murid-muridnya. Selain itu, guru juga harus kreatif dalam memilih kaedah pengajaran yang boleh menarik minat murid dan seterusnya dapat memotivasikan mereka untuk mendalami sesuatu mata murid-muridan tersebut. Justeru itu, pengkaji ingin menggunakan kaedah nyanyian untuk membantu murid menghafal fakta-fakta Sains.
Pengkaji akan menggunakan sebuah kit pembelajaran yang boleh membantu murid mengingati fakta bagi sesuatu tajuk dalam mata murid-muridan Sains. Rasionalnya adalah untuk membantu murid-murid yang lemah ini untuk menguasai keseluruhan tajuk tersebut dengan menggunakan bahan-bahan bantu mengajar yang disediakan di dalam kit pembelajaran tersebut. Pengkaji membuat keputusan untuk mengaplikasikan penggunaan kit pembelajaran ini bagi tema pembelajaran ” Menyiasat Bumi dan Alam Semesta” dan berfokus pada tajuk Fasa-fasa Bulan. Kanak-kanak, malah sehingga ke peringkat usia remaja merupakan golongan yang akan lebih mudah memahami isi murid-muridan sekiranya proses pembelajaran yang dilaksanakan melibatkan kepada penggunaan bahan-bahan maujud. Oleh itu, peluang harus diambil oleh para guru untuk menyelitkan elemen seni dan lagu di dalam proses P&P di dalam bilik darjah. Cara sebegini bukan sahaja dapat membantu murid mengenali dan menghafal fakta Sains dengan mudah, malah boleh meransang suasana P&P yang menyeronokkan serta menghiburkan.
Kajian ini dilaksanakan melibatkan beberapa fasa. Fasa yang dimaksudkan adalah fasa sebelum guru menggunakan kit pembelajaran dan fasa selepas guru menggunakan kit pembelajaran. Sebuah rancangan pengajaran harian telah disediakan tanpa memuatkan penggunaan kit pemebalajaran dan dilaksanakan di dalam sesi pembelajaran. Sebuah rancangan pengajaran lagi turut disediakan dengan memuatkan penggunaan kit pembelajaran di dalam pengajaran bagi melihat kesan keberkesanan penggunaan kit pembelajaran dalam sesi pengajaran yang dilaksanakan. Kaedah yang digunakan untuk membuat kutipan data adalah dengan menggunakan ujian pra dan ujian pos bagi melihat keberkesanan penggunaan kit pembelajaran yang dicipta bagi memberi kefahaman kepada murid-murid terhadap isi murid-muridan yang disampaikan.

PERNYATAAAN MASALAH

Zaman sains dan teknologi pada masa sekarang, terdapat banyak sumber yang mampu dan mudah diperolehi oleh golongan guru atau pendidik untuk meningkatkan mutu dan kaedah pengajarannya. Ini adalah bertujuan agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat menarik minat murid-murid terhadap matamurid-muridan sains dan Sains yang selama ini dianggap sukar. Menurut Musa Mohamad (Utusan Malaysia, 2000), “Penggunaan perkakas dan peralatan juga sebenarnya boleh menarik minat para murid-murid mengikuti mata murid-muridan”. Perkembangan tersebut menunjukkan beberapa alternatif serta pendekatan baru perlu dilakukan bagi meningkatkan peratusan murid-murid di dalam bidang sains dan teknologi. Oleh yang demikan pengkaji ingin mengkaji keberkesanan penggunaan Kit Pembelajaran (Smart Moon Phase Learning Kit) dari aspek pencapaian dan peranan Kit Pembelajaran dalam membantu guru dalam proses pembelajaran dan pengajaran dalam matamurid-muridan Sains Tahun 5.


OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dijalankan bertujuan melihat penggunaan bahan bantuan pengajaran Kit Pembelajaran (Smart Moon Phase Learning Kit) dalam kalangan guru-guru dan murid-muridmurid-murid di Sekolah Kebangsaan Taman Suria, Johor. Antara objektif kajian ini ialah :-

1.    Meningkatkan kefahaman murid-murid dalam proses pembelajaran Sains dalam tajuk Fasa-fasa Bulan bagi matamurid-muridan Sains Tahun 5 dengan menggunakan Kit Pembelajaran (Smart Moon Phase Learning Kit).
2.    Meningkatkan prestasi murid-murid dalam proses pembelajaran Sains dalam tajuk Fasa-fasa Bulan bagi matamurid-muridan Sains Tahun 5 dengan menggunakan Kit Pembelajaran (Smart Moon Phase Learning Kit).
3.    Membantu guru-guru Sains menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih mudah dan berkesan semasa di dalam kelas.
                                                                                                    





KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan murid-murid Tahun 5 SK Taman Suria Johor Bahru. Bilangan murid yang terlibat adalah sebanyak 25 orang murid. Bilangan lelaki dan perempuan adalah sebagaimana yang  berikut:
Lelaki
Perempuan
11
14


KEPENTINGAN KAJIAN

Kefahaman terhadap pembelajaran Sains semakin penting bagi negara Malaysia untuk menuju kepada sebuah Negara berteknologi dan berkemahiran dalam bidang sains dan teknologi. Bagi memenuhi keperluan untuk melahirkan generasi sedemikian, Institusi Pendidikan memainkan peranan utama untuk menyahut cabaran tersebut.


KEPENTINGAN KEPADA MURID-MURID

Kit Pembelajaran (Smart Moon Phase Learning Kit).ini dapat meningkatkan kefahaman murid-murid dalam mendalami matamurid-muridan Sains (Tajuk Fasa-fasa Bulan). Pengajaran ini juga diharapkan dapat membantu murid-murid memberikan kerjasama di dalam kumpulan dalam memberikan idea-idea serta sumbangan lain yang dapat membantu melancarkan proses pembelajaran di dalam kelas.




KEPENTINGAN KEPADA GURU

Kajian ini juga dapat memberi maklumat kepada guru-guru Sains untuk memperbanyakkan bahan bantuan mengajar. Kewujudan Kit Pembelajaran (Smart Moon Phase Learning Kit) ini juga mampu memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Kit ini juga dapat membantu murid-murid menjalankan proses pembelajaran walaupun guru tidak dapat hadir ke sekolah kerana arahan dan bahan-bahan yang disediakan di dalam kit ini memudahkan guru lain yang menggantikan guru yang tidak hadir.


KEPENTINGAN KEPADA SEKOLAH
Dengan adanya kajian ini diharapkan dapat membantu pihak sekolah meningkatkan prestasi murid-murid di dalam setiap penilaian ataupun peperiksaan yang dijalankan di sekolah dan memberi kefahaman kepada murid-murid terhadap topik yang diajar.


REKABENTUK KAJIAN

Kajian yang dijalankan adalah satu kajian kes yang berbentuk Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) iaitu kajian ke atas produk baru yang telah dihasilkan. Kajian dilaksanakan bertujuan melihat keberkesanan ke atas produk tersebut. Penyelidik menumpukan kepada keberkesanan Kit Pembelajaran (Smart Moon Phase Learning Kit) dan juga perubahan-perubahan tingkah laku yang akan berlaku ketika murid-murid menggunakan Kit Pembelajaran (Smart Moon Phase Learning Kit) dalam menjalankan aktiviti-aktiviti Sains Tahun 5 dalam topik Fasa-fasa Bulan.



REKABENTUK PEMBELAJARAN BERMODUL

Konsep rekabentuk ini adalah berdasarkan kepada Huraian Sukatan Pelajaran Sains Tahun 5 Sekolah Rendah dalam Topik yang dipilih iaitu Fasa-fasa Bulan. Kit Pembelajaran (Smart Moon Phase Learning Kit) ini merupakan set yang direka bagi memudahkan pembelajaran murid-murid semasa mereka mempelajari topik ini.


REKABENTUK KIT

Rekabentuk kit ini adalah berdasarkan kepada Huraian Sukatan Pelajaran Sains Tahun 5 Sekolah Rendah. Kit yang dibina mengandungi peralatan yang sesuai dengan topik Fasa-fasa Bulan. Kit ini direka daripada polisterin, gam/pelekat, kertas, bola ping-pong dan lain-lain bahan yang boleh diperolehi dengan harga yang murah. Polisterin dipotong membentuk langit dan bola-bola ping-pong yang disusun dijadikan sebagai model bulan. Penggunaan biskut Oreo juga diterapkan di dalam kit ini dengan tujuan member kefahaman yang lebih jelas kepada murid-murid terhadap tajuk yang diajar. Dari segi keselamatan, Kit Pembelajaran (Smart Moon Phase Learning Kit) ini selamat digunakan kerana ianya tiada menggunakan peralatan yang tajam dan berbahaya, ringgan, murah dan selamat serta mudah direka.

Aspek penjimatan dalam Kit Pembelajaran (Smart Moon Phase Learning Kit) ini terbahagi kepada dua iaitu menjimatkan masa guru dan murid-murid dalam proses P & P dan kosnya jimat. Ini adalah kerana guru boleh menyampaikan maklumat dengan mudah. Dari segi kos Kit Pembelajaran (Smart Moon Phase Learning Kit) pula, kebanyakan bahan yang digunakan boleh diperoleh daripada bahan terbuang seeperti benang, polisterin dan kertas yang mungkin boleh digunakan daripada permainan murid-murid atau kanak-kanak. Kit Pembelajaran (Smart Moon Phase Learning Kit) ini boleh digunakan dalam jangka hayat yang agak lama. Sekiranya berlaku kerosakan, Kit Pembelajaran (Smart Moon Phase Learning Kit) dapat diselenggara dengan mudah dan cepat. Kit ini sesuai dengan sukatan murid-muridan kerana ia tahan lasak dan mudah digunakan oleh guru mahupun murid-murid. Kit ini bukan sahaja sesuai dengan sukatan pelajaran tetapi juga meningkatkan kefahaman murid-murid untuk topik Sudut Dongak dan Fasa-fasa Bulan. Oleh itu Kit Pembelajaran (Smart Moon Phase Learning Kit) ini dibina dengan ciri-ciri tersebut supaya mudah digunakan oleh murid-murid Tahun 5 dalam kumpulan kecil.

INSTRUMEN KAJIAN

Dalam kajian ini penyelidik menggunakan Ujian Pra dan Pos serta soal selidik untuk mendapatkan hasil dapatan kajian. Penggunaan soal selidik membolehkan penyelidik memperolehi maklumat yang banyak dengan perbelanjaan yang sedikit (Abd. Majid, 2000). Di samping itu, ia merupakan kaedah soal selidik yang ringkas dan mudah ditadbir. Cadangan jawapan yang dikemukakan akan memudahkan responden menjawab soalan dengan cepat (Mohd Najib, 1999). Dalam kaedah soal selidik ini, guru yang mengajar matapelajaran Sains akan menilai dari sudut kerjasama pelajar dalam kumpulan dan kesesuaian penggunaan Kit Pembelajaran (Smart Moon Phase Learning Kit) yang direkabentuk. Pelajar pula berpeluang menilai minat mereka setelah menggunakan Kit Pembelajaran (Smart Moon Phase Learning Kit). 

Soal selidik dalam kajian ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian A dan bahagian B. item-item bagi setiap bahagian seperti dalam jadual 2 dibawah.

Bahagian A - Mengandungi soalan yang berkaitan dengan latar belakang responden latar belakang responden.

Bahagian B - Mengandungi item yang terbahagi kepada 3 kategori iaitu aspek minat pelajar terhadap KPB hanya melibatkan pelajar, aspek kerjasama terhadap Kit Pembelajaran (Smart Moon Phase Learning Kit)  yang melibatkan pelajar dan guru dan penilain guru terhadap Kit Pembelajaran (Smart Moon Phase Learning Kit) dari Peranan Kit Pembelajaran (Smart Moon Phase Learning Kit)  dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran.


2.0         PERBINCANGAN
Dapatan kajian secara keseluruhannya menunjukkan bahawa penggunaan kit pembelajaran amat penting bagi meningkatkan prestasi dan kefahaman murid tahun 5 dalam tajuk Fasa-fasa Bulan. Secara umumnya kajian mendapati bahawa penggunaan kit dalam pengajaran bagi tajuk yang dipilih amat berguna dalam meningkatkan prestasi murid-murid. Aspek kajian ini adalah bertujuan untuk meningkatkan prestasi dan kefahaman murid tahun 5 dalam tajuk Fasa-fasa Bulan menggunakan Kit Pembelajaran Smart Moon Learning Kit.

Dapatan kajian menunjukkan bahawa aspek minat murid-murid terhadap tajuk Fasa-fasa Bulan adalah di tahap yang rendah iaitu mencatat 10%. Hampir keseluruhan murid-murid menganggap bahawa mereka tidak berminat terhadap tajuk Fasa-fasa Bulan yang diajar tanpa sebelum menggunakan kit pembelajaran. Rata-rata murid yang mengikuti sesi pembelajaran menyatakan bahawa pengajaran yang dilaksanakan oleh guru tidak menarik dan amat membosankan. Hasil dapatan juga mendapati bahawa rata-rata dalam kalangan murid tidak dapat memberikan respons dengan baik semasa proses pembelajaran dilaksanakan di dalam kelas.


Dapatan kajian menunjukkan bahawa aspek minat murid-murid terhadap tajuk Fasa-fasa Bulan adalah di tahap yang tinggi iaitu mencatat 85 %. Hampir keseluruhan murid-murid menganggap bahawa dengan menggunakan Kit Pembelajaran Smart Moon Learning Kit rasa minat mereka terhadap Sains iaitu di dalam tajuk Fasa-fasa Bulan kian bertambah. Secara umumnya, galakan, perangsang dan suntikan semangat dari guru merupakan faktor yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi memupuk minat dan daya maju murid-murid. Hasil dapatan persoalan kajian yang pertama ini juga di sokong oleh pengkaji-pengkaji yang lepas. Hasil kajian yang dijalankan oleh Jainon (1990), didapati bahawa pengajaran menjadi lebih menarik dan berkesan sekiranya alat bantu mengajar digunakan.

Kemahiran guru mengajar bukan sahaja terletak kepada kepetahan guru menyampaikan murid-muridan, tetapi juga dari segi kebolehan guru menggunakan berbagai jenis alat bantu mengajar yang menarik dan berkesan. Dapatan kajian menunjukkan majoriti responden amat seronok dan dengan menggunakan Kit Pembelajaran (Smart Moon Phase Learning Kit). Ini adalah kerana ianya dapat memberi rangsangan dan menambah keinginan untuk melakukan aktiviti Kit Pembelajaran (Smart Moon Phase Learning Kit). Selaian dari rupa bentuk Kit Pembelajaran (Smart Moon Phase Learning Kit) yang menarik, setiap murid-murid dapat melakukan aktiviti Kit Pembelajaran (Smart Moon Phase Learning Kit) secara bergilir-gilir dan aspek yang paling penting tentang penggunaan Kit Pembelajaran (ini adalah ia dapat meningkatkan minat serta kefahaman mereka terhadap  tajuk Fasa-fasa Bulan.

Konsep pengajaran dan pembelajaran dibentuk berasaskan kepada perubahan strategi yang berpusatkan murid dan ini membolehkan murid menjalankan aktiviti pembelajaran secara kumpulan. Menurut kajian mengenai pembelajaran koperatif menunjukan bahawa proses pembelajaran tersebut boleh membina proses perbincangan di kalangan murid. Dapatan menyatakan bahawa aspek kerjasama semasa melakukan aktiviti Kit Pembelajaran (Smart Moon Phase Learning Kit) berada pada tahap tinggi. Berdasarkan kenyataan hasil daripada kajian yang lepas, tidak dapat dinafikan lagi keberkesanan yang boleh dibawa oleh alat bantu mengajar dalam proses pengajaran pembelajaran. Ini bersesuaian dengan kenyataan Slavin (1990), pengajaran kooperatif merupakan satu kaedah pengajaran yang menggalakkan murid-murid dalam kumpulan kecil untuk bekerjasama dan tolong menolong antara satu sama lain dalam proses pembelajaran.


Dapatan kajian menunjukkan bahawa pencapaian murid-murid sebelum penggunaan kit pembelajaran yang dibina rata-rata murid iaitu sebanyak 60% mendapat markah D. Manakala murid-murid lain sebanyak 5% mendapat gred E, 10% mendapat gred C, dan hanya 3% sahaja murid mendapat gred B. Hasil kajian yang dijalankan oleh Ismail Mohd Ali (1997), didapati bahawa pencapaian murid-murid terhadap pengajaran berada pada tahap yang rendah lantaran ketiadaan penggunaan bahan bantu mengajar yang mampu meningkatkan kefahaman merekaterhadap tajuk pembelajaran yang diajar.


Dapatan kajian menunjukkan bahawa pencapaian rata-rata murid-murid selepas penggunaan kit pembelajaran yang dibina iaitu sebanyak 45% mendapat markah B. Manakala murid-murid lain sebanyak 50% mendapat gred A dan hanya 5% mendapat gred C. Pencapaian yang berbeza dilihat amat ketara berbanding dengan keputusan yang diperolehi oleh murid-murid sebelum penggunaan kit dilaksanakan dalam pengajaran tajuk Fasa-fasa Bulan. Peningkatan keputusan yang amat ketara ini adalah suatu pencapaian postitif yang dilihat menunjukkan perkara yang positif terhadap penggunaan kit pembalaran dalam tajuk Fasa-fasa Bulan. Dapatan kajian ini disokong oleh hasil kajian yang dijalankan oleh Koay, Chung Chuan (1995), yang mendapati  bahawa pencapaian murid akan bertambah selaras dengan keberkesanan penggunaan alat bantu mengajar yang digunakan dalam pengajaran di dalam kelas.

Beberapa kajian yang telah dijalankan terdahulu menunjukkan penggunaan modul sebagai alat bantu mengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran memberi kesan yang positif (Sharifah Alwiah, 1981, Klik, 1982). Para penyelidik berpendapat bahawa pembelajaran bermodul telah memberi peluang kepada murid merancang dan berkembang dalam aspek kognitif serta menyebabkan pembelajaran murid-murid dengan lebih berkesan kerana ianya mewujudkan sikap kerjasama, berbagai idea antara ahli di dalam kumpulan dapat disumbangkan. Menurut pendapat Ornestin (1959) pula, kerjasama ahli-ahli dalam kumpulan dapat membentuk fikiran yang sihat dan menyemaikan nilai-nilai positif serta keyakinan diri, fikiran positif serta percaya mempercayai, perhubungan yang baik, bantu membantu dan mengurangkan konflik
hubungan antara satu sama lain.Oleh itu hasil daripada dapatan kajian, Kit Pembelajaran (Smart Moon Phase Learning Kit) ini sesuai digunakan di dalam mata pelajaran Sains di dalam tajuk sudut dongak dan sudut tunduk kerana ianya dapat memupuk nilai-nilai murni dan selain itu penggunaan ini dapat member keyakinan, menimbulkan minat, memudahkan pemahaman dan berbagai lagi.

Merujuk kepada dapatan kajian, secara keseluruhan Kit Pembelajaran (Smart Moon Phase Learning Kit) yang dibina amat bersesuaian dan bertepatan dalam matapelajaran yang diajar. Dalam mengenalpasti kesesuaian ini, penilaian diukur dari kesesuaian Kit Pembelajaran (Smart Moon Phase Learning Kit), alat dan komponen mengikut garis panduan dalam tajuk ini. langkah kerja dan isi pelajarannya mengikut sukatan dalam pelajaran sudut dongak dan sudut tunduk dan yang pentingnya penggunaan Kit Pembelajaran (Smart Moon Phase Learning Kit)  dapat membantu di dalam proses pembelajaran dan pengajaran guru. Menurut Rizan Ba dalam Pentas Dunia yang bertajuk “Pengajaran Guru Harus Kreatif, 1994 catatan K.J Yeo (1996), menyatakan bahawa penggunaan alat bantu mengajar bukan sahaja boleh merangsang minda pelajar untuk mengetahui secara mendalam tentang sesuatu isi pelajaran, tetapi juga memberikan peluang untuk murid mencuba menggunakan alat-alat itu sendiri sebagai salah satu kemahiran dan pengalaman baru dalam hidup mereka. Selain daripada itu, guru yang hanya menggunakan penyampaian secara lisan selalu mendapati murid-muridnya tidak dapat mengaitkannya dengan pembelajaran baru dengan pembelajaran sedia ada.
Hasil daripada dapatan juga didapati Kit Pembelajaran (Smart Moon Phase Learning Kit) yang dibina mengikut garis panduan di dalam sukatan pelajaran. Hasilnya semua mereka sependapat bahawa kit yang dibina sesuai dan memenuhi keperluan Sukatan Pelajaran Sains Tingkatan 4 yang dikeluarkan oleh Pusat Perkembangan Korikulum dan Kementerian Pendidikan Malaysia serta ia mencatat peratusan yang tinggi. Daripada kajian yang lepas, Kamalularifin (1998) telah menghasilkan Kit Pengajaran Bermodul di dalam mata pelajaran Sains Alam dan Fizikal dimana dalam kajian beliau guru bersetuju bahawa kit yang dibina mempunyai objektif pembelajaran dapat dicapai diakhir penggunaannya. Begitu juga aktiviti yang terdapat di dalam kit tersebut yang mana guru bersetuju bahawa kit dapat meningkatkan prestasi pelajaran disamping dapat membantuguru mengatur pengajarannya dengan cara mempelbagaikan kegiatan untuk murid-muridnya.


Hasil daripada dapatan juga mendapati bahawa melalui penggunaan Kit Pembelajaran (Smart Moon Phase Learning Kit) sebelum pembelajaran menunjukkan bahawa berlaku rata-rata murid iaitu seramai 6 orang murid perempuan mendapat keputusan D manakala murid lelaki pula seramai 11 orang mendapat keputusan A. Seramai 2 orang murid perempuan mendapat B manakala murid lelaki seramai 4 orang. Seramai 2 orang murid lelaki mendapat keputusan B.


Hasil daripada dapatan juga mendapati bahawa melalui penggunaan Kit Pembelajaran (Smart Moon Phase Learning Kit) selepas pembelajaran berlaku suatu peningkatan yang amat drastik bagi pencapaian murid-murid khususnya iaitu seramai 6 orang murid perempuan berjaya mendapat A manakala murid lelaki pula seramai 4 orang mendapat A. Seramai 6 orang murid perempuan mendapat B manakala murid lelaki seramai 4 orang. Seramai 2 orang murid mendapat C manakala murid perempuan adalah seramai 3 orang.

Hasil daripada dapatan kajian juga mendapati bahawa rata-rata dalam kalangan murid menyatakan bahawa mereka gembira dan memahami isi kandungan pelajaran yang diajar oleh guru apabila menggunakan kit pembelajaran yang disediakan. Respon murid-murid yang menyatakan demikian adalah sebagaimana berikut;

“ Saya rasa sungguh seronok bila belajar kali ni cikgu!, senang nak faham
(P1B2L3)
“Senang nak ingat fasa-fasa bulan ni kalau guna permainan oreo ni”
(P5B7L3)
“Cikgu, seronokla guna alat ni untuk belajar tajuk ni, saya seronok”
(P9B7L8)
Hasil daripada dapatan kajian secara secara keseluruhannya mendapati bahawa rata-rata dalam kalangan murid-murid berasa berpuas hati dengan penggunaan Smart Moon Phase Learning Kit lantaran mereka diberi peluang untuk menerokai sendiri elemen-elemen yang terkandung di dalam sesi pembelajaran yang diajar oleh guru mereka.




GAMBAR PELAKSANAAN PENGGUNAAN KIT “SMART MOON PHASE LEARNING KIT” SEMASA SESI P&P DILAKSANAKAN DI DALAM KELAS
 









Murid-murid sedang menjalankan aktiviti permainan “Oreo Moon”
Murid-murid sedang menjalankan aktiviti permainan “Oreo Moon”
GAMBAR PELAKSANAAN PENGGUNAAN KIT “SMART MOON PHASE LEARNING KIT” SEMASA SESI P&P DILAKSANAKAN DI DALAM KELAS
 






























3.0         CADANGAN LANJUTAN
Berdasarkan kajian yang dilaksanakan, didapati bahawa sesetengah murid memerlukan pendekatan yang berbeza dalam memahami tajuk Fasa-fasa bulan. Oleh yang demikian, suatu kajian yang menggunakan pendekatan yang berbeza perlu dilakukan bagi mengenalpasti kaedah yang sebenar untuk mereka memahami fasa-fasa bulan dengan lebih baik. Kaedah pengajaran yang menggunakan bahan bantu belajar yang lebih interaktif  (digital) atau penggunaan bahan-bahan media seperti lagu atau akronim dilihat mampu meningkatkan keupayaan murid-murid dalam memahami dan mengingati fakta-fakta yang terkandung di dalam tajuk Fasa-fasa Bulan. Kajian seterusnya perlu dilaksanakan menggunakan kaedah kutipan data yang berbeza bagi mendapatkan data yang lebih tepat dan jitu.



4.0         KESIMPULAN
Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan prestasi murid-murid Tahun 5 dalam tajuk Fasa-fasa Bulan. Melalui kajian ini pengkaji telah berjaya menambahbaik pengajaran sains menggunakan Kit Pembelajaran (Smart Moon Phase Learning Kit) untuk meningkatkan prestasi sains murid-murid Tahun 5 dalam tajuk Fasa-fasa Bulan bagi tema Menyiasat Bumi dan Alam Semesta. Penggunaan kit pembelajaran yang dicipta juga dapat memberikan keyakinan dan keseronokan menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran berbantukan kepada model fasa-fasa bulan dan aktiviti menggunakan biskut oreo. Selain itu juga kefahaman murid-murid dapat dipertingkatkan dengan wujudnya penggunaan carta yang dimuatkan bersama dengan kit pembelajaran yang dicipta. Kursus-kursus berkaitan multimedia juga perlu diperluaskan dari masa ke semasa. Sekiranya semua perkara ini dapat dilaksanakan, penyelidik yakin tahap pendidikan negara akan berkembang seiring dengan teknologi kini
5.0         LAMPIRAN

MODEL FASA BULAN


MODEL FASA BULAN
Model Fasa Bulan digunakan oleh murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan di dalam kelas.
Guru akan menggunakan kit ini semasa fasa “Eliciting of Ideas” atau penjaan idea.
Murid–murid dibenarkan untuk menggunakan model ini dengan pengawasan oleh guru bagi mempelajari tajuk  fasa bulan dengan lebih berkesan.
 



















PERMAINAN “OREO MOON”
Permainan ini menggunakan Biskut Oreo sebenar bagi menarik minat murid-murid dalam mempelajari tajuk fasa-fasa bulan. Semasa melaksanakan permainan ini  guru-guru akan menunjukkan cara-cara penggunaannya dan menjelaskan fenomena fasa-fasa bulan berdasarkan biskut-biskut oreo yang disusun oleh murid-murid di atas pinggan.
PERMAINAN “OREO MOON”






PERMAINAN “OREO MOON”
 













PETA MINDA FASA-FASA BULAN
***Gambar yang dilampirkan adalah antara sebahagian tayangan powerpoint yang disediakan di dalam slide powerpoint.
PENGGUNAAN CARTA
Carta digunakan oleh guru semasa fasa “Eliciting of Ideas” atau Penjanaan Idea bagi memudahkan proses memahami dan mengingat fakta yang terkandung dalam tajuk fasa bulan.
 



























PENGGUNAAN CARTA
Carta digunakan oleh guru semasa fasa “Eliciting of Ideas” atau Penjanaan Idea bagi memudahkan proses memahami dan mengingat fakta yang terkandung dalam tajuk fasa bulan.
 

















































PENGGUNAAN CARTA
Carta digunakan oleh guru semasa fasa “Eliciting of Ideas” atau Penjanaan Idea bagi memudahkan proses memahami dan mengingat fakta yang terkandung dalam tajuk fasa bulan.
 





KEPUTUSAN PELAJAR
LEMAH
PENGGUNAAN CARTA
Carta digunakan oleh guru semasa fasa “Eliciting of Ideas” atau Penjanaan Idea bagi memudahkan proses memahami dan mengingat fakta yang terkandung dalam tajuk fasa bulan .
 






































KEPUTUSAN PELAJAR
SEDERHANA
KEPUTUSAN PELAJAR
CEMERLANG
 







































RUJUKAN
Ainon dan Abdullah (1994). “Teknik Berfikir : Konsep dan Proses”. Edisi Pertama,
Kuala Lumpur. Utusan Publications & Distributiors Sdn. Bhd.

Atan long (1984). “Psikologi Pendidikan” Kuala Lumpur; Dewan Bahasa dan Pustaka.
Asiah Abu Samah (1990). “Ke Arah Pendidikan Bermutu Melalui Penerapan Teknologi

Atan Bin Long (1976). Psikologi Pendidikan. Penerbit Adabi Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.
Brown, T. (1987) Language Interaction Pattens in Lessons Featuring Mathematical
Investigations. PhD thesis, University of Southampton.

Bloom, B.S terjemahan oleh Abdullah Junus (1989). “Taksonomi Objektif Pendidikan  Kuala Lumpur Dewan Bahasa dan Pustaka.

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Murid-muri dan Malaysia. (2008). Buku Manual Kajian Tindakan Edisi Ketiga. Putrajaya:         Penerbit BPPDP, KPM.
Connel, W.F. (1981). “Asas Pendidikan”, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka
Educational For All. (1989). “Bulliten Of The UNESCO Principal Office For Asia    And The Pasific”.

Fatimah Ali (1980). “Media Mudah Untuk Pengajaran. Pemilihan dan Pengeluaran”.
Kertas.Kerja Konsep V, Persatuan suluh Budiman.

Ismail Mohd Ali (1997). “Satu Penilaian Kajian Kes : Kit Pengajaran & Pembelajaran
Mata Pelajaran Sains Sekolah Rendah (Teknologi Tahun 5)”. Tesis Sarjana Muda TeknologiSerta Pendidikan (Kejuruteraan Awam), Universiti Teknologi Malaysia.

Koay, Chung Chuan (1995). “Satu Tinjauan Pengalaman Menggunakan Alat Bantu
Mengajar(ABM) Di Kalangan Guru-Guru Ketukangan (Yang melanjutkan pengajian di UTM) semasa di Sek. Men. Vokasional”. Tesis Sarjana Muda Teknologi Pendidikan (Kejuruteraan Jentera) Universiti Teknologi Malaysia.

Mohd Majid Konting (1994). “Kaedah penyelidikan Pendidikan”. Kuala Lumpur
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Rizam, H.H (1994). “Pengajaran Guru Harus Kreatif”. Pentas Dunia.
Kuala Lumpur. 20 Nov 1994.

Yeo, K.J (1986). “Amalan Penggunaan Alat Bantu Mengajar Dalam Pengajaran
Dan Pembelajaran Di Kalangan Guru Sekolah Menengah”. Tesis S. Sains (Teknologi Pendidikan) Universiti Teknologi Malaysia.

1 comment:

Unknown said...

Assalamualaikum tuan...bagus kajian tindakan ini.
boleh saya lihat contoh soalan soal selidik yg dibuat

Post a Comment