Bagaimana menukar drpd F kepada C-Microlife IR1DB1 Ear Thermometer
Bagi yang mempunyai anak pasti antara salah satu alat yang wajib ada di rumah ialah termometer. Brand Microlife ni agak terkenal jugala dri Switzerland.
Alkisahnya termometer ni kami dah lama beli dan kebetulannya bbrpa bulan lpas kami buang kotak disebabkan berpindah rumah jadi malas nak simpan barang banyak sangat.
Tiba-tiba nak guna tgok2x unit SI dah berubah drpd C kpd F. Jadi nak refer manual dah xdala sbb dah buang. Mula2x sy siap buka skru konon nak cari button reset dlm termometer tu rupanya xada😂😂😂.
So try Google dan jumpala manual online. Senang je nak tukar semula kpd C. Just tekan button START dalam 5 saat akan muncul pd paparan unit SI. Lepaskan button dan tekan sekali lagi utk tukar unit. Bila dah tukar bleh terus guna. Xperlu nak buka skru cari button reset dalam termometer tu sbb mmg xada...hahaha
Untuk rujuk manual online boleh tgok pd link di bawah ye:
https://www.manualslib.com/download/454573/Microlife-Ir1db1.html