Kisah perjuangan seorang sahabat yang kian dilupakan.....

Suhaib Ar-rumi.............

Suhaib adalah seorang pedagang yang pintar dan cerdas, beliau menjual dengan harta dan jiwanya guna mendapatkan redha Allah SWT, maka diapun mendapatkannya dan berhak mendapatkan penghargaan orang Romawi yang mendapatkan kemenangan dalam Islam, dan berhak seperti yang diriwayatkan dari Rasulullah saw :”Suhaib penakluk negeri Romawi”. (HR. Ibnu Sa’ad).



Pengalaman menghadiri Temuduga Bagi Urusan Pemangkuan Pegawai Cemerlang Gred DG44(KUP) Secara Khas Untuk Penyandang (KUP) di Kementerian Pendidikan Malaysia❤️. Tawaran ini dibuka kepada  pegawai yang melaksanakan bidang pengurusan di seluruh bahagian atau jabatan di  KPM seperti pegawai di Bahagian-bahagian KPM, JPN, PPD dan BTPN.

Alhamdulillah telah selesai dengan tenang๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜€๐Ÿ˜€. Risau juga kerana dah lama tidak ditemuduga lebih-lebih lagi oleh pengurusan tertinggi KPM. Temuduga terakhir adalah sebelum masuk ke Bahagian Buku Teks dan 2 lagi temuduga ditolak iaitu tawaran sebagai pengajar di Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK) di bawah seliaan Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH KPM) dan tawaran sebagai instruktor di Kolej Permata Pintar Negara.

Maha suci Allah yang telah memberikan ketenangan buat semua calon yang hadir. Ambil berkat tempat di Bahagian Pendidikan Islam KPM. Semalam baru saja dtg ke Cyberjaya bermesyuarat di Majlis Buku Kebangsan Malaysia (MBKM) iaitu di bangunan yang sama dengan BPI๐Ÿ˜€๐Ÿ˜€๐Ÿ˜€

Calon yg hadir terdiri daripada pelbagai bidang, latar belakang dan bahagian. Ada yang datang daripada Pulau Pinang dan Pahang meliputi pensyarah di IPG dan pegawai di Bahagian Genius. Ada juga calon daripada Lembaga Peperiksaan Jalan Duta, Bahagian Matrikulasi dan lain-lain jabatan di KPM.๐Ÿ˜€๐Ÿ˜€๐Ÿ˜€

Kaedah temu duga adalah secara berkumpulan (4 orang) dan setiap calon tidak dibenarkan untuk membawa sebarang dokumen sokongan semasa temuduga dilaksanakan.  Semua calon dinomborkan daripada 1 sehingga 4 dan duduk mengikut turutan yg diberikan. Saya merupakan calon keempat dan juga calon paling muda๐Ÿ˜น. Calon di dalam kumpulan saya berumur 55, 34, 32 dan 31. Jadi sy antara  calon paling junior di dalam perkhidmatan ๐Ÿ˜€

Terdapat 3 orang panel iaitu:
1. Pengerusi:YBrs. Dr. Ahmad Rafee bin Che Kassim, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Sektor Operasi Pendidikan).
2. Panel 1: YBhg. Datin Sri Hajah Nor Zamani binti Abdol Hamid, Pengarah Bahagian Pendidikan Swasta.
3. Panel 2: Pn Rohayati binti Abd Hamed,
Timbalan Pengarah, Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan.

Sesi pertama dimulakan dengan pengenalan diri masing-masing diikuti dengan siri soalan oleh 3 orang panel.

Soalan:
1. Terdapat banyak program yang telah dilaksanakan oleh KPM dan diantaranya adalah program DLP (Dual Language Program). Apakah pandangan anda terhadap program ini?
2. Sekiranya anda dianugerahkan dengan gelaran Pegawai Cemerlang DG44 KUP, apakah sumbangan terbesar yg akan anda berikan kepada KPM?
3. What is your opinion about IR4.0 (Industrial Revolution 4.0)(Jawapan-wajib in English๐Ÿค—)

*Semasa menjawab mana-mana calon boleh memulakan jawapan dan tidak mengikut turutan nombor. Siapa yang ada idea boleh terus menjawab ๐Ÿ˜€

Alhamdulillah segalanya telah berakhir. Suatu pengalaman yang amat bermakna dan segalanya adalah ketentuan Allah yang maha kuasa dan maha pemurah dalam memberikan rezeki kepada setiap hambanya. Semoga segala pengalaman yang telah diperolehi semuanya berada di KPM dapat menjadi tambah nilai kepada diri sendiri dan orang lain.

Kesimpulannya setiap calon harus mempersiapkan diri dengan pelbagai isu pendidikan dan satu soalan yang mmg dijangkakan adalah soalan kedua iaitu berkaitan apakah sumbangan sekiranya dikurniakan gred cemerlang ๐Ÿ˜€. Calon ramai yang terkejut dgn soalan ketiga tapi alhamdulillah boleh dijawab mengikut pengetahuan masing-masing. Yang penting boleh menjawab dalam Bahasa Inggeris๐Ÿ˜น

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk mereka yang akan menduduki temuduga sebegini pada masa akan datang ๐Ÿค—. Doakan kami berjaya. Amin๐Ÿค—


1 comment:

MOHD ZAHID said...

Assalamualaikum tn.saya Mohd Zahid.
Nk tnya tntg keputusan tuan dalam permhnn pegawai cemerlang.bagaimana ye?saya memerlukan tunjuk ajar dan bimbingan.tq

Post a Comment